Saturday, 31 March 2012

Sembelih kawan sendiri

SEREMBAN - Seorang lelaki warga Bangladesh dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah menyembelih dua rakan senegaranya sehingga mati di sebuah asrama pekerja di Taman Kemuning, Senawang dekat sini tiga tahun lalu.

Olier Sheks Awoyal Sheks, 28, hanya mampu mengalirkan air mata selepas keputusan itu dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin.



Dia yang baru tiga bulan bekerja di sebuah kilang juga dihukum penjara 10 tahun kerana menyebabkan kecederaan yang boleh mendatangkan kematian terhadap seorang lagi mangsa.

Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, selepas membuat penelitian terhadap semua bukti dan keterangan daripada saksi yang terlibat, mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Mengikut pertuduhan, Olier Sheks didakwa membunuh Abdul Kadir Fazer Ali, 22, dan Shahin Md. Amir Hossain, 24, di sebuah asrama pekerja di Taman Kemuning, Senawang dekat sini pada pukul 2 pagi hingga 4.10 pagi, 15 September 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika disabitkan dengan kesalahan.

Mayat Bayi Kepala Pecah

Kuala Lumpur: Hanya sehari selepas penemuan janin berusia empat bulan tanpa kepala di loji kumbahan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang, seorang lagi bayi lelaki ditemui mati dlam keadaan menyedihkan selepas kepalanya pecah dipercayai terhantuk pada dinding longkang ketika dihanyutkan arus di longkang PPR Intan Baiduri, Jinjang, di sini, semalam. Kejadian menyayat hati itu disedari seorang pekerja kontrak membersih sampah yang terlihat mayat bayi terbabit terapung dalam longkang berhampiran tasik taman rekreasi di PPR Intan Baiduri, jam 10.30 pagi.



Masjid Klang tenggelam

KLANG: Jemaah Masjid Ar-Rahimiah, di sini, terpaksa menunaikan solat Jumaat di tingkat satu dan tingkat dua masjid berkenaan selepas dewan solat utama dipenuhi air akibat banjir kilat, semalam.

Timbalan Nazir Masjid, Jaafar Samsuddin berkata, dewan solat utama masjid dipenuhi air akibat hujan lebat menyebabkan air longkang dan air dari bukit berhampiran melimpah.



Katanya, kerugian dianggarkan RM800,000 kerana permaidani dewan solat perlu diganti baru selain peralatan audio yang rosak ditenggelami air.

“Selain itu, perpustakaan yang menempatkan buku bacaan dan kitab serta bilik imam dimasuki air.

“Buat sementara waktu, solat dan aktiviti keagamaan diadakan di tingkat satu dan dua masjid sehingga permaidani baru siap dipasang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Jaafar berkata, pihaknya sudah membina tembok simen di depan dewan solat bagi menghalang air memasuki dewan solat selepas kejadian sama berlaku beberapa tahun lalu.

Namun, kali ini pengurusan memecahkan tembok simen berkenaan bagi membolehkan air yang bertakung dalam dewan solat dikeluarkan.

Katanya, pengurusan masjid sudah beberapa kali mengutarakan masalah dihadapi kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), namun masalah sama masih berulang.

Menurutnya, buat sementara waktu, satu tembok yang lebih tinggi dibina di dewan solat utama bagi mengatasi masalah berkenaan supaya tidak berulang.

Friday, 30 March 2012

Gambar Irma Hasmie dan Rezza (20 Gambar)

Aku suka sangat lihat muka bersih Irma Hasmie dengan gaya bertudungnya. Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah wajah jejaka yang bertuah serta berjaya mencuri hati Irma Hasmie. Dengan bertemu jodohnya mereka berdua membuka mata kita semua Allah tu Maha adil,, dan membuktikan apabila Dia mengambil  sesuatu dari kita,, Dia mesti gantikan sesuatu yang lebih baik...Mereka memang sama cantik dan sama padan. Di antara koleksi gambar sekitar majlis pertunangan Irma Hasmie dan pasangannya dari The Kliker Wedding & Portraiture Photography















 




Bunuh diri semasa ber "Facebook"

Dah macam-macam berita buruk dah aku dengar yang berkaitan dengan laman muka buku ni, setakat ni jarang-jarang sekali dengar yang baik-baik dr situ. Ni berita aku jumpa yang berlaku di Taiwan, bunuh diri ketika `chatting’ bersama rakan-rakan di laman sosial Facebook. Itu yang berlaku kepada Claire Lin pada hari ulang tahunnya yang ke-31. Kerana marahkan teman lelakinya yang tidak pulang ke rumah bagi meraikan hari jadinya, dia bertindak bodoh dengan mengambil keputusan untuk membunuh diri. Selepas menyalakan arang di dalam biliknya, Claire sempat memuat naik imej biliknya yang dipenuhi dengan asap.


