Thursday, 31 May 2012

Ina Naim gembira dapat anak perempuan

KOTA TINGGI: Penyanyi, Ina Naim atau nama sebenarnya Nordiana Md Naim selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.3 kilogram di Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini, pada jam 8.35 pagi semalam.



Dia yang ditemui kelihatan gembira kerana dikurniakan bayi perempuan berikutan dua anaknya sebelum ini lelaki. “Sebelum ini Ina mengharapkan bayi perempuan kerana ingin tahu bagaimana melayan kerenah bayi perempuan berbanding lelaki.

“Malah, naluri keibuan mahukan anak perempuan sebagai peneman dan kawan apabila dia besar kelak. “Syukur berkat solat hajat dan doa Ina serta suami, permintaan itu dimakbulkan,” katanya ketika ditemui, semalam. Jantina anak ketiganya itu hanya diketahui ketika pemeriksaan di HKT kelmarin, hasil ujian imbasan dilakukan sebelum melahirkannya, semalam.

Sementara itu, suaminya, Mohd Suhaimi Saad berkata, dia sekeluarga bersyukur kerana isterinya selamat melahirkan anak ketiga mereka.

Mohd Suhaimi yang juga penyanyi kumpulan nasyid In-Team berkata, kelahiran bayi perempuan itu bagaikan melengkapkan keluarganya kerana kini, mereka dikurniakan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan sepanjang lima tahun mendirikan rumah tangga.

“Kami belum memutuskan nama untuk bayi perempuan ini, tetapi sudah mempunyai beberapa cadangan yang akan diputuskan kelak. “Bagi saya, lebih penting nama diberikan itu memberikan makna bagi menggambarkan kelembutan dan kesopanan seorang wanita,” katanya.

Sebelum ini, pasangan berkenaan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 4, dan Sallman Elkhoyri, 2 tahun.

Wednesday, 30 May 2012

Gambar anak Tomok dan Ayu

Jutaan tahniah diucapkan kepada pasangan bahagia Tomok dan isterinya, Ayu yang kini telah pun bergelar ayah dan ibu dengan kelahiran bayi lelaki mereka. Bayi yang masih belum diumumkan namanya ini dilahirkan dengan berat 3.33kg pada kira-kira jam 6.30 petang tadi. Tomok sempat kongsikan gambar anak beliau di laman Twitternya..dan meluahkan rasa bersyukur dan gembira di atas kelahiran anaknya itu. Tomok dan Ayu berkahwin pada 1 Julai 2011 yang lalu dan ini merupakan anak sulung mereka.








Samsung Galaxy s3 di pasaran esok

Produk terbaru dari SAMSUNG yang membuatkan ramai yang tergila-gilakan telefon bimbit ni termasuklah aku. Samsung Galaxy S III secara rasminya telah dilancarkan pada 5 Mei 2012 yang lalu dan sudah mula dipasarkan. TELEFON pintar Galaxy S III edaran Samsung Malaysia Electronics kini boleh diperoleh di pasaran menerusi rakan kongsi telekomunikasinya Celcom, DiGi dan Maxis bermula 31 Mei dan cawangan Samsung Elite Partner pada Jun.




Pengarah Urusannya, Kwon Jae Hoon berkata, menerusi pengenalan telefon terbaru itu, syarikat yakin ia dapat mengatasi kejayaan Samsung Galaxy S II yang terjual sebanyak 20 juta unit di seluruh dunia sejak pelancarannya tahun lalu. Beliau berkata, telefon baru itu yang hanya seberat 133 gram dan lebar 8.55mm adalah peranti pertama yang menampilkan pemproses aplikasi empat teras. “Ini menyediakan kepada pengguna prestasi dipertingkat, melayari web dengan pantas, pelbagai guna, kualiti grafik terbaik dan antara muka pengguna yang responsif dengan segera di skrin yang lebih besar,” katanya sambil menambah Samsung Galaxy S III dikuasakan Android 4.0, Ice Cream Sandwich (ICS) dan bateri 2,100 mAh.


