Wednesday, 26 September 2012

Rita Rudaini syukur, mahkamah batal permohonan Aidil

SHAH ALAM – “Saya bersyukur kepada ALLAH kerana kebenaran telah terbukti.” Demikian kata pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar dengan nada gembira selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membatalkan permohonan suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak untuk mendapatkan hak penjagaan (hadanah) ke atas dua anak mereka.

Rita mengakui tidak pernah melakukan kesalahan dan tidak pernah berasa takut dengan apa yang dilakukan oleh Aidil Zafuan.




“Saya benarkan Aidil Zafuan jumpa anak. Selepas tiga bulan beliau menghilangkan diri, Aidil Zafuan pernah bertemu dengan anak sebanyak empat kali.

“Bukan saya yang keluar rumah bawa anak. Jika dia (Aidil Zafuan) maklumkan kepada saya untuk jumpa anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah,” katanya. Sebelum itu, Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar menerima bantahan awal Rita berhubung status permaustautin pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan.

Menurutnya, Aidil Zafuan gagal membuktikan yang dia tinggal di USJ Subang Jaya kerana tidak mengemukakan alamat tempat tinggal secara kursus kepada mahkamah. “Justeru, mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar permohonan plantif,” katanya. Mohamed Fouzi juga memerintahkan Aidil Zafuan membayar kos RM3,000 kepada Rita.

Rita, 36, berbaju kurung moden biru tiba di mahkamah jam 9.25 pagi manakala suaminya tidak hadir dan diwakili peguam Norasyada Osman.
Sementara itu, peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain ketika ditemui di luar mahkamah berkata, bantahan awal berkenaan difailkan anak guamnya terhadap Aidil Zafuan membabitkan isu tempat tinggal.

Katanya, Aidil Zafuan menggunakan alamat rumah yang didiami Rita di Damansara ketika permohonan hak penjagaan anak difailkan sedangkan beliau mengakui sudah meninggalkan rumah berkenaan sejak Januari tahun ini. Beliau berkata, alamat penyampaian yang digunakan peguam Aidil Zafuan juga adalah alamat di Negeri Sembilan.

“Beliau kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau sudah berpindah ke USJ 1, tetapi tidak pernah pada bila-bila masa, dalam dokumen yang digunakan dalam prosiding itu,” katanya.
Permohonan hak penjagaan anak difailkan Aidil Zafuan pada 20 Jun lalu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan diserahkan kepada isterinya pada 27 Jun lalu.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan. Media sebelum ini melaporkan rumah tangga pasangan suami isteri itu tegang apabila Aidil Zafuan keluar dari rumah mereka di Damansara.

Monday, 24 September 2012

Diana Amir bertunang dengan pensyarah

Menurut laporan blog-blog hiburan, tunang Diana Amir merupakan seorang ustaz. Dalam program hiburan di TV9 itu, Diana Amir telah mengesahkan status beliau yang kini sudah bergelar tunangan orang dan lelaki bertuah itu bergelar seorang ustaz. Mungkin sebab depa tengok dia pakai kopiah putih, terus cop kata ustaz. Sebenarnya dia merupakan seorang lecturer di sebuah pusat pengajian awam. Tapi, kira boleh jugaklah dianggap Ustaz sebab ada latar belakang agama yang baik. Belajar pulak kat antara sekolah agama yang elit kat Kedah iaitu Maktab Mahmud Alor Star. Sekolah yang banyak melahirkan tokoh-tokoh agama yang terkenal seperti pasangan suami isteri pengacara Semanis Kurma, Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor iaitu bekas Presiden PAS dan ulama yang disegani serta ramai lagi nama yang tak tersebut.



