Thursday, 29 November 2012

Tasik Garam Berwarna Di San Francisco Bay

Bagi sesetengah orang, garam mungkin kelihatan biasa dengan warna semulajadi nya yang berwarna putih..Namun, tidak ramai yang tahu, garam boleh mempunyai pelbagai jenis warna misalnya seperti apa yang berlaku di tasik garam di San Francisco Bay..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..












Fenomena yang menarik ini boleh di lihat di San Francisco Bay. Sekiranya di lihat dari jarak yang jauh, ia akan kelihatan seakan-akan hamparan bunga tulip sedangkan ia tiada kena mengena dengan sebarang tumbuh-tunbuhan langsung.

Sebenarnya, tempat yang kelihatan berwarna itu digunakan sebagai tempat pengestrakkan garam dari air laut. Dalam kolam buatan tersebut, air akan disejat oleh cahaya matahari dan meninggalkan butiran halus garam yang terhablur, alga berwarna, dan mikro-organisma. Warna garam yang terhasil juga bergantung kepada tahap kemasinan.

Kolam dengan tahap kemasinan yang rendah dan sederhana akan mempunyai warna kehijauan atau merah jambu, manakala pada tahap kemasinan yang tinggi, air garam yang berwarna merah akan terhasil. Selain itu, cuaca juga akan mempengaruhi warna di dalam air. Sekiranya hujan turun dengan lebat pada suatu ketika, pigmen dalam palet garam akan berubah dan tiada warna yang akan terhasil.

Susun atur perabut rumah mewah Bill Gates

Tidak hairanlah sekiranya dia memiliki rumah dengan hiasan dalaman yang sangat ekslusif dan lain dari yang lain.

William Henry Gates III dilahirkan pada 28 Oktober 1955 atau lebih dikenali sebagai Bill Gates, ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation (bersama Paul Allen). Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation , syarikat perisian terbesar di dunia.
































Sunday, 25 November 2012

Majlis Nikah anak sulung Datuk K

Tahniah diucapkan ke atas pasangan mempelai Anas Zawawi dan Allysa yang kini sah bergelar suami isteri. Anas merupakan anak kepada Datuk K dengan bekas isterinya, Tengku Zawiyah manakala Allysa adalah anak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn dan Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah. Dalam majlis itu, Anas dinikahkan sendiri oleh Hishammuddin. Wah nampaknya berbesanlah Datuk Siti Nurhaliza dengan pak menteri ye.






Anas mengenali gadis itu ketika mereka sama-sama menuntut di Australia dulu dan sekarang Anas sudah menamatkan pengajian dan kembali ke Malaysia untuk bertugas. Dalam pada itu,khabarnya majlis perkahwinan mereka akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Thursday, 22 November 2012

4 Majlis perkahwinan berbeza Apek dan Eilunie

PETALING JAYA: Perkahwinan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan pasangannya, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, bakal berlangsung penuh gemilang dalam empat majlis dengan tema berbeza, bermula 28 Disember ini dan terakhir pada 13 Januari tahun depan.


Perkara itu diumumkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek pada sidang media di sini, semalam dan beliau turut memaklumkan, setakat ini pihaknya menerima tajaan bernilai lebih RM300,000 untuk majlis perkahwinan yang dirancang.

Apek berkata, majlis pertama ialah upacara akad nikah yang akan diadakan pada 28 Disember iaitu selepas berakhirnya Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki yang bermula Ahad ini.

Menurutnya, majlis akad nikah itu bakal berlangsung di rumah Nur Eilunie Natasha atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan sebelum disusuli majlis resepsi di pihak pengantin perempuan pada 30 Disember di Hotel Renaissance, Kota Bharu, bertemakan Melayu Kontemporari.

“Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan diadakan pada 5 Januari di rumah saya di Kampung Cherang, Kota Bharu dengan tema Ala Kampung dan satu lagi majlis resepsi akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 13 Januari di Hotel The Royale Bintang, Damansara bertemakan Gaya Inggeris,” kata Apek.

Menurutnya, majlis akad nikah itu bakal berlangsung di rumah Nur Eilunie Natasha atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan sebelum disusuli majlis resepsi di pihak pengantin perempuan pada 30 Disember di Hotel Renaissance, Kota Bharu, bertemakan Melayu Kontemporari.

“Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan diadakan pada 5 Januari di rumah saya di Kampung Cherang, Kota Bharu dengan tema Ala Kampung dan satu lagi majlis resepsi akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 13 Januari di Hotel The Royale Bintang, Damansara bertemakan Gaya Inggeris,” kata Apek.