Pencuri kereta koma akibat kemalangan

KAJANG: Seorang lelaki yang disyaki mencuri sebuah kereta utiliti sukan (SUV) di Batu 9, Cheras, di sini, awal pagi kelmarin kini koma selepas kereta dipandu itu terbabit kemalangan di Jalan Cheras.


Dalam kejadian jam 4 pagi itu, SUV dipandu lelaki berusia 30-an terbabit hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik menyebabkannya tersepit serta parah di kepala. Difahamkan, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menghantar lelaki terbabit ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan kini koma di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut sumber, pada masa sama, syarikat kereta yang menerima maklumat dari bank untuk menarik kenderaan berkenaan menghantar dua wakil mereka menjejaki pemilik berdasarkan alamat nombor pendaftaran kenderaan itu. “Dua wakil syarikat itu yang pergi ke rumah pemilik kereta berkenaan berdasarkan alamat diberikan terperanjat apabila dimaklumkan ahli keluarga kereta itu baru saja dicuri.

“Namun, keluarga pemilik kereta itu belum membuat laporan polis kerana pemiliknya berada di Ipoh atas urusan kerja dan dijangka pulang hari ini (semalam),” katanya.
Sementara itu, seorang wakil syarikat kereta yang dikenali sebagai Kam, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut kejadian itu dan memberitahu kes berkenaan sudah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

“Kami hanya menjalankan tugas sebaik menerima aduan mengenai sebuah kenderaan yang terbabit kemalangan dan perlu ditunda. “Bagaimanapun, kami diberitahu lelaki itu koma menyebabkan usaha menjejaki keluarganya dilakukan bagi meneruskan urusan berkenaan,” katanya. Kam berkata, sebaik menemui keluarga pemilik kenderaan itu, dia terkejut kerana kenderaan itu dilaporkan hilang dan dibawa lari awal pagi iaitu beberapa jam sebelum kemalangan.

Tuesday, 29 May 2012

Iphone meletup dan mencederakan orang

Dalam penerbangan dari Lismore ke Sydney Australia, penumpang di kejutkan dengan letupan kecil sebiji Iphone 4 milik penumpang tempatan. Agak memeranjatkan kerana jarang berlaku letupan pada produk keluaran Apple ini. Namum tiada sebarang penumpang yang tercedera dalam kejadian tersebut.




Berkemungkinan besar ianya berpunca dari bateri lithium ion yang di gunakan Iphone 4 tersebut terlalu panas menyebabkan ianya meletup. Bagaimana pun pihak penerbangan Regional Express masih melakukan siasatan rapi berkenaan kes ini dan tiada sebarang kenyataan rasmi di keluarkan setakat ini.

Maut selepas hadiri kelas tambahan

MELAKA: Hasrat seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menghadiri kelas tambahan berakhir tragedi apabila maut selepas motosikal dibonceng bergesel dengan sebuah lori di Jalan Kampung Gelam, Tanjung Kling dekat sini, semalam.

Kejadian jam 10.28 pagi, Faizah Masbak, 17, yang membonceng motosikal Modenas Kriss bersama rakannya, Nurliyana Md Yusoff, 17, terjatuh.


Faizah maut di tempat kejadian selepas cedera parah di tengkuk dipercayai digilis lori berkenaan manakala rakannya, Nurliyana yang cedera parah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka. Lokasi kejadian bertukar pilu apabila ibu mangsa, Rabiah Ahmad, 53, yang tiba tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat jenazah anaknya terbujur kaku. Menurut kakak mangsa, Afifah, 23, adiknya yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Methodist di Tengkera keluar rumah kira-kira jam 8 pagi bagi mengikuti kelas tambahan di sekolahnya.
 
 PILU...anggota keluarga mangsa tidak dapat menahan sedih melihat jenazah Faizah di tempat kejadian. 

“Ibu kata, pagi tadi (semalam) Faizah minta izin ke kelas tambahan dengan membonceng motosikal rakannya yang menjemput adik di rumah. “Namun, tidak lama selepas rakannya datang ke rumah dan memaklumkan Faizah kemalangan, pada awalnya ibu dan ayah menyangkakan ia kemalangan kecil,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka, di sini, semalam.


