Ini adalah sebahagian daripada iklan yang tersalah letak, kadang-kadang terjadi kerana tidak disengajakan dan kadang-kadang dengan sengaja dan ada tujuan yang terselindung. Pengiklanan seharusnya kreatif dan tanpa disengajakan ia juga menimbulkan keraguan tetapi sangat lucu. Siapa sangka, kadang-kadang iklan di tempat yang tidak baik ini boleh mendapat keputusan yang tidak dijangka.
Showing posts with label pelik tapi tak tipu. Show all posts
Showing posts with label pelik tapi tak tipu. Show all posts
Sunday, 7 October 2012
Saturday, 1 September 2012
Lady Gaga meminati Kucing 2 wajah
RALEIGH: Seekor kucing yang mempunyai dua warna berbeza pada mukanya mengejutkan pengguna Internet di seluruh dunia dan membolehkan kucing berkenaan, Venus, menjadi sensasi di atas talian dalam masa yang singkat.
Ribuan pengunjung melawati laman Facebook kucing aneh itu yang setakat ini sudah menerima 40,000 ‘like,’ sementara video mengenai kucing yang comel itu di YouTube ditonton hampir sejuta kali dalam masa beberapa hari saja.
Bulu muka kucing itu yang terbahagi secara simetri dengan warna hitam dan perang kemerah-merahan disamakan dengan versi lebih comel karektor komik, musuh Batman paling terkenal, Two-Face.
Venus mungkin kelihatan seperti ia datang dari planet lain tetapi penampilannya yang menyerlah dan warna mata yang berbeza mungkin dapat menerangkan dengan lebih mudah - perubahan genetik.
“Kami menerima pelbagai komen dari teknik Photoshop hingga kepada dakwaan kami mewarnakan sebahagian mukanya.”
“Dia dilahirkan sedemikian. Kami memiliki seekor kucing belang dan seekor hitam. Apabila saya melihat Venus kali pertama, saya berkata: ‘Oh. Ia kelihatan kombinasi kedua-dua kucing kami itu,’” kata pemilik kucing itu, Christina, dari Carolina Utara kepada rancangan Today Show.
“Ketika itu kami tidak melihat matanya. Reaksi pertama teman saya ialah: ‘Kita tidak perlukan haiwan lain lagi untuk dipelihara.
“Tetapi apabila kami lihat matanya dari jarak dekat, kami jatuh hati dengannya. dan saya berkata: ‘Kita perlu memiliki kucing ini!’ “Anda adalah bintang, Venus! Menarik!!!,” tulis seorang pengunjung dalam laman Facebook rasminya.
Seorang lagi menulis: “Kucing yang sungguh cantik. Saya begitu gembira Venus menemui kediaman yang baik dengan ibu bapa yang penyayang.”
Kini, populariti menanti Venus. Selepas muncul dalam rancangan Today Show, kucing yang berwajah luar biasa dikatakan akan membintangi video akan datang Lady Gaga.
Sunday, 27 May 2012
Masak kemaluan sendiri
TOKYO: Seorang lelaki menjalani pembedahan membuang kemaluannya sebelum memasak senjata sulitnya itu dan menyajikannya kepada lima tetamu.Mao Sugiyama, 22, lelaki aseksual, secara sukarela menjalani pembedahan untuk membuang kemaluannya.
Bagaimanapun, pelukis ilustrasi itu membawa pulang kemaluan dan buah zakarnya dari hospital dan mengadakan parti.Dia mengenakan bayaran sebanyak RM640 terhadap setiap tetamu untuk memakan kemaluannya yang dihiasi dengan cendawan dan daun parsli di Tokyo.

Sebelum menikmati makanan itu, tetamu duduk untuk mendengar mainan piano dan mengambil bahagian dalam satu perbincangan.Sugiyama memasak sendiri kemaluannya dengan dipantau seorang chef.
Dia menawar untuk berbuat demikian dalam laman Twitternya kepada seorang tetamu dengan mengenakan bayaran sebanyak RM4,000 tetapi kemudian mengambil keputusan membahagi-bahagikan ‘makanan’ itu kepada lima tetamu.
