Sunday, 29 April 2012

Kisah:Terukir Nama ALLAH Ketika Majlis Pemakaman

Raja Dato' Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah (28 December 1958 - 30 March 2012 .Selamat jalan guruku ke alam sana.... Akhirnya, Tuanku dapat berehat dengan aman di taman antara taman-taman syurgawi... Al-Fatihah...

Al Fatihah kepada al marhum.. Tak banyak yang saya nak coretkan, cuma kebetulan saya berada di zawiyah untuk menghadiri zikir bersama Yang Mulia Tuanku Sheikh Raja... Tidak sampai sejam pulang dari zikir maka Allah Yang Maha Pengasih telah menjemput baginda ke pangkuannya...

Kami dikejutkan di zawiyah lebih kurang 3 pagi dengan berita menggemparkan ini. Bagaikan petir yang menggegarkan seluruh sel di tubuh kami bergegas ke terataknya tuan guru yang mulia, yang ternyata sangat sederhana bagi seorang putera raja...

Sesampai di sana kelihatan telah ramai orang menunggu dan saya terus bertanyakan kepada anggota polis yang berada di situ..

Katanya, " Kami sedang tunggu transport ke Kuala Kangsar. Nak bawa jenazah ke sana."

Maka.. fahamlah kami.



Kenangan bersama Tuanku Sheikh yang disayangi selalu. Sedih sahaja tidak berguna... Perbanyakkanlah hadiahkan Fatihah untuknya.. Asal teringat baca fathah asal teringat hadiahkan fatihah.. Itu lebih baik Insya Allah..




Final farewell: Raja Muda of Perak Raja Nazrin Shah paying last respects to his late brother Raja Ashman (inset) at Balairong Seri Istana Iskandariah. 




Sesampai di sana, kelihatan selipar getah kuning Tuanku yang sudah bertahun-tahun dipakainya.... Diletakkan kesunyian di satu penjuru..

Kami bergegas ke biliknya yang mulia, dan kelihatan sekujur tubuhnya yang mulia terbaring di pembaringan. Bagaikan tidak percaya....


3 kali bacaan Yaasin bergema di kamarnya dan sebelum keluar, dengan titisan air mata kami mengucup dahi yang mulia buat kali terakhir....


Hujan renyai pun mulai turun seolah2 bumi menangisi permergian seorang putera soleh yang 1000 tahun lagi hendak berjumpa insan begini pun belum tentu lagi....


Kenderaan membawa jenazah tuanku ke Kuala Kangsar hampir solat Subuh. Kami solat di zawiyah @ surau kecil di rumah Tuanku. Kenderaan membawa tuanku sheikh bertolak ke Kuala Kangsar dan kami kembali ke zawiyah....


Pada 8.30 pagi kami bertolak ke Kuala Kangsar bersama jemaah yang lain..


Baginda ibarat ayahanda rohani buat kami, segala urusan dunia dan ukhrawi kami adukan kepada baginda. Soal pengajianku dahulu, perkahwinan, soal anak2 dan nama2 mereka, pekerjaan dan nama Pusat Rawatan KISWAH dan ijazah ruqyah pun adalah blessing, dustur dan izin dari Tuanku...


Gambar terakhir bersama Tuanku Sheikh, selepas majlis zikir khatam khawajaqan... Tidak sampai sejam selepas majlis ini Tuanku Sheikh pergi dengan aman di negeri nan abadi... Pada malam Jumaat dan diiringi dengan hujan yang dingin..

Sesungguhnya segala nasihat, cadangan dan hajat dari Tuanku untuk kami bina satu zawiyah dari 'kayu' di Pahang, mengajar jemaah untuk whirling, dan akhirnya pada malam pemergian baginda, dustur untuk CD Maulid bersama kumpulan Saalica akan kami bermujahadah menjadikannya satu kenyataan.. Insya Allah.. Doakan...

Tidaklah kusangka-sangka, lambaian terakhir kami kepada baginda sejurus selepas zikir kepada kereta kenari merah yang senantiasa dinaiki Tuanku, adalah lambaian yang terakhir kepada Sheikh Raja yang dicintai..


.. dan tidaklah disangka2 pula, rupa2nya, bacaan doa yang mengiringi zikir yang dipinta Tuanku untuk al faqir wal haqir di sisi Allah ini membacanya adalah yang terakhir dibacakan di hadapan baginda.