Menurutnya, bagaimanapun apabila tiba di lokasi mereka terkejut melihat orang ramai berkumpul dan jenazah adiknya sudah ditutup. Katanya, arwah yang juga anak kelima daripada enam beradik tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian.


“Adik tidak menunjukkan perubahan, namun malam tadi (kelmarin) dia yang gemar memasak sempat menggoreng nasi goreng cili padi untuk kami sekeluarga. “Ketika pengecaman mayat hanya ayah yang melihat kerana saya sedih dan tidak sanggup selepas dimaklumkan terdapat kesan tayar di bahagian tengkuknya,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd Rahman berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa dari Tanjung Kling ke Tangga Batu bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama. “Akibat bergesel dengan lori yang nombor pendaftarannya masih belum dikenal pasti, kedua-dua pelajar ini dipercayai gagal mengawal kenderaan itu lalu terjatuh ke atas jalan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


“Faizah yang berasal dari Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga maut serta-merta di tempat kejadian, manakala rakannya yang cedera parah kini dirawat di ICU Hospital Melaka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Menurutnya, sehingga kini, pemandu lori berkenaan belum membuat laporan polis dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi polis untuk membantu siasatan.

Monday, 28 May 2012

Gambar anak Harith Iskander

Gambar hasil dari Lensa Kamera Sammy Khoo yang menampakkan anak Harith Iskander jelas kecomelannya..hehe. Anak lelakinya diberi nama Zander Xayne Iskander.








Sunday, 27 May 2012

Lisa Surihani gembira dengan kenaikan berat badannya

Pelakon Lisa Surihani mengakui berat badannya telah meningkat sebanyak empat kilogram selepas tiga bulan berkahwin dengan pengarah, Yusry Abdul Halim. Lisa berkata, dia memang berhasrat untuk menaikkan berat badannya kerana merasakan dirinya terlalu kurus.
 Pic: kredit to ROTIKAYA


“Berat sebelum kahwin 46 kilogram dan sekarang telah bertambah kepada 50 kilogram dan saya gembira dengan peningkatan itu kerana berat badan saya dibawah paras ideal sebelum ini,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Lisa, dia tidak mengetahui punca peningkatan itu namun tidak menafikan bahagia bergelar isteri sebagai salah satu sebab kepada penambahan itu.

“Mungkin tengah bahagia kot,” ujarnya bergurau.

Lisa dan Yusry berkahwin pada 23 Mac lalu dan pernikahan mereka diadakan di Hotel Marriot, Putrayaja.
Dalam pada itu, Lisa berkata, kehidupan sebagai seorang isteri adalah sangat menyeronokkan walaupun kedua-dua mereka sering sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Bagiamanapun kata Lisa, dia bertuah kerana mereka saling memahami tentang tanggungjawab dan kerjaya tambahan pula berada dalam satu industri yang sama.

“Yusry banyak bertolak ansur apabila cuba mengikut jadual kerja saya supaya kami dapat menghabiskan masa berkualiti bersama.

“Apabila saya sedang bekerja dia juga akan turut bekerja dan akan berhenti selepas saya selesai menjalani penggambaran,” ujarnya.

Tambah Lisa, kadang-kala suaminya itu akan bertandang ke lokasi penggambarannya untuk membuat kerja sementara menunggunya.


Masak kemaluan sendiri

TOKYO: Seorang lelaki menjalani pembedahan membuang kemaluannya sebelum memasak senjata sulitnya itu dan menyajikannya kepada lima tetamu.Mao Sugiyama, 22, lelaki aseksual, secara sukarela menjalani pembedahan untuk membuang kemaluannya.

Bagaimanapun, pelukis ilustrasi itu membawa pulang kemaluan dan buah zakarnya dari hospital dan mengadakan parti.Dia mengenakan bayaran sebanyak RM640 terhadap setiap tetamu untuk memakan kemaluannya yang dihiasi dengan cendawan dan daun parsli di Tokyo.