Entri terakhirnya dalam FB menunjukkan Claire bersembang dengan sembilan orang rakannya.

Salah seorang rakan yang dikenali sebagai Chung Hsin turut menasihatkan Claire supaya bertenang dan membuka pintu bilik serta memadamkan api tersebut. Tetapi yang aku peliknya kenapa la tak de seorang pun kawan-kawan beliau yang bergegas ke rumah dia, sekurang-kurangnya usaha la sikit untuk selamatkan kawan, kan?. kawan-kawannya hanya memujuk beliau melalui Facebook, namun Claire membalasnya “Asap ini menyesakkan. Ia juga membuat mata saya berair. Jangan menulis lagi,”.

Beberapa rakan yang lain cuba menasihatkannya supaya tidak mengambil jalan bodoh itu, namun tiada seorang pun daripada mereka menghubungi 911 ataupun polis. Ayat terakhir yang ditulis oleh Claire ialah “Sudah terlambat. Bilik saya penuh dengan asap. Saya baru memuat naik gambar. Saya akan mati. Saya masih mahukan FB (Facebook). Mesti racun FB. Haha.”

Mayatnya hanya ditemui keesokan hari oleh teman lelaki Claire. Namun keluarga wanita berkenaan kesal kerana tiada seorang pun rakan FB Claire yang menghulurkan bantuan sepanjang sejam tujuh minit dia bersembang dengan mereka.

Thursday, 29 March 2012

Cara-cara untuk tahan lebih lama

 Mesti semua orang suka dan tercari-cari teknik dan cara-cara untuk tahan lebih lama. nak tahan lama kan...? Ni aku kongsikan petua-petuanya...ikut petua ni...Insya-Allah, segalanya akan berjalan dengan lancar...


 

Wanita ketagih sabun

MIAMI – Seorang gadis berusia 19 tahun menghidap penyakit ganjil kerana dia suka makan serbuk pencuci dan sabun, lapor sebuah akhbar semalam. Gadis itu, Tempestt Henderson dari negeri Florida akan memakan lima ketul sabun dan serbuk pencuci pada setiap minggu.

“Sabun dan serbuk pencuci itu amat manis,” katanya yang merupakan seorang pelajar kejururawatan. Selepas enam bulan memakan sabun, Tempestt menemui doktor untuk mengubati ketagihannya.


Doktor yang merawatnya memberitahu gadis itu bahawa dia menghidap sejenis penyakit ganjil dikenali sebagai Pica.

Penyakit itu menyebabkan dia suka memakan makanan yang tidak mengandungi zat. Doktor kini menggunakan kaedah terapi bagi mengubati penyakit Tempestt dengan memintanya mengingati benda lain semasa dia berasa mahu memakan sabun.

Dia juga digalakkan untuk pergi berjalan dan mengelak daripada pergi di tempat yang mengandungi sabun seperti di bilik mandi serta kedai dobi.

Tempestt menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci selepas dia berpisah dengan kekasihnya hanya kerana mereka belajar di kolej yang berlainan.

Gadis itu memberitahu, ketagihannya bermula semasa dia menjilat serbuk pencuci yang terdapat pada jarinya.

Tempestt kini dalam proses pemulihan dan dia berharap tidak lagi akan menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci buat selama-lamanya.

Wednesday, 28 March 2012

Persiapan dan Majlis Pertunangan Liyana Jasmay (9 Gambar)

Aku kongsikan gambar Persiapan dan Majlis Pertunangan Liyana Jasmay Dan Fathuddin Mazlan.  Mengenai tarikh kahwin, pasangan ini dijangka kahwin pada januari 2013 tahun depan. Berikut adalah gambar persiapan dan majlis pertunangan Liyana Jasmay dan pasangannya yang penuh meriah.

Majlis Pertunangan pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay, 24,dengan jejaka pilihannya , Fathuddin Mazlan telah berlangsung kira-kira pukul 9.00malam tadi. Tarikh 28 Mac 2012 menjadi pilihan kepada pasangan itu kerana ia merupakan tarikh ulangtahun kelahiran Liyana yang ke 24 tahun.

Majlis pertunangan Liyana Jasmay dan Fathuddin telah diadakan di kediaman keluarga Liyana Kemensah Height.









Pada majlis itu, upacara menyarungkan cincin pertunangan telah disempurnakan oleh ibu Fathuddin, Puan Hajah Jamilah disaksikan ahli keluarga terdekat.

Liyana memberikan tujuh dulang hantaran kepada Fathuddin yang terdiri daripada senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan kek cawan.