“Saya menawarkan kemaluan saya (zakar, buah zakar dan kantung zakar) untuk dimakan dengan harga 100,000 yen (RM4,000). “Saya menjalani pembedahan untuk membuang organ itu. Saya disahkan bebas daripada sebarang penyakit kelamin. Organ itu berfungsi normal dan saya tidak pernah menjalani rawatan hormon wanita.
“Pembeli pertama yang berminat akan memperolehnya. Saya juga bersedia menjualnya kepada sekumpulan pembeli. Saya akan memasak seperti yang dikehendaki pembeli di lokasi yang dipilih mereka. Jika ada soalan, sila hubungi saya menerusi e-mel,” tulisnya dalam laman Twitter.
Kira-kira 70 orang hadir pada acara itu yang diadakan di daerah Suginami di Tokyo. Ketika lima orang memakan kemaluan Sugiyama, yang lain makan daging lembu atau buaya. Mereka yang memakan kemaluan itu ialah pasangan suami isteri berusia 30 tahun, seorang wanita 22 tahun, seorang lelaki 32 tahun dan perancang majlis, Shigenobu Matsuzawa, 29.
Sugiyama meminta tetamunya menandatangani surat yang menyatakan dia tidak akan didakwa sekiranya mereka sakit selepas memakan kemaluannya. Penganjur parti itu berjenaka sebelum acara berkenaan dengan berkata, dia akan menyiarkan resipi masakan itu menerusi Internet.
CalorieLab.com memetik seorang tetamu sebagai berkata, kemaluan itu liat dan tidak mempunyai rasa. Polis Suginami yang dihubungi enggan melakukan siasatan dengan alasan ia tidak melanggar undang-undang.
Sugiyama juga menjalani pembedahan membuang puting teteknya. Selaku aseksual yang tidak berminat terhadap kegiatan seks, Sugiyama tidak akan menggantikan kemaluannya dengan kemaluan tiruan.

Wednesday, 4 April 2012
10 Kejadian Letupan Pelik (10 Gambar)
1) Ikan paus 50 tan meletup
Seekor ikan paus yang ditangkap untuk tujuan penyelidikan tiba-tiba meletup di sebuah jalan di Taiwan pada tahun 2004 mengejutkan pejalan kaki dan orang sekeliling yang berada berdekatan. Ikan paus sperma yang mati di pantai itu dibawa ke Tainan, meletup disebabkan pengumpulan gas yg terbentuk di dalam badan ikan paus terbabit, Tekanan yg kuat menyebabkan ianya meletup secara tiba-tiba.
2) Rokok meletup
Kejadian ini berlaku di Indonesia. Seorang lelaki kehilangan 6 batang gigi dan mendapat 51 jahitan di mulut selepas sebatang rokok yang dihisapnya meletup. Andi Susanto yg berumur 31 mengatakan kejadian itu berlaku apabila dia sedang menghisap sebatang rokok sambil menunggang motosikal. Dia kemudiannya mendapat gantirugi sebanyak USD535 kira RM2000 daripada syarikat pengeluar rokok tersebut. Akibat kejadian itu, Andi berniat untuk berhenti merokok… Agak-agaknya ape la yang ada dalam rokok andi tu? mercun??
3)Ipod Meletup
Pemilik ipod ini, Ken Stanborough, 47 mengatakan ipod yang dipakainya mengeluarkan bunyi pelik dan berasa semakin panas. Kemudian mengeluarkan asap, dengan sepantas kilatnya dia melontar ipod itu, tak sampai 30 saat ipod tu meletup dengan mengeluarkan bunyi ‘pop’, huhu, cam ujian oksigen ngan CO2 masa zaman sekolah menengah lak ada bunyi ‘pop-pop’ nih..