Sebelum menikmati makanan itu, tetamu duduk untuk mendengar mainan piano dan mengambil bahagian dalam satu perbincangan.Sugiyama memasak sendiri kemaluannya dengan dipantau seorang chef.

Dia menawar untuk berbuat demikian dalam laman Twitternya kepada seorang tetamu dengan mengenakan bayaran sebanyak RM4,000 tetapi kemudian mengambil keputusan membahagi-bahagikan ‘makanan’ itu kepada lima tetamu.

“Saya menawarkan kemaluan saya (zakar, buah zakar dan kantung zakar) untuk dimakan dengan harga 100,000 yen (RM4,000). “Saya menjalani pembedahan untuk membuang organ itu. Saya disahkan bebas daripada sebarang penyakit kelamin. Organ itu berfungsi normal dan saya tidak pernah menjalani rawatan hormon wanita.

“Pembeli pertama yang berminat akan memperolehnya. Saya juga bersedia menjualnya kepada sekumpulan pembeli. Saya akan memasak seperti yang dikehendaki pembeli di lokasi yang dipilih mereka. Jika ada soalan, sila hubungi saya menerusi e-mel,” tulisnya dalam laman Twitter.

Kira-kira 70 orang hadir pada acara itu yang diadakan di daerah Suginami di Tokyo. Ketika lima orang memakan kemaluan Sugiyama, yang lain makan daging lembu atau buaya. Mereka yang memakan kemaluan itu ialah pasangan suami isteri berusia 30 tahun, seorang wanita 22 tahun, seorang lelaki 32 tahun dan perancang majlis, Shigenobu Matsuzawa, 29.

Sugiyama meminta tetamunya menandatangani surat yang menyatakan dia tidak akan didakwa sekiranya mereka sakit selepas memakan kemaluannya. Penganjur parti itu berjenaka sebelum acara berkenaan dengan berkata, dia akan menyiarkan resipi masakan itu menerusi Internet.

CalorieLab.com memetik seorang tetamu sebagai berkata, kemaluan itu liat dan tidak mempunyai rasa. Polis Suginami yang dihubungi enggan melakukan siasatan dengan alasan ia tidak melanggar undang-undang.

Sugiyama juga menjalani pembedahan membuang puting teteknya. Selaku aseksual yang tidak berminat terhadap kegiatan seks, Sugiyama tidak akan menggantikan kemaluannya dengan kemaluan tiruan.

Saturday, 26 May 2012

Kata Mawi Cahaya Malaika tidak banyak kerenah (7 Gambar)

TIADA ayat yang mampu menggambarkan betapa bersyukur dan gembiranya pasangan ini saat menerima khabar berita mereka bergelar ibu selepas tiga tahun menanti. Berbaloi penantian itu dirasakan apabila pada tanggal 28 Februari lalu, wajah zuriat comel mereka itu dapat ditatap buat pertama kalinya. Dinamakan dengan sepotong nama yang cukup indah, diam tak diam Cahaya Malaika kini sudah pun berusia tiga bulan.








Baik suami yang juga penyanyi popular, Asmawi Ani (Mawi), 31, mahupun isterinya, Nora’Ashikin Rahman (Ekin), 33, kedua-dua menyifatkan kehadiran puteri kesayangan itu sebagai pelengkap rumah tangga mereka yang dibina sejak 20 Disember 2008.

Mawi saat ditemui di kediamannya berlokasikan Kelab Golf, Bandar Baru Bangi, pagi Rabu lalu, berkata, Cahaya bayi seorang bayi yang tidak banyak kerenah.

“Dia hanya menangis kalau nak susu, selebihnya dia akan tidur. Alhamdulillah, tidak susah nak menjaganya. Saya juga semakin biasa menguruskannya dengan Ekin. Bila sudah jadi ayah, hidup pun terasa lain.

“Setiap kali menatap wajah Cahaya, saya pasti teringatkan emak dan arwah ayah. Baru saya tahu betapa seronoknya ibu bapa kita apabila menjaga kita ketika kecil.