Tunang Diana Amir ni ada saudara kembar. Adik kembar dia model, pernah jadi duta produk dan dok berkawan jugak dengan golongan retis ni. So, potensi untuk si abang mendapat jodoh retis tu ada. So, tak menghairankan sangat sebenarnya. Benar, artis juga manusia biasa yang tidak perlu dikecohkan dan dipelikkan pun sebenarnya. Tapi, sudah lumrah dunia bahawa yang popular itu akan mendapat perhatian ramai.

Kalau sudah namanya artis, perkara nikah or tunang sebegini walau pun tidak mahu dihebahkan pasti akan sampai juga ke telinga peminat. Melalui laporan eksklusif Galaksi, terpapar gambar Diana Amir dan tunang yang pada aku cukup tampan sedang memotong kek bersama. Namun laporan tidak menyebut nama tunang Diana Amir mahu pun tempoh pertunangan mereka sebelum pasangan ini bakal disatukan dengan ikatan perkahwinan sah.


Diana Amir turut memberitahu yang majlis tunang ini sengaja beliau senyapkan dan akan memberitahu kepada umum apabila mereka mempunyai tarikh untuk berkahwin nanti. Tahniah buat Diana Amir dan pasangan. Semoga jejaka tampan ini merupakan imam yang dicari Diana Amir selama ini.

Mufti saran Vanida Imran dan suami rujuk semula

Apa Dialog Rashidi Ishak Dalam Filem Untuk 3 Hari? Pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran (Vee) digesa segera merujuk kepada jabatan agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi terhadap Vanidah dalam filem Untuk Tiga Hari.  Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Rashidi Ishak & Vanidah Imran supaya segera merujuk kepada jabatan agama Islam berikutan dialog dalam filem Untuk Tiga Hari.


Beliau turut berkata yang lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi Ishak sewaktu melakonkan watak Zafrin menyebabkan status perkahwinan mereka sejak tahun 2000 tidak sah di sisi agama.

“Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta’ah. Justeru, saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera,” ujar Tan Sri Harussani Zakaria.

Sinopsis Filem Unutk Tiga Hari.

Filem Untuk Tiga Hari mengisahkan kisah cinta luar biasa dan agak pelik. Untuk Tiga Hari berkisar tentang dua pasang kekasih yang terpaksa berkahwin atas desakan dan pilihan orang tua. Pasangan kekasih ini memutuskan untuk bercerai selepas tiga hari mereka mendirikan rumah tangga.


Dalam tempoh tiga hari mereka meluangkan masa bersama, mereka mula sedar bahawa itulah jodoh yang terbaik buat mereka seperti mana yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan meneruskan perhubungan bukanlah sesuatu yang buruk dan mungkin adalah perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup mereka.

Bahagiakah kita untuk meneruskan cinta selepas melukakan hati pasangan yang diceraikan selepas 3 Hari perkahwinan?

Filem Untuk Tiga Hari adalah filem diadaptasi daripada novel popular Ahadiat Akashah.

Pelakon filem Untuk Tiga Hari: Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah, Dira Abu Zahar, Zizan Nin, Ainul Aishah, Nabil Ahmad, Zizan Raja Lawak, Fauziah Ahmad Daud, Zaibo, Khatijah Tan dan Atilia.

Penerbit: Sharad Sharan (Ombak Rindu)
Pengarah: Afdlin Shauki
Pelakon: Adflin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah
Produksi:  Tarantella Pictures Sdn Bhd.

Friday, 21 September 2012

Bangga dengan kebolehan Shila Amzah

Satu lagi kebanggaan buat artis Malaysia, satu perkhabaran yang sangat mengkagumkandan boleh dikatakan satu berita yang menggembirakan dan membanggakan buat peminat Shila Amzah dan warga Malaysia di mana Shila Amzah telah memenangi juara tempat pertama di Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China bermula jam 8.30 malam tadi.