5) Jamban Meletup
Camner la jamban pun boleh meletup?? Kejadian ni berlaku kepada John Jenkins, 53 menggunakan jamban ni, sebaik je dia menyalakan rokoknya, lobang tandas tu meletup..isk3, bahaya tol.. Akibat kejadian ni, mamat nih menyaman sebuah syarikat arang dan kontraktor tempatan atas tuduhan cuai. Saman itu menyatakan muka, leher, lengan dan kaki Jenkins mengalami lecur selepas rokok yg dinyalakan oleh Jenkins membuatkan gas metana yg bocor di bawah jamban ini berapi dan meletup..hoho
6)Kerusi pejabat pun meletup gak
Camner la kerusi meletup, mengikut sumber2 yang diceritakan, kerusi ni meletup disebabkan silinder gas yg berada di bawah kerusi tu, silinder gas tu digunakan utk memudahkan kerusi tu naik turun. Apabila silinder tu dalam tekanan tinggi, ianya boleh meletup! Menurut ceritanya, itu yg berlaku..tapi xtau la kot2 ada orang letak bahan letupan bawah tu. Kejadian ni menyebabkan seorang budak lelaki 14 tahun maut dimana besi yang tercabut akibat letupan itu mengenai rektum budak tu menyebabkan dia mati serta merta.. pergh, sula cara moden..
7) Chewing gun meletup
Ni lagi satu citer yang tak masuk akal, Seorang pelajar yg berusia 25 tahun, Vladimir Likhonos, mati di rumah ibu bapanya selepas sedara maranya mendengar satu bunyi ‘pop’ yg kuat. Selepas ditemui, sedara maranya terkejut menjumpai Vladimir mengalami luka yang teruk di rahang. Menurut pihak forensik, Vladimir telah memakan chewing gum yang mengandungi satu bahan kimia yang tidak dikenali.
9) Deoderan meletup, remaja cedera
Seorang remaja cedera selepas dia baru je men’deoderan’kan dirinya di dalam tandas rumahnya di Santiago. Dia mengalami luka lecur di bahagian mukanya dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Letupan tu mengakibatkan bumbung dan tingkap tandas pecah..
[ Read More ]

4) Laptop meletup semasa persidangan
Semasa mengadakan satu persidangan di Jepun, sebuah laptop jenama Dell tiba-tiba je meletup. Nasib baik la pemilik laptop tu takde depan laptopnya semasa kejadian tu berlaku, kalau tak hilang la mukanya yang hensem tu..

8) Telefon bimbit meletup
Ni salah satu kejadian yg biasa kita dengar, kat Malaysia pun kita penah dengar cerita-cerita telepon meletop nih, bagaimanapun citer ni berlaku kat China. Seorang lelaki mati selepas henfon nya meletop. Mengikut cerita, selepas dia masukkan bateri yang baru dicas ke dalam henfonnya, dan dia letak kat poket, henfon dia tros meletop. Dia mati disebabkan luka teruk di leher dan arteri utama.
Ni salah satu kejadian yg biasa kita dengar, kat Malaysia pun kita penah dengar cerita-cerita telepon meletop nih, bagaimanapun citer ni berlaku kat China. Seorang lelaki mati selepas henfon nya meletop. Mengikut cerita, selepas dia masukkan bateri yang baru dicas ke dalam henfonnya, dan dia letak kat poket, henfon dia tros meletop. Dia mati disebabkan luka teruk di leher dan arteri utama.
9) Deoderan meletup, remaja cedera
Seorang remaja cedera selepas dia baru je men’deoderan’kan dirinya di dalam tandas rumahnya di Santiago. Dia mengalami luka lecur di bahagian mukanya dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Letupan tu mengakibatkan bumbung dan tingkap tandas pecah..