“Cahaya adalah harta paling bermakna dalam hidup kami berdua. Saya berharap dapat menjadi ayah yang bertanggungjawab, membekalkan ilmu dunia dan akhirat buatnya, insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Ekin memaklumkan, sebelum berkahwin lagi dia sudah membataskan karier seninya dan apabila bergelar ibu, Ekin mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang lakonan.

“Saya sudah tidak mahu berlakon lagi kerana mahu membesarkan anak sendiri. Komitmen saya sekarang selain keluarga adalah sebagai duta tudung Ariani. Beberapa hari yang lalu, saya baru saja terbabit dalam fotografi untuk koleksi terbaru Ariani.

“Tinggalkan Cahaya sekejap pun sudah buat saya resah gelisah, mujurlah emak dan nenek ada. Cahaya masih lagi menyusu badan tapi tidak susah tinggalkan dia kerana Cahaya lebih gemar minum susu badan menggunakan botol.

“Pengalaman menjadi ibu sangat membahagiakan saya, tambahan tiga tahun menunggu untuk dapatkan anak. Alhamdulillah, Cahaya anak yang senang sangat dijaga,” katanya.

Akui Mawi, dia dan isteri meletakkan Cahaya sebagai keutamaan dalam hidup mereka kini sekali gus merangsang Mawi untuk kembali merancakkan karier seninya yang perlahan kebelakangan ini.

“Saya sedang dalam perancangan menyiapkan single pop terbaru berjudul Termolek, hasil ciptaan Datuk M Nasir dan liriknya ditulis Ad Samad.

“Kemudian pada Jun, penggambaran muzik video lagu ini akan dibuat seterusnya ditayangkan secara ekslusif di Astro. Untuk muzik video itu, Irwan iaitu pengarah bagi muzik video Tak Mungkin Berpaling yang pernah dinyanyikan saya secara duet dengan Zamani masih dikekalkan.

“Sejurus selepas pelancaran muzik video berkenaan, syarikat saya, MW Entertainment Sdn Bhd menjalinkan kerjasama dengan Arteffects Sdn Bhd untuk menghasilkan album Asmaa-Ul-Husna yang berkaitan iaitu nama-nama Allah SWT.

Tumpuan Mawi tidak terbatas kepada pembikinan album saja malah MW Entertainment Sdn Bhd sedang merencanakan telefilem terbaru, Siapa Dapat Lisa yang dibintangi oleh SepahTu dan Didie Alias. Sebelum ini, syarikatnya itu pernah menerbitkan drama Paknil Ibu Kirim Salam, Seruan Pulau Nami dan Jiwa Kacau.

“Alhamdulillah perlahan-lahan saya usahakan dan kini saya sudah boleh tersenyum dengan pencapaian MW Entertainment. Bermula dengan hanya menerbitkan program pengembaraan sendiri, Langkah Mawi dan sekarang saya semakin berani untuk lebih serius dalam penerbitan drama pula.

“Siapa Dapat Lisa adalah sebuah telefilem yang akan ditayangkan pada 23 Ogos sempena sambutan Aidilfitri nanti. Ia mengisahkan dua pekerja bengkel yang cuba merebut hati seorang gadis jelita, Lisa yang baru saja berpindah ke kampung. Setakat ini, saya masih lagi tercari-cari pelakon yang sesuai membawakan watak Lisa.

“Konsep yang diketengahkan masih sama seperti beberapa drama yang pernah saya terbitkan sebelum ini iaitu komedi kerana saya suka menghasilkan sesuatu yang menghiburkan penonton. Tambahan pula, Siapa Dapat Lisa akan ditayangkan pada Aidilfitri nanti justeru, bertepatan suasana hari raya yang meriah dan menggembirakan.

“Drama ini begitu menarik kerana tidak sekadar menampilkan SepahTu, tapi plot ceritanya juga berbeza yang mana perebutan antara dua lelaki itu penuh drama dengan elemen melucukan. Ia memaparkan gelagat Jep dan Shuib yang berusaha menambat hati orang tua Lisa semata-mata ingin mengurat gadis itu.