... dan tidaklah disangka, dengan jumlah jemaah yang datang berzikir tidaklah ramai seumpama biasa, dan anak2 buah dari kumpulan Saalica yang mendendangkan 3 qasidah tersebut, rupanya2nya qasidah terakhir yang dimainkan ketika hidupnya...


Sheikh Faisal yang gigih berkhidmat sehingga ke akhirnya.. Allahu Akbar...


Masya Allah thumma Masya Allah, kemangkatannya selepas zikir, pada malam Jumaat pula dan disertai dengan hujan renyai2 yang mengiringi pemergian baginda Tuanku...

Perhatikanlah kalimah yang tertera di langit dilukis cantik dengan awan-awan ciptaan Allah pada petang pengkebumian Tuanku Sheikh...
 

Anas yang duduk disebelah saya, dah perasan awal2 lagi.. masa tu kalimah Allah lagi jelas dan cerah.... cuma tak tangkap gambar je...Masa ni gambar tulisan Allah dah tak berapa jelas.. Tapi Alhamdulillah masih nampak..Credit to Amirul Syafiq Johor...


Lihat...Awan yang berada tepat di atas Makam Diraja Kuala Kangsar.

Apakah yang terukir di awan itu?

Awan mendung yang berarak ketika Upacara Pemakaman Tuanku Syaikh Raja Ashman Shah QS...

Betapa Allah muliakan Wali-Nya yang bergelar Sultanul Akhirah
SubhanAllah

Sesungguhnya kami yakin bahawa, orang2 soleh khususnya para awliya' tidaklah mati, sebaliknya sedang hidup di dalam alam sana. Cuma jasad yang dipinjamkan kepada mereka oleh Allah, dijemput pulang kembali oleh Rabbnya....


Kematian itu adalah kerehatan buat seorang mu'min... Akhirnya Tuanku berehat dengan aman di taman antara taman syurgawi Insya Allah... Tidak perlu lagi terbeban siang dan malam dengan karenah anak2 muridmu ini yang datang dengan 1001 masalah karat dunia..


Puluhan tahun Syaikh tidak tidur..bersengkang mata menjaga anak2 muridnya..akhirnya..biarlah Syaikh berehat dengan tenang..


Ampun kami wahai tuan guru....


Selamat jalan di alam sana.....


Semoga ketemu lagi di alam sana, yang nikmatnya tiada kesudahan dan bandingannya..


Al Fatihah...

Ucapan dari ikhwah Ahmadiah :

Al Fatihah

Lagi Tulang dan Gigi Nor Ain ditemui

Gua Musang: Sekumpulan penduduk Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, gempar apabila menemui lebihan tulang dan gigi, semalam, dipercayai milik Nor Ain Sharinie Mohd Azizi, 16, yang tengkorak dan tulangnya ditemui selepas manjadi mangsa bunuh dan bakar di ladang sawit berhampiran rumahnya di RKT berkenaan, Isnin lalu.

Penduduk, Mohd Joni Ishak, 37, berkata dia bersama beberapa penduduk pergi semula ke lokasi penemuan tengkorak dan tulang remaja itu pada jam 1 tengah hari dan menemui serpihan tulang dan gigi di bawah timbunan daun kering. Katanya, pada mulanya mereka sangsi tetapi selepas diteliti, ternyata ia serpihan tulang dan gigi manusia. " Pada mulanya ada yang menganggap ia tulang dan gigi haiwan liar tapi tidak logik kerana ia ditemui di tempat tengkorak dan tulang mangsa bunuh dan bakar yang ditemui Isnin lalu. Mungkin pihak berkuasa tidak dapat mengesannya dan tertinggal lebihan tulang dan gigi remaja berkenaan.

 
Penduduk mencari serpihan Tulang dan Gigi mangsa dipercayai masih ada di lokasi kejadian

"Sedih melihat serpihan tulang dan gigi itu dan kami menyerahkan kepada keluarga Ain," katanya. Sementara itu, rakannya, Ibrahim Daud, 37, mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan zalim yang dilakukan kerana sanggup membunuh dan membakar mangsa.