10) Mesin basuh meletup
Kejadian ni berlaku apabila sorang mamat ni yg bernama Glenn Johnson meletak gasolin ke dalam mesin basuhnya untuk menghilangkan kesan gris pada bajunya. Menurutnya lagi, dia dah 25 tahun mengamalkan cara tersebut untuk menghilangkan gris pada pakaiannya. Dia letak detergen, air dan sedikit gasolin utk tujuan tersebut. Katanya ayah dia yg ajar… tapi dia mengaku dia dah terlebih letak gasolin menyebabkan ada gas-gas gasolin yang terbebas keluar dari mesin basuh tu yang mungkin menyebabkan letupan terjadi…

Friday, 30 March 2012
Bunuh diri semasa ber "Facebook"
Dah macam-macam berita buruk dah aku dengar yang berkaitan dengan laman muka buku ni, setakat ni jarang-jarang sekali dengar yang baik-baik dr situ. Ni berita aku jumpa yang berlaku di Taiwan, bunuh diri ketika `chatting’ bersama rakan-rakan di laman sosial Facebook. Itu yang berlaku kepada Claire Lin pada hari ulang tahunnya yang ke-31. Kerana marahkan teman lelakinya yang tidak pulang ke rumah bagi meraikan hari jadinya, dia bertindak bodoh dengan mengambil keputusan untuk membunuh diri. Selepas menyalakan arang di dalam biliknya, Claire sempat memuat naik imej biliknya yang dipenuhi dengan asap.
Entri terakhirnya dalam FB menunjukkan Claire bersembang dengan sembilan orang rakannya.
Salah seorang rakan yang dikenali sebagai Chung Hsin turut menasihatkan Claire supaya bertenang dan membuka pintu bilik serta memadamkan api tersebut. Tetapi yang aku peliknya kenapa la tak de seorang pun kawan-kawan beliau yang bergegas ke rumah dia, sekurang-kurangnya usaha la sikit untuk selamatkan kawan, kan?. kawan-kawannya hanya memujuk beliau melalui Facebook, namun Claire membalasnya “Asap ini menyesakkan. Ia juga membuat mata saya berair. Jangan menulis lagi,”.
Beberapa rakan yang lain cuba menasihatkannya supaya tidak mengambil jalan bodoh itu, namun tiada seorang pun daripada mereka menghubungi 911 ataupun polis. Ayat terakhir yang ditulis oleh Claire ialah “Sudah terlambat. Bilik saya penuh dengan asap. Saya baru memuat naik gambar. Saya akan mati. Saya masih mahukan FB (Facebook). Mesti racun FB. Haha.”
Mayatnya hanya ditemui keesokan hari oleh teman lelaki Claire. Namun keluarga wanita berkenaan kesal kerana tiada seorang pun rakan FB Claire yang menghulurkan bantuan sepanjang sejam tujuh minit dia bersembang dengan mereka.
Thursday, 29 March 2012
Wanita ketagih sabun
MIAMI – Seorang gadis berusia 19 tahun menghidap penyakit ganjil kerana dia suka makan serbuk pencuci dan sabun, lapor sebuah akhbar semalam. Gadis itu, Tempestt Henderson dari negeri Florida akan memakan lima ketul sabun dan serbuk pencuci pada setiap minggu.
“Sabun dan serbuk pencuci itu amat manis,” katanya yang merupakan seorang pelajar kejururawatan. Selepas enam bulan memakan sabun, Tempestt menemui doktor untuk mengubati ketagihannya.
“Sabun dan serbuk pencuci itu amat manis,” katanya yang merupakan seorang pelajar kejururawatan. Selepas enam bulan memakan sabun, Tempestt menemui doktor untuk mengubati ketagihannya.
Doktor yang merawatnya memberitahu gadis itu bahawa dia menghidap sejenis penyakit ganjil dikenali sebagai Pica.
Penyakit itu menyebabkan dia suka memakan makanan yang tidak mengandungi zat. Doktor kini menggunakan kaedah terapi bagi mengubati penyakit Tempestt dengan memintanya mengingati benda lain semasa dia berasa mahu memakan sabun.
Dia juga digalakkan untuk pergi berjalan dan mengelak daripada pergi di tempat yang mengandungi sabun seperti di bilik mandi serta kedai dobi.
Tempestt menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci selepas dia berpisah dengan kekasihnya hanya kerana mereka belajar di kolej yang berlainan.
Gadis itu memberitahu, ketagihannya bermula semasa dia menjilat serbuk pencuci yang terdapat pada jarinya.