“Saya yakin penonton akan terhibur dengan lakonan mereka terutamanya apabila saya cuba menyuntik cara tradisional orang lama dalam usaha mendekati anak gadis orang dengan memenangi hati orang tua,” katanya.

Cenderung menerbitkan drama dan telefilem bercorak komedi, bukan bererti MW Entertainment Sdn Bhd tidak berkemampuan menghasilkan drama berat.

“Selepas raya, MW Entertainment Sdn Bhd akan memulakan penggambaran Bil Terakhir. Bil Terakhir ini mengisahkan apabila kita sudah mati, bil terakhir kita adalah amalan untuk dihitung,” katanya.

Berita penuh tentang Kematian bayi dalam periuk

BATU PAHAT: Sepasang suami isteri bingung apabila bayi lelaki mereka yang baru berusia dua bulan ‘hilang’ dari buaian di rumah mereka di Kampung Seri Ladang, Rengit, dekat sini, sebelum ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam periuk di kabinet dapur kediaman berkenaan, kira-kira jam 9 pagi Jumaat lalu.

Malah, ini bukan kali pertama pasangan suami isteri berkenaan, Mohd Noor Sallleh, 58, dan Zarinah Dahalan, 42, terpaksa meratap kehilangan anak kerana sebelum ini dua anak perempuan pasangan itu meninggal dunia pada 2003 dan 2010 ketika masih bayi.

  Disini Mohd Noor menunjukkan lokasi periuk dalam kabinet tempat bayinya ditemui mati

Bagaimanapun, kejadian kali ini menimbulkan tanda tanya selepas Asyraful Iskandar Mohd Noor, yang sebelum itu sedang nyenyak tidur di dalam buaian tiba-tiba hilang sebelum ditemui di dalam periuk.

Mohd Noor berkata, dia tidak menyangka kejadian sedih kehilangan dua anak sebelum ini berulang. “Pada hari kejadian iaitu jam 8 pagi, saya ke Klinik Kesihatan Sri Merlong bagi menjalani ujian tekanan darah dan sebelum bertolak, saya sempat menjenguk Asyraful Iskandar yang ketika itu nyenyak tidur di dalam buaian. "Sebaik tiba di rumah sejam kemudian, isteri saya menunggu di muka pintu dalam keadaan cemas dan sedih sebelum memaklumkan bayi kami hilang," katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.


Menurut Mohd Noor, dia memaklumkan kejadian itu kepada jirannya sebelum mereka berusaha mencari bayi berkenaan di kawasan sekitar. Selepas usaha mengesan Asyraful Iskandar menemui jalan buntu, Mohd Noor membuat laporan berkaitan di Balai Polis Rengit. Sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan (JSJ) Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Batu Pahat kemudiannya tiba di lokasi kejadian.

Pemeriksaan akhirnya menemui bayi kami di dalam periuk di kabinet dapur dalam keaadaan tidak bernyawa. Mayat anak saya kemudiannya dihantar ke Hospital Batu Pahat (HBP) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya," katanya. Hasil bedah siasat mendapati bayi berkenaan meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak sebelum ditemui di dalam periuk itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat. Asisten Komisionar Din Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Friday, 25 May 2012

Kepala tersangkut pada jeriji pintu

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menempuh saat mencemaskan apabila kepalanya tersangkut pada jeriji pintu pagar rumah hingga menyebabkan mangsa hampir lemas akibat tercekik.

Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa, Farah Fitrina Abdullah dikatakan bermain dengan rakan di pekarangan rumah keluarganya di Silibin, di sini, sebelum memasukkan kepalanya menerusi ruang kecil pada besi jeriji berkenaan.

Tindakannya itu menyebabkan leher mangsa tersangkut dan kepalanya gagal ditarik keluar lebih setengah jam. Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan selepas penduduk menggunakan jek kereta untuk merenggangkan besi jeriji itu. Kakak mangsa Farah Syahida, 18, ketika ditemui berkata, kejadian berkenaan pertama kali dialami walaupun adik bongsunya itu kerap bermain di pintu pagar rumah berkenaan.