"Saya yang sudah lama tinggal di RKT ini dan belum pernah lagi kejadian bunuh dan bakar membabitkan anak peneroka. "Sesiapa yang melakukan pembunuhan itu bukan lagi manusia dan boleh diibaratkan sama seperti binatang," katanya. Seorang lagi penduduk, Ahtta Ahmad, 58, berkata dia bersimpati dengan nasib remaja berkenaan yang menjadi mangsa tindakan ganas penjenayah.

"Apabila berlaku kejadian seperti itu, penduduk memang bimbang, apatah lagi semakin ramai penagih dadah muncul di kawasan ini," katanya.

Semalam Harian Metro melaporkan, polis menahan seorang lagi suspek berusia 42 tahun bagi membantu siasatan kes Nor Ain. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Saiful Bahri Abdullah dipetik berkata, lelaki itu ditahan di RKT Kesedar Sungai Asap A, dekat sini, jam 11.45 malam Khamis lalu.

Amalan kecantikan keluarga Neelofa

BUKAN calang-calang wanita yang masih disunting agensi model untuk menjadi peragawati pada usia mencecah 32 tahun dan sudah punya lima anak.

Itulah pengalaman dilalui Noor Kartini Noor Mohamed, 46, yang dikatakan memiliki kecantikan luar biasa dan menjadi buah mulut masyarakat, terutama di Pasir Mas, Kelantan, satu ketika dulu.

Malah, dalam tempoh lima tahun aktif sebagai peragawati, ibu kepada 10 cahaya mata itu beberapa kali menjadi penghias kulit muka depan majalah wanita terkemuka tempatan.

Legasi kecantikan dimiliki Kartini kemudian diwarisi anaknya, Noor Neelofa Mohd Noor, 24, atau lebih mesra disapa Lofa, malah jika dilihat gambar pada waktu muda, ternyata wajah dua beranak ini tidak banyak berbeza.


Gambar Neelofa dan ibu beliau ketika muda.

 Gambar keluarga Neelofa.
 
Sama Cantik, Kartini mewarisi kecantikan Bibi.

Menceritakan kecantikan dimiliki, Kartini berkata, dia mensyukuri kelebihan diberikan Allah kepadanya serta keluarga dan ia diwarisi turun-temurun.

“Saya tidak pernah berasakan diri cantik, namun apabila orang memuji, saya bersyukur. Maklumlah, kalau hendak kata cantik, ada di kalangan ahli keluarga lain mahupun saudara-mara juga tidak kurang cantiknya. Bagaimanapun, kata orang, kecantikan itu subjektif dan orang luar yang menilainya,” katanya kepada Metro Ahad.

Kartini tidak menafikan kecantikan wajah ahli keluarga nya menyebabkan dia mahupun adik-beradik lain cepat menarik perhatian umum, malah seawal usia 15 tahun dan masih bersekolah, sudah ada rombongan mahu meminang. Menurutnya, perhatian diberikan mesyarakat keliling menyebabkan bapa sangat menjaga tingkah laku anaknya. Seperti ibunya, dia juga tidak dapat menjalani kehidupan bebas seperti anak muda sekarang. Orang di Pasir Mas memang kenal bapa saya, jadi kami tidak boleh lepas laku. Kalau ke bandar, pasti ada yang memandang dan memantau. Bayangkan kalau saya cuba keluar daerah dan ada polis menjaga, mereka suruh saya pulang.

Diantara amalan kecantikan keluarga Neelofa

Mereka sangat menjaga pemakanan, dan juga mengambil makanan tambahan. Sentiasa membaca Al-Fatihah dan Al-ikhlas tiga kali sebelum masuk bilik air. Selesai baca, terus siram air pada tubuh. Mereka juga mengamalkan minum air suam sebelum dan selepas mandi.

Saturday, 28 April 2012

Keterangan Zarina Anjoulie tentang aksi cium

KUALA LUMPUR: Pelakon dan model, Zarina Anjoulie Lavocah, 25, sekali lagi dipalit kontroversi apabila aksinya dicium mesra jejaka heboh di laman blog dan portal hiburan.

Sebelum ini kisah pergaduhannya dengan bekas bintang Akademi Fantasia Musim 6 (AF6), Lutfyah Sheikh Omar atau Lufya, 26, mendapat liputan media.

Menurut pelakon yang melakar nama melalui watak utama dalam siri TV ‘Anak Pontianak’ yang mesra dengan nama Anjou itu, dia memang mempunyai ramai kenalan lelaki yang rapat namun foto yang tersebar itu bukan teman lelaki mahu pun bakal suaminya.