Tempestt kini dalam proses pemulihan dan dia berharap tidak lagi akan menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci buat selama-lamanya.
Monday, 5 March 2012
Lintah Terbesar Ditemui?... Di mana?
Terkejut aku tengok gambar ni, ada ke iya lintah sebesar nih..Tapi betul la, ni nak kasi tau korang, lintah ni ditemui di salah satu Kampung di Perak sewaktu banjir melanda tempat tersebut..Aku harap sangat ini lah satu2nya spesis lintah yang ada,..klau ada lagi, habisla darah2 manusia di sedutnya, tak pon dengan manusia2 sekali lintah ni telan..eeeeeiii, menakutkan betul la.
Sunday, 4 March 2012
Wanita-wanita cantik ini sebenarnya bukan wanita biasa.
Inilah akhir zaman, semakin banyak perkara pelik yang satu masa dahulu hanya gurauan telah menjadi kenyataan. Siapa yang sangka, wanita-wanita ini sebenarnya adalah lelaki.
Yang bestnyer, ada jugak antaranya adalah lelaki yang boleh dikatakan ada macho jugak la ataupun ganteng, tapi boleh berubah menjadi awek yg perghhhhh...
Citer banyak tak guna, so jom layan video ini.
Tuesday, 28 February 2012
Kejadian Hujan Ikan Di Australia
Satu kejadian pelik telah berlaku di mana Bandar Honduras Australia telah dihujani dengan beratus-beratus ikan dari langit. Kejadian ini telah disaksikan hampir 700 orang penduduk di situ.
Seperti sebelum-sebelum ini, kita sering mendengar tentang kisah berlakunya hujan batu. Tetapi kali ini kami ingin tunjukkan kepada anda mengenai hujan luar biasa yang telah berlaku di Australia
Seperti sebelum-sebelum ini, kita sering mendengar tentang kisah berlakunya hujan batu. Tetapi kali ini kami ingin tunjukkan kepada anda mengenai hujan luar biasa yang telah berlaku di Australia
Apa yang luar biasanya, hujan tersebut bukan hujan air semata-mata tetapi boleh dikatakan sebagai hujan ikan. Macam pelik, tetapi ini adalah kisah benar.
Lokasi kejadian pelik ini berlaku Lajamanu di Wilayah Utara, mempunyai populasi penduduk seramai 669, telah menyaksikan beratus-ratus ikan pelik yang bewarna putih dan kecil jatuh dari langit semasa hujan yang kebanyakannya masih hidup. Jangan lupa menonton video Hujan Ikan Di Honduras Australia di bawah. Subhanallah!
Pakar cuaca di Australia percaya ikan pelik, Spangled Perch, disedut dalam ribut petir sebelum jatuh ke atas bandar kecil itu.
Mark Kersemakers, peramal cuaca di Biro Meteorologi Australia, berkata: “Ia boleh melayangkan ikan pelik itu sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki di udara.
Ia adalah kali ketiga dalam tempoh kurang daripada 30 tahun Lajamanu dihujani oleh ikan yang jatuh dari langit, menurut News Northern Territory, selepas laporan fenomena pada tahun 1974 dan 2004.
Wednesday, 22 February 2012
Kereta Peugeot 206
korang semua mesti minat dengan kereta import kan, walaupun kereta import lebih mahal dari kereta proton. kalau korang teringan jugak nak pakai kereta import dan rasa diri tu kurang berkemampuan, korang boleh cuba untuk dapatkan kereta ini. Ini jenis mampu milik dan mudah dikendalikan.
p/s: jangan tanya aku kat mana nak dapatkan plak, pasal aku pun cuma selisih je dengan kereta ni kat kl. hahahaha.
[ Read More ]
p/s: jangan tanya aku kat mana nak dapatkan plak, pasal aku pun cuma selisih je dengan kereta ni kat kl. hahahaha.
Tuesday, 21 February 2012
Papantanda lucu dan pelik (30 Gambar)
Subscribe to:
Posts (Atom)