Dengan kemenangan ini, Shila Amzah bawa pulang RM2.5juta hasil jadi juara Asia Wave 2012. Wow, sekelip mata jadi jutawan.Tahniah Shila Amzah kerana anda telah menjulang dan mengharumkan nama Malaysia di peringkat Asian dan antarabangsa. Jumlah yang tonton pertandingan ni pun bukan sikit. Di Youtube pun ramai jugak yang tonton. Memang tak sangka betul Shila Amzah boleh menang sebab persaingan cukup sengit.

Patutlah juri gelar Shila Amzah ni superstar. Rupanya, dia dah kasi hint yang Shila Amzah akan menang rupanya. Pada malam final tadi, Shila Amzah nyanyi 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.

Ditimbus Salji tebal

Kereta hilang dalam timbunan salji tebal.













Perkahwinan termahal di dunia

Diantara perkahwinan yang dinobatkan majlis perkahwinan paling mahal di dunia setakat ini. status hebat itu dimiliki bukan setakat kerabat di raja dan bukannya rakyat negara maju sebaliknya dari dunia ketiga. Ringkasnya, mahkota gelaran perkahwinan termahal menjadi milik Seemanto dan Sushanta Roy, anak ahli perniagaan terkenal India.Perkahwinan yang bertarikh 14 February 2004 itu kekal menjuarai carta majlis perkahwinan termahal di dunia dengan kos perkahwinan sebanyak Rm386 juta untuk tetamu seramai 10,000 orang.

 
Majlis berkenaan turut memberi manfaat kepada peminta sedekah apabila makanan diedarkan kepada lebih 140,000 pengemis di seluruh negara. Antara tetamu yang menhadiri majlis tersebut ialah seperti bintang terkenal Bollywood terkenal, Amitabh Bachchan dan Aishwarya Rai. Setiap tetamu dijemput dari rumah dengan limosin dan dibawa ke lapangan terbang. Cabutan bertuah untuk tetamu menawarkan syiling emas sebagai hadiah.


Ditangga kedua senarai perkahwinan termahal dunia ialah membabitkan pemerintahan Dubai, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum dan Sheikh Hind Maktoum atau Puteri Salama, bernilai RM300 juta yang turut disenaraikan antara majlis perkahwinan paling gah dalam Guiness Book of World Records dan paling mahal pada 1981. Hebatnya perkahwinan itu bukannya di hotel atau villa mewah sebalinya stadium yang khas dibina oleh Sheikh Mohammed bagi menampung sehingga 20,000 tetamu untuk majlis berkenaan yang berlangsung selama tujuh hari tujuh malam. Malah ada laporan yang menyatakan majlis bersempana perkahwinan itu berlangsung dalam tempoh tiga bulan.

Satu lagi perkahwinan disifatkan perkahwinan diraja terhebat membabitkan Charles dan Diana, yang dilaporkan menelan belanja kira-kira RM148 jutadengan ribuan pengawal dikerah menjaga keselamatan. Mlah harga baju pengantin Diana saja lebih RM50,000 selain aspek lain termasuk kos kawalan keselamatan dan bilangan tetamu yang ramai.


Satu lagi perkahwinan paling mahal dipegang seorang lagi hartawan India yang bermastautin di London, Lakhmi Mittal yang juga hartawan besi dan menduduki tempat kelapan orang terkaya di dunia. Beliau memperuntukkan RM211 juta untuk majlis perkahwinan anak perempuannya, Vanisha Mittal dengan Amit Bhatia pada 2006. Tidak kurang meriahnya ialah majlis perkahwinan hartawan Russia, Andrei melnichenko dengan bekas Ratu Yugoslavia, Aleksandra Kokotovic, di Perancis pada September 2005. Dengan kos RM90 juta, perkahwinan mereka diserikan dengan persembahan Whitney Houston dan Christina Aguilera, yang diterbangkan ke Cannes dengan jet peribadi.


