Monday, 31 December 2012

Lelaki Tonton Video Lucah Gagal Masuk Ke Masjidil Haram

Salah satu kisah menarik yang cukup baik untuk kita mengambil ikhtibar ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidil Haram.

Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya , jadi saya tidak mengenali beliau. Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti orang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah ke luar semula daripada masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya.
 
 
Selepas kali pertama gagal, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya. Kejadian aneh itu berulang kali berlaku selama seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang dalam Masjidil Haram.

Melihat keadaan yang sungguh aneh ini, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus mengubati lelaki itu. Sebaliknya,saya cuba mendapat maklumat mengenainya terlebih dahulu.

Saya sengaja berbuat demikian kerana saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia jadi sedemikian rupa. Jadi saya suruhlah kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu.

Kawan saya itu pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan meminta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu hendak bercerita apakah sebenarnya yang telah berlaku tetapi selepas dipujuk akhirnya lelaki itu bersetuju.

Ceritanya agak memalukan tapi memberi banyak pengajaran. Sebenarnya, dia punyai hobi yang sangat memalukan. Filem lucah sudah menjadi makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah.

Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba nampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya. Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan lari.

Selepas mengetahui kedudukan sebenar, barulah saya mengubaati lelaki tadi. Saya diberitakan, selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid, itupun cuma sampai ke pintu.

p/s : Kisah benar dari Dato Dr Harun Din

Thursday, 27 December 2012

Cantiknya seorang wanita

Wanita dan kecantikan sangat sinonim. Dua-dua ini tidak akan terpisah dan tidak boleh dipisahkan. Kecantikan adalah aset dan lambang kewanitaan. Wanita yang berasa dirinya tidak cantik akan berasa sedih dan merendah diri. Mereka mudah malu dan hilang keyakinan berhadapan dengan orang ramai. Mereka seakan berasa persepsi orang terhadap mereka buruk-buruk belaka.
 


Berbeza dengan wanita yang cantik. Langkah mereka penuh dengan gaya dan bertenaga. Senyuman mereka tidak putus-putus menghiasi waja. Sungguh berkeyakinan. Mereka sentiasa yakin bahawa orang ramai suka melihat diri mereka.

Pada sisi saya, sebagai seorang lelaki. Berbohong jika saya cakap tidak tertarik dan suka kepada wanita yang cantik. Kerana itu memang lumrah seorang lelaki. Dan itu juga satu sebab kenapa wanita sering menonjolkan kecantikannya.

Tapi ingat satu perkara...

"Wanita yang tidak cantik luar tetapi cantik dalam masih lagi dapat dilihat kecantikannya. Berbanding wanita yang cantik luar tapi buruk dalam, mereka hodoh sebenarnya!"

Kecantikan dan Wanita

Kecantikan itu aset dan keagungan wanita. Ketahuilah bahawa kecantikan seorang wanita bukan terletak pada wajahnya tetapi kelembutan jiwanya!

Saya tertarik satu rangkap daripada lirik lagu
"Sedarilah insan istimewa,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan"

Apabila kecantikan pun perlukan perhiasan, maka kecantikan itu belumlah sempurna. Maka kita tahu kecantikan itu tidaklah cantik tanpa kelembutan jiwa dan tingkah lakunya. Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan kita, bahawa paras rupa juga bukanlah suatu nilaian yang hakiki. Fizikal bukanlah fokus pandangan Ilahi tetapi ianya terletak di dasar hati seorang hamba.

Daripada  Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: "Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu."
(Hadis Riwayat Muslim)

Fikirkan
Cantikkah seorang gadis remaja yang sering melepak dan berpeleseran di luar sana?