'Entah bagaimana kepalanya boleh masuk dan melekat di celah pintu pagar. Sebelum ini, dia pernah beberapa kali memasukkan kepala di situ namun kepalanya dapat dikeluarkan seperti biasa. Kebetulan ketika kejadian beberapa jiran dan orang awam yang lalu-lalang di kawsan itu turut membantu mengeluarkan kepala adik denagn menggunakan jek kereta," katanya.

Ketika kejadian ibu bapanya tiada di rumah keluar ke pekan menguruskan hal perniagaan. Dia berkata, mujur adiknya itu segera dibantu orang ramai yang berusaha mengeluarkan kepalanya daripada terus teperangkap. "Saya tidak dapat melakukan apa-apa ketika itu, dia menangis dan meraung kerana panik dan tidak dapat mengeluarkan kepalanya. "Mereka akhirnya menyelamatkannyawa adik perempuannya saya ketika itu hampir pucat dan merak padam," katanya.

Sementara, seorang saksi yang membantu menyelamatkan mangsa itu, Bakar Ahamd, 39, berkata, dia dalam perjalanan menuju pekan Silibin, di sini, sebelum terserempak orang ramai cuba membantu menyelamatkan kanak-kanak perempuan itu. "PAda mulanya kami cuba menggunakan kudrat tenaga merenggangkan besi dan menarik budak perempuan itu. Bagaimanapun usaha itu gagal dan kami terpaksa memikirkan kaedah lain.

"Kami kemudian mendapat idea menggunakan jek atau penual kereta untuk membengkokkan besi pagar itu sebelum berjaya mengeluarkan kepala mangsa," katanya. Menurutnya, kira-kira 10 orang berada di tempat kejadian dengan masing-masing suba membantu mangsa yang menangis dan meraung akibat kepalanya tersangkut pada jeriji pagar itu.

"Mjur budak perempuan iu tidak mengalami luka di bahagian tengkuk atau kepala, saya bersyukur kerana semua usaha dilakukan orang ramai berjaya menyelamatkan budak perempuan berkenaan daripada kecederaan yang lebih serius," katanya.

Banglo Lisa Surihani Rekaan Yusry

Lisa dan Yusri bakal menduduki rumah baru Julai depan
Pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim, 39, mengakui dia mencipta sendiri banglo yang dibina khusus untuk isterinya, Lisa Surihani, 26, yang dijadual siap menjelang Julai ini di kawasan kediaman elit di Country Height Resort, Kajang dekat sini.


Menurut Yusry, dia ada meminta pandangan Lisa mengenai rekaan mahupun hiasan di dalam banglo tersebut tetapi isterinya itu tidak mahu mengambil tahu kerana ketika itu mereka baru merancang untuk berkahwin.

“Rumah itu mula dibina pada bulan November tahun lepas sebelum kami berkahwin. Ketika itu saya dan Lisa baru merancang mahu berkahwin. Bila saya beritahu fasal rumah padanya, dia tidak mahu tahu sangat mungkin dia fikir masa itu kami belum ada ikatan yang sah.

“Bila dah kahwin, tidak sangka pula cita rasa kami serasi. Jadi, tiada masalah. Kami membeli perabot bersama dan semua cita rasa kami serasi,” katanya ketika dihubungi . -Kosmo

Kecantikan Katrina Kaif (20 Gambar)

Katrina Kaif, lahir 16 Julai, 1984 di Hong Kong, adalah salah satu daripada lapan anak Mohammed Kaif, British yang dilahirkan di Kashmir, dan Turquotte Suzzane. Beliau dibesarkan di Hawaii dan kemudian di Britain, negara asal ibunya. Katrina Kaif menjadi model terkemuka di Hawaii untuk jenama barang kemas ketika dia berusia hanya 14 tahun. Sambil melanjutkan pelajarannya, dia meneruskan kerjayanya.




















Pada tahun 2003, beliau tiba di India untuk menembak dalam Boom adalah kegagalan komersial. Dia telah bertemu dengan Salman Khan, yang menawarkan berlakon dalam watak komedi romantik Maine Pyaar Kyun Kiya, Sarkar dan kemudian dia berjaya dan kedua-duanya adalah kejayaan besar.