Pihak lelaki pula membalas lima dulang hantaran yang terdiri daripada satu set wangian, telekung, kek, cincin dan sirih junjung. Dalam pada itu Liyana turut menghadiahkan sebuah lagu buat Fathuddin yang juga jirannya itu berjudul Cinta Bersatu dan akan dilancarkan 30 Mac ini.


Liyana Jasmay mengenakan sepasang persalinan berwarna putih gading pada majlis pertunangannya itu. Pakaian bertunangannya itu dianggarkan berharga RM10,000, direka oleh Rizman Ruzaini dan ia berkonsep gaun Puteri Diraja Inggeris menggunakan fabrik ‘Valentino Lace’.

Selain keluarga dan rakan-rakan media, antara selebriti yang hadir ialah, pasangan pengantin baru, Lisa Surihani dan Yusry KRU, Scha, Awal, Farish Aziz dan Tam.

Pelakon Liyana Jasmay membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan,28, yang juga seorang ahli perniagaan pada Januari tahun depan selepas menamatkan kursus jangka pendeknya di New York, Amerika Syarikat (AS).

Abby kini sudah berhijrah (3 Gambar)

Sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada 26 Mac lalu, pelakon popular Abby Abadi mengambil keputusan untuk terus berhijab. Katanya, keputusan untuk bertudung bukan kerana sudah mengerjakan ibadat umrah, tetapi menyedari ia adalah tuntutan sebagai seorang muslimah.

"Alhamdulillah, apa yang saya lakukan ini semuanya kerana Allah SWT. Ikutkan niat untuk bertudung sudah lama, Cuma saya tidak mahu lakukan atas desakan orang lain. Saya mahu perubahan itu biarlah daripada hati saya sendiri. Dan bila berada di sana, saya terbuka hati untuk terus berhijab bila pulang nanti.

 Abby Abdi kini bertudung


 
"Saya juga bersyukur kerana sepanjang berada di sana segala ibadah saya dipermudahkan oleh-Nya. Saya rasa lebih tenang dan belajar banyak perkara yang mana sebelum ini saya buat sambil lewa sahaja.
Saya rasa inilah satu-satunya peluang yang ada untuk saya perbetulkan apa yang kurang dalam diri saya," kongsi Abby yang menganggap pemergiannya ke Kota Mekah sebagai satu kenangan yang cukup indah.

Pelakon berusia 34 tahun itu berhasrat memakai tudung telah lama dipendam kerana enggan penghijrahannya itu dianggap sebagai mempersendakan agama."Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah dan beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki," katanya sambil menjelaskan karier seni tetap berjalan seperti biasa.

"Saya juga tidak terkilan sebelum ke sana, tawaran berlakon juga banyak. Hampir 5 hingga 6 tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa ditolak secara baik kerana produksi tidak dapat menunggu tetapi saya tidak ralat kerana percaya tetap ada," katanya.

"Saya ke sana pula bukan atas alasan membawa hati yang kecewa. Sebaliknya, sebagai umat Islam mengerjakan umrah menjadi tuntutan buat kita," katanya.

Cikgu tunggu bas disimbah asid

RAWANG: "Tanpa menghiraukan tudung dan pakaian serta beg sekolah yang terbakar, saya lari pulang ke rumah untuk meminta bantuan kerana tidak tahan perit," kata Nur Aqilah Osman, 14, mangsa simbahan asid di pondok menunggu bas di pekan Batu 17 di sini, kira-kira jam 7 pagi semalam.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 16 itu, dia sedang menunggu bas untuk ke sekolah bersama seorang rakannya apabila terkena asid yang disimbah dua lelaki meragut rantai emas seorang guru wanita yang turut menunggu bas.

"Sebelum kejadian, dua lelaki terbabit dilihat bersandar di palang pondok menunggu bas itu sebelum mereka menegur seorang wanita berumur. Malah, saya juga nampak seorang daripada lelaki terbabit memegang botol tetapi menyangkakan ia minuman.

"Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan tetapi disimbah asid dari botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi.

 PEDIH... Safiah Sharif, 48, menunjukkan kesan simbahan asid di bahu anaknya, Nur Aqilah. 

TERBAKAR... Nur Aqilah menunjukkan tudungnya yang berlubang akibat terkena simbahan asid.

Nur Aqilah berkata, wanita itu menjerit meminta tolong sambil memegang mukanya yang kemerahan akibat terbakar manakala dia rakan hanya mampu melihat kerana bimbang dicederakan penjenayah terbabit.

"Saya dan rakan cuba lari tetapi lelaki terbabit menyimbah baki asid ke arah kami dan dua lagi orang awam di pondok bas itu sebelum beredar dengan selambanya.

“Cecair itu kena pada belakang bahu saya dan tangan seorang wanita lain," katanya.