Sebaliknya, lelaki yang dilihat menciumnya dalam keadaan yang agak panas itu adalah abang tirinya.
 
“Saya bukanlah bodoh untuk menunjuk-nunjuk foto saya bermesra dengan teman lelaki. Sebolehnya saya merahsiakan dan menyembunyikan foto terbabit bagi menjaga imej sebagai artis dan saya masih boleh berfikir perkara baik atau buruk. “Saya ada lapan adik-beradik tiri, lima lelaki dan tiga perempuan. Kami memang rapat antara satu sama lain. Gambar yang diambil pada tahun lalu itu bagi saya tidak ada masalah kerana ia hubungan sesama adik-beradik,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.

Zarina berkata, dia semakin tertekan dan tidak faham mengapa segelintir pihak tegar melemparkan dakwaan tidak rasional sekali gus cuba menjatuhkan dirinya sebagai penggiat seni tanah air.

“Sebagai artis, berperwatakan baik sangat pun, orang tetap melemparkan dakwaan berunsur negatif. Kontroversi sinonim dengan individu bergelar artis. “Saya juga pernah difitnah kononnya dibela individu bergelar VIP Mat Saleh hanya disebabkan mereka nampak saya bermesra di kedai mamak pada lewat malam. “Padahal itu bapa saya dan kami selalu keluar minum di kedai mamak jam 12 malam,” kesalnya.


Dia berkata, dirinya tidak mahu ambil peduli dan malas melayan sesetengah laman blog yang mengaitkan dirinya dengan kontroversi bertujuan untuk mengaut keuntungan. “Saya tidak mahu peminat mengenali saya dengan kontroversi kerana apa yang dilakukan hanya saya yang tahu.

“Kini, peminat sudah salah tafsir apabila saya terus dipalit kontroversi seperti ini. Semakin ligatlah sesetengah laman blog untuk terus melemparkan dakwaan negatif bagi mengaut keuntungan. “Kenapa tidak dari dulu lagi gambar ini disiarkan padahal ia diambil tahun lalu,” katanya.
 
Katanya, mungkin apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Fokusnya kini memajukan diri dan memberikan kesan yang terbaik dalam karier seninya tanpa perlu mendengar apa juga kata negatif. Sebelum ini, cerita kontroversi Zarina tercetus apabila tersebarnya foto seksi yang mendedahkan sebahagian dadanya di Internet beberapa tahun lalu dan beraksi ‘berani mati’ apabila menjadi penghias muka depan majalah lelaki yang diterbitkan di Jakarta, Indonesia hingga ramai yang mencemuh.

Mendapat jolokan ‘Party Girl’, Zarina dilaporkan bergaduh dengan beberapa rakan artis. Terbaru, seorang artis lelaki dari seberang menafikan ada hubungan istimewa dengannya namun Zarina tidak kisah dengan jawapan diberikan lelaki terbabit. Pelakon ini juga pernah merancang mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan sehingga dalam satu temu bual Zarina berterus-terang tidak mahu mengundang wartawan di majlis perkahwinannya.

Tidak berakhir dengan itu, Zarina mengaku menjalin hubungan dengan suami orang namun perkahwinan itu terpaksa ditunda atas alasan peribadi.

Peristiwa paling indah buat Fasha

KUALA LUMPUR: “Inilah peristiwa paling indah dan bahagia buat saya kerana kami akhirnya selamat disatukan. Saya amat bersyukur dan mengharapkan perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.”

Itu kata Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 36, selepas diijabkabulkan dengan aktres jelita, Fasha Sandha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, di Windows of KL, Hotel Crowne Plaza, di sini, jam 9.40 malam tadi. Rizal atau lebih mesra dengan panggilan Jejai, sah menjadi suami Fasha selepas dua kali lafaz di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Sahirman Ahmad.



Fasha yang anggun dalam persalinan berona putih sentuhan pereka fesyen, Rizman Ruzaini diwalikan ayah kandungnya, Hassan Moideen, 60, dengan mas kahwin RM8,888.88.
Jejai berkata, kehadiran Fasha kini melengkapkan hidupnya dan perkahwinan mereka kemuncak kepada persefahaman yang disemai secara serius sejak tiga tahun lalu.