Satu lagi perkahwinan yang disenaraikan yang termahal, berlangsung membabitkan satu lagi pasangan India. Perkahwinan bernilai RM69 juta milik pasangan Lalit Tanwar dan Yogita Jaunapuria yang juga anak hartawan dan ahli politik terkemuka negara membangun itu Kanwar Singh Tanwar. Dengan catatan 18,000 tetamu di lokasi menyampai binaan Istana Rajahstan, pengantin lelaki dihadiahkan helikopter bernilai lebih RM10 juta dengan tetamu dibawa dengan kenderaan mewah. Lebih hebat lagi, setiap tetamu tidak pulang tangan kosong apabila diberi wang RM150 seorang, selendang bagi wanita dan sut untuk lelaki dan cendera hati sekeping duit syiling perak sempena majlis itu.


Monarki Kerabat Diraja British memang terkenal dengan perkahwinan yang meletops tip tops ala-ala fairy tale.  Untuk perkahwinan Kate and Prince William menelan belanja RM409 000 untuk cincin Kate saja,  RM241000 untuk kek kahwin,RM211000 untuk baju kawen dia yang meletops itu,  RM2.4 juta untuk bunga bungaan,  RM1.8 juta untuk wedding reception, bilik hotel mewah untuk setiap tetamu yang hadir berharga RM1600 semalam.


Tidak kurang meriahnya ialah majlis perkahwinan hartawan Russia, Andrei Melnichenko dengan bekas Ratu Yugoslavia, Aleksandra Kokotovic, di Perancis pada September 2005.

 

Thursday, 20 September 2012

Wajah Perogol besiri diburu

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai perogol bersiri kini diburu polis selepas dua wanita membuat laporan mendakwa mereka dirogol dan disamun penjenayah terbabit yang menggunakan taktik menawar pekerjaan dengan gaji lumayan sehingga RM400 sehari sebelum merogol mangsa.



Lelaki terbabit dipercayai menggunakan modus operandi mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web di Internet sebelum memujuk dan memperdaya mangsanya supaya hadir menjalani ‘temu duga’ di bilik hotel bajet di ibu negara.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, teruja dengan tawaran gaji lumayan, mangsa yang berhubung melalui e-mel dengan suspek hadir di sesi temu duga sebelum diperkosa dan barang berharga disamun.

Menurutnya, pihaknya menerima dua laporan setakat ini dan percaya kedua-dua kejadian jenayah itu dilakukan suspek sama kerana taktik digunakan sama.


“Kes pertama dilaporkan pada awal Ramadan lalu, dengan seorang wanita berusia awal 20-an mendakwa dirogol dan disamun seorang lelaki ketika menghadiri temu duga kerja di sebuah hotel bajet di ibu negara.

Monday, 17 September 2012

Ngeri, Kesan pengambilan dadah semasa mengandung

Semua orang tahu pengambilan dadah yang berlebihan boleh menyebabkan kesan sangat buruk malah boleh menyebabkan kematian. Bukan tu je..Bagi wanita mengandung yang mengambil dadah berlebihan akan memberi kesan kepada bayi yang dikandung. Gambar dibawah membuktikan kesannya sangat buruk kepada bayi yang dikandung. Bayi tersebut mengalami kecacatan dan tidak sempurna akibat kesan dari pengambilan dadah.




Wednesday, 12 September 2012

Kereta mewah dengan number plat pelik

Saja nak kongsi gambar-gambar kereta mewah yang mempunyai plat number yang pelik..selalunya pon memang pemilik kereta mewah jer yang mampu letak plat number yang pelik-pelik ni kan...kecuali satria NEO Oren..hehe











Panduan mendidik Anak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Tuesday, 11 September 2012

Nissan Skyline vs Perodua Kancil

Nissan Skyline GTR R35 vs. Perodua Kancil sekolah memandu. Difahamkan kemalangan ini berlaku di Danga Bay, Johor Bahru, kota keriangan Legoland. Aku tidak pasti bila kejadian ini berlaku sebab email ini hanye menyertakan gambar sahaja.