Katanya, bapanya, Osman Delisali, 50, menghantarnya ke Hospital Selayang (HS) untuk rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Osman berkata, dia sedang bersiap-siap untuk menghantar adik Nur Aqilah ke sekolah apabila tiba-tiba melihat anak keempat daripada lapan beradik itu pulang dalam keadaan tubuh berasap.

"Saya kehairanan dan bertanya kenapa dia balik rumah semula tetapi Nur Aqilah hanya menjerit dan menceritakan disimbah asid ketika sedang menunggu bas ke sekolah.

"Tanpa membuang masa, saya segera mencurah air ke tubuhnya bagi mengurangkan kepedihan dan meminta bantuan jiran menghantarnya ke hospital," katanya.

Katanya, dia lega apabila doktor yang merawat memaklumkan kecederaan itu tidak serius dan boleh sembuh dengan menyapu krim khas untuk kulit terbakar.

"Mujur anak saya mengelak dan hanya cedera ringan. Saya tidak dapat bayangkan kesakitan dan kesan buruk yang terpaksa dilaluinya jika kecederaannya serius seperti yang menimpa seorang lagi mangsa,” katanya.

Osman yang bekerja sebagai tukang mesin rumput berharap pihak berkuasa lebih kerap meronda di kawasan kejadian dan dua lelaki terbabit segera ditangkap kerana bimbang jenayah sama berulang. "Penjenayah terbabit memang tidak berhati perut, sudahlah meragut kemudian simbah asid pula," katanya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti identiti suspek.

Menurutnya, pelajar berkenaan dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di HS manakala seorang lagi mangsa iaitu seorang guru wanita, S Rani, 47, cedera di muka, leher, tangan dan dada serta masih dirawat di hospital sama.

Katanya, mangsa tidak dapat mengecam suspek kerana ketika kejadian hari masih gelap dan ia berlaku dengan pantas. Malah, suspek tidak menaiki kenderaan sebaliknya melarikan diri ke lorong berhampiran.

Bieber berdepan tindakan undang-undang kerana bergurau

HOLLYWOOD; Justin Bieber berdepan dengan tindakan undang-undang kerana gurauan telefon.

Penyanyi remaja itu mengiklankan nombor telefon, dengan dua nombor terakhir di padam di laman Twitternya dan meminta kesemua peminatnya "menelefonnya sekarang."



Ketika berjuta-juta peminatnya cuba meneka dua nombor terakhir, dua warga Texas berkata mereka dihujani dengan panggilan daripada remaja perempuan setiap masa.

Twitter itu dipadam dengan cepat tetapi kedua-dua pengadu itu berkata ai perbuatan bodoh dan panggilan tetap diterima.

Peguam yang mewakili dua pengadu, seorang wanita bernama Dilcie dan lelaki bernama Kent, berkata"tahap kesabaran anak guam mereka semakin menipis selepas menerima 1,000 panggilan dan mereka mahu diberi pampasan kerana gurauan itu.

Mereka juga mencadangkan Bieber memohon maaf kepada dua pengadu itu, memberi mereka tiket konsert, wang tunai dan tawaran untuk projek online Kent.

Justin memang terkenal kerana minatnya bergurau dan pernah muncul dalam rancangan "Punk'd" dan meyakinkan Taylor Swift dia secara tidak sengaja meletupkan sebuah bot yang digunakan untuk majlis perkahwinan.

Tuesday, 27 March 2012

Video kejutan Awal Ashaari kepada Scha

Pasangan kekasih hangat, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah pun selamat umumkan tarikh bahagia mereka di sebuah majlis ringkas di Flora Cafe, Jalan Ampang. Pengacara Propaganza, Awal Ashaari telah membuat kejutan paling romantik dengan melamar kekasihnya Scha Al-Yahya untuk di jadikan isteri secara langsung dalam set Propaganza yang bersiaran di Astro Ria tempoh hari (25 March 2012), sempena hari ulang tahun percintaan mereka tang ke 2 tahun 6 bulan. Ketika Scha dilamar, Awal Ashaari menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia. 








Scha yang terkejut dengan tindakan spontan Awal itu dengan sebak menerima lamaran tersebut. Pasangan ini akan bernikah pada 4 Mei hadapan dan majlis akan diadakan di Pullman Putrajaya. Majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei, jam 8.00 malam.

Menariknya, majlis perkahwinan juga pernikahan pasangan ini bakal menerima tajaan mewah cenderahati mewah daripada Bateel Asia, pengeluar konfeksi gourment mewah bertaraf antarabangsa. Lebih 1,750 cenderahati bakal di’edarkan kepada tetamu bernilai RM600,000. Untungla siapa yang dapat jemputan dan pergi ke majlis mereka nanti....saksikan video lamaran Awal Ashaari kepada Scha..