“Alhamdulillah, segala-galanya sudah selamat dan sekarang kami sah menjadi suami isteri. Saya gembira kerana apa yang kami impikan menjadi kenyataan. Ini berkat adalah doa kami sepanjang bercinta.

“Selama ini pelbagai dugaan dan kontroversi terpaksa kami tempuhi bersama. Macam-macam cerita pernah terpampang di media, namun semuanya tidak pernah menggugat hubungan kami. “Selepas ini kami akan mula menempuh fasa baru bersama-sama dan semoga saya akan dapat membahagiakan Fasha sebagaimana yang diimpikannya,” katanya yang merahsiakan jumlah hantaran buat isterinya.

Jejai juga akui tidak sabar untuk menimang cahaya mata lagi dan merancang membawa Fasha ke Pulau Redang sebagai destinasi bulan madu kerana baginya lokasi di Malaysia sudah cukup indah. Sementara itu, Fasha berharap perkahwinannya dengan Jejai yang pertama dan terakhir kerana baginya suaminya itu memenuhi segala ciri lelaki idamannya.

“Dia seorang yang penyayang, matang dan menerima saya seadanya. Itulah yang membuatkan saya benar-benar jatuh cinta dengan Rizal dan menerima lamarannya,” kata Fasha. Majlis pernikahan yang berkonsepkan warna putih dan ungu ini hanya dihadiri kira-kira 300 tetamu, semuanya keluarga terdekat dan teman rapat saja. Pengantin lelaki menyerahkan hantaran, antaranya tepak sirih, beg tangan, sebentuk cincin, jubah dan tudung dari Makkah serta senaskah al-Quran dan sebentuk cincin Habib Jewels. Antara balasan hantaran daripada Fasha pula ialah sirih junjung, sehelai sejadah, buku Terima Kasih Tuhan Atas Cinta Ini dan sebentuk cincin.

Pusar air Gergasi digelar Naruto (6 Gambar)

Whirpool adalah pembentukan air yang unik dan salah satu kolam whirlpool yang paling ketara dan ajaib di dunia adalah whirpool Naruto di Selat Naruto di Hyogo, Jepun. Sejumpah besar air pasang bergerak ke dalam Laut dua kali sehari, dan juga membuang air yang banyak dua kali sehari. Tapi jangan tanya saya kenapa tempat pusaran air dinamakan Naruto, watak manga / anime yang popular tu. Saya tidak tahu tentang kebenarannya.






Arus di selat itu adalah yang ke-4 terpantas di dunia selepas Saltstraumen di luar Bodo di Norway, yang mencapai kelajuan 37 km / h, Moskenstraumen mati di pulau-pulau Lofoten di Norway, yang mencapai kelajuan 27,8 km / h;dan pusaran Sow Lama di New Brunswick, Kanada, yang telah diukur dengan kelajuan sehingga 27,6 km / j. Naruto Whirlpool adalah terpantas di Jepun dengan kelajuan sehingga 20 km / h dan mencipta sehingga 20 meter diameter.

Whirpool boleh diperhatikan dari kapal-kapal, atau dari Jambatan Naruto, yang merentasi selat. Jambatan gantung mempunyai panjang sebanyak 1.629 m, dengan rentang pusat ke atas selat yang mempunyai panjang 876 m dan ketinggian 41 m dari paras laut. Pandangan yang terbaik juga boleh dilihat dari pantai pada Awaji pulau. Sangat menakjubkan, betul tak?

Friday, 27 April 2012

Hantaran serta pernikahan Fasha dan Jejai (5 Gambar)

Diantara 5 foto paparan hantaran berupa sebentuk cincin, sepasang kasut, tie baju, sebuah buku berjudul ‘Terima Kasih Tuhan’ dan senaskah Al-Quran telah dikongsikan oleh pihak Ari Wedding Couture melalui laman Facebook, kira-kira 4 jam lepas.

Menurut sumber terdekat kami, majlis pernikahan Fasha & Jejai akan berlangsung pada pukul 8:30 malam ini bertempat di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur.






Dan sebentar tadi, berlangsungnya majlis pernikahan antara pelakon, Fasha Sandha,28, dan juga Rizal Ashram, 36, (Jejai). Kedua-dua pasangan mempelai ini telah mengadakan majlis pernikahan mereka di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur.

Berwalikan Hassan Moaideen, bapa kandung kepada Fasha Sandha, pasangan ini telah dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad lebih kurang jam 9.45 malam tadi.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran ahli keluarga terdekat, rakan-rakan dan juga beberapa orang selebriti lain seperti Isma AF, Faradhiya, Tomok, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.

Ustaz Don sudah Bertunang

Rupa-rupanya Ustaz Don, ustaz kegemaran ramai dan mempunyai ramai peminat ni sudah berpunya, dan sudah mengikat tali pertunangan. Ustaz Don, atau nama penuhnya Don Daniyal Don Biyajid dilahirkan dalam keluarga yang sederhana iaitu ibunya seorang kerani dan bapanya pula, pembantu makmal pada tanggal 14 November 1984.

Lahir di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, beliau mengakui mengagumi pengorbanan kedua-dua orang tuanya itu, Ustaz Don semasa kecil sering mengikuti bapanya ke masjid untuk menunaikan solat dan mendengar ceramah agama.

Anak kedua daripada empat beradik itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sewaktu di sekolah menengah, dia adalah pelajar aliran sains.

Mengikuti pengajian peringkat Diploma di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulau Pinang, kemudian Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat di Mesir. Kumpulan muzik yang diminati... Linkin Park. Menurut Ustaz Don, sebahagian lirik lagu kumpulan itu yang dibacanya tidak keterlaluan dan ada yang berunsur kehidupan dan kemanusiaan.

Kini ustaz Don kini tunangan kepada Husna Mohd Zain, pelajar jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir.
Selain terbabit dengan 30 Minit Ustaz Don pada waktu malam, aktivitinya pada sebelah siang dipenuhi dengan tuntutan kerjaya sebagai pensyarah di Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat di Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Bangi serta tugasnya sebagai penceramah bebas.

Pada masa sama, beliau juga sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam pengajian al-Quran dan Sunnah.

Menyingkap pembabitan awal sebagai penceramah bebas, Ustaz Don yang pernah menjadi guru di sebuah tadika di Pulau Pinang, menyampaikan kuliah agama pertamanya di Selangor iaitu di Surau An Nur, Bangi, tiga tahun lalu.

Detik itu tidak mungkin dilupakan lantaran ia permulaan sebagai pendakwah bebas, tambahan pula beliau bertindak sebagai ‘bidan terjun’ menggantikan dua ulama tersohor - Ustaz Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus yang tidak dapat memberi kuliah pada hari berkenaan.

Penghujung 2010, sahabatnya, Kamarul Zaman, bekas kakitangan TV AlHijrah memperkenalkannya kepada seorang produser stesen itu yang kebetulan sedang mencari seorang ustaz untuk mengendalikan program baru.

Selepas uji bakat, beliau terpilih mengendalikan program Ihya Ramadan sebanyak 20 episod, yang menyaksikan pelbagai reaksi positif penonton.

Rentetan itu, katanya, lahirlah idea untuk menerbitkan 30 Minit Ustaz Don yang pada awalnya menggunakan judul Tazkirah Ustaz Don. Program berbentuk kuliah interaktif itu sebagai kesinambungan kejayaan Ihya Ramadan.

Menjadi wajah rebutan kebanyakan stesen TV sekarang, Ustaz Don mengakui selesa bersama TV AlHijrah, malah turut berkongsi idea untuk program akan datang.

Wanita Libas Anu Penyamun

KUALA LUMPUR: Senjata makan tuan. Itu gambaran balasan segera diterima seorang lelaki apabila parang digunakannya ketika cuba menyamun dan merogol seorang wanita dirampas mangsa lalu dilibas mengenai kemaluan penjenayah terbabit.

Berikutan kejadian itu yang berlaku di kawasan rumah kedai di Jalan Pandan Indah, di sini, jam 4 petang kelmarin, suspek terbabit yang berusia 20-an mengalami kecederaan serius pada alat kelaminnya.



Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 20 tahun dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya.

Menurutnya, mangsa dihampiri suspek yang mengacukan parang ke lehernya sebelum mangsa diheret ke kawasan gelap berdekatan sebuah stor di tingkat dua bangunan rumah kedai itu.

"Suspek menolak mangsa hingga jatuh dan meminta mangsa menyerahkan wang serta barangan berharga. Apabila mangsa enggan mengikut arahannya. Suspek menyeluk kocek mangsa dan merampas wang RM100 serta satu telefon bimbit, "katanya, semalam.

Sumber itu berkata, suspek bertindak ganas dengan memijak kemaluan mangsa beberapa kali tanpa menghiraukan tangisan dan rayuan mangsa supaya tidak dikasari. " Suspek memaksa mangsa menanggalkan pakaiannya. Apabila mangsa enggan, suspek cuba membuka seluar mangsa dan ketika dia cuba berbuat demikian, mangsa mengambil peluang menendang suspek. Tendangan itu menyebabkan suspek hilang imbangan badan dan parang dipegangnya terlepas daripada genggaman. Mangsa segera merampas senjata itu dan melibas mengenai kemaluan suspek, "katanya.

Menurutnya, akibat cedera suspek melarikan diri manakala mangsa mengambil semua telefon bimbit dan wang miliknya yang ditinggalkan suspek. Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisiten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Thursday, 26 April 2012

Layan 50 Teka-Teki

Jom kita layan teka-teki pulak, asyik cerita hal-hal dalam kain orang je kan..haha..sekali sekala layan kecekapan dengan menjawab teka-teki ni, boleh mengasah minda kot..kalau tak pon boleh la nak tipu sunat anak-anak buah ke kawan-kawan ke..

Soalan 50: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin
Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
Jawapan: PATAH BALIK laaa
Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
Jawapan: Stokin tu basah lah….
Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
Jawapan: Telur
Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Jawapan: Kuih Donut
Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.
Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?
Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
Jawapan: Spedometer bas lah…
Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?
Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih?
Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam
Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?
Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?
Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?
Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?
Jawapan: Orang naik beca semasa hujan
Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
Jawapan: Tapak kaki kitalah.
Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.
Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?
Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!
Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?
Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.
Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi.
Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah “dan”
Soalan 27:Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
Jawapan: Gasing
Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?
Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.
Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.
Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada….
Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
Jawapan: Buang tebiat
Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.
Jawapan: Batang hidung engkaulah!
Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?
Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan
Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapan: Bahrain – bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan…
Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Jawapan: Pemandunya lah yang mati…… kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar….mati lah orang tu.
Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?
Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
Jawapan: Pisang Goreng
Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?
Jawapan: Kutu ler…Sebab memang dok kat kepala orang!
Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?
Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.
Soalan 13: Apakah haiwan yang berkaki 3?
Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?
Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
Jawapan: Anak mancis daaa.
Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?
Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal…
Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?
Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM
Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
Jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)
Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Jawapan: Ikan Belukang kerana “Blue” adalah perkataan inggeris, “Kang” adalah perkataan Jawa.
        Soalan 01: korang tolong la tambah, aku dah tak der idea dah..haha

Artis paling kontroversi, Zarina Anjoulie dicium

Laman sosial Twitter tempatan semalam tiba-tiba kecoh dengan sekeping gambar yang menyaksikan artis yang tidak pernah lekang dengan kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah dicium oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Menurut laman web hiburan terkenal, murai.com, gambar Zarina itu mula tersebar di Twitter sejak pagi semalam sebelum disebarkan lebih meluas di laman sosial internet lain seperti Facebook dan blog.








Gambar tersebut menyaksikan lelaki tersebut memegang bahagian rahang Zarina dan seolah-olah mencium aktres seksi itu di bahagian pipi.Manakala Zarina pula dilihat seolah-olah cuba mengelak ciuman tersebut dalam keadaan ‘paksa rela’.

Bagaimanapun, identiti lelaki tersebut masih gagal dikenal pasti memandangkan wajahnya yang tidak menghadap kamera ketika gambar tersebut dirakamkan. Selain itu, murai.com turut menjelaskan bahawa pihaknya gagal menghubungi Zarina untuk meminta penjelasan mengenai gambar tersebut memandangkan telefon bimbitnya ditutup.

Zarina yang sebelum ini meluahkan hasrat untuk berkahwin dalam masa yang terdekat, bagi menamatkan kontroversi yang sering melanda kehidupannya sebagai seorang artis.

Dia juga baru saja reda ‘berperang’ dengan seorang lagi pelakon drama yang dikatakan miripnya, Lufya, dengan menyindir artis baru itu ungkapan memalukan – ‘ketiak basah’. Sebelum ini, Zarina juga mencetus kontroversi apabila muncul seksi terlampau ketika menghiasi kulit majalah dari Indonesia, FHM, sehingga menjemput kritikan pedas dari ramai peminat industri hiburan tanahair.

Bermula dengan identiti seksi, Zarina pertama kali mencetus kontroversi apabila beberapa keping gambar bogel yang dikaitkan dengan dirinya bersama teman lelaki tersebar di internet di awal pembabitan sebagai pelakon drama bersiri, Anak Pontianak.

Wednesday, 25 April 2012

Restoran Dalam Gua Di Itali

Nampak nya, kebanyakkan restoran di seluruh dunia mula mengutamakan kreativiti dalam dekorasi dalaman restoran mereka..Kalau dulu, pernah kita dengar restoran dalam air (akuarium), restoran tergantung, restoran atas gunung berapi dan macam-macam lagi..Tapi kali ni, aku nak tunjuk pulak kat korang restoran yang beroperasi di dalam sebuah gua di Itali..Kalau nak tahu, meh usha gambar kat bawah ni..










Gadai nyawa demi Abang

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki nekad merempuh kepungan kira-kira 30 lelaki bagi menyelamatkan abangnya yang parah akibat dibelasah dan ditetak dengan parang oleh kumpulan lelaki itu dan terpaksa memapah abangnya sejauh lebih 20 meter untuk keluar dari tempat kejadian.

Kejadian berlaku depan sebuah premis perniagaan di Desa Melawati, di sini, pada jam 1 pagi Ahad lalu selepas abang lelaki itu parah diserang kumpulan lelaki terbabit.



Sumber berkata, sebelum itu mangsa berusia 40-an melihat berlaku pergaduhan membabitkan sekumpulan kira-kira 30 lelaki dan dia berniat ingin menyuraikan pertelingkahan terbabit kerana mengenali seorang daripada mereka yang terbabit dalam insiden itu.

“Bagaimanapun niat baiknya mengundang padah apabila mereka yang tidak berpuas hati menyerangnya, malah mengepung sebelum membelasah mangsa bertubi-tubi dengan parang.

“Mangsa cuba melawan untuk menyelamatkan diri, namun gagal malah dia ditetak di tangan dan kepala bertubi-tubi,” katanya. Sumber berkata, mujur rakan yang mengenali mangsa menghubungi adiknya yang terus ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, adiknya yang berusia 26 tahun menyerbu mesuk ke dalam kumpulan terbabit sebelum berlaku tolak menolak ketika cuba menyelamatkan abangnya. Bimbang kejadian lebih teruk, dia mendukung abangnya sebelum berlari 20 meter ke arah rakan yang menunggu di dalam kereta sementara suspek yang masih tidak berpuas hati mengejar mereka berdua," katanya.

Menurutnya, adik mangsa hanya sempat memasukkan mangsa ke dalam kereta dan mengarahkan rakannya menghantar mangsa ke hospital sementara dia melarikan diri sambil dikejar suspek. "Adik mangsa dapat meloloskan diri daripada dikejar suspek beberapa minit selepas itu sebelum dia menghubungi rakannya supaya mengambilnya semula. "Selepas dijemput rakannya mereka membuat laporan di Balai polis Taman Melawati sebelum kes itu dirujuk semula ke Balai Polis Wangsa Maju unutk tindakan selanjutnya," katanya.

Mangsa yang menerima beberapa jahitan di telinga, kepala dan tangan dilaporkan stabil dan menerima rawatan di Hospital Ampang. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk ku Chin Wah mengesahkan menerima laporan dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, Siasatan lanjut sedang dijalankan.   

Tuesday, 24 April 2012

Pakej Tanyangan "Titanic 3D" penuh emosi

Selalunya orang layan Filem 3D yang banyak action tapi kali ini kita cuba kelainan sikit. Mesti ada antara korang yang dah pergi layan cerita "Titanic 3D" yang sudah ditayangkan di pawagam baru-baru ni kan..Seriously, walaupun cerita tersebut pada dasarnya mempunyai plot dan pengakhiran yang sama, namun dengan kemantapan visual 3D yang ada, mesti berlambak yang meleleh air mata, kan kan..










Macam mana pun, di Britain, bukan setakat cerita tu ja yang main peranan, malah suasana panggung yang dilengkapi kolam renang dan replika bot penyelamat yang menjadi tempat duduk penonton juga memainkan peranan bagi menambahkan lagi feel suspen dan sedih sewaktu filem tersebut ditayangkan..Kalau nak tahu apa rupa panggung tu, mari kita tengok gambaran sebenar pawagam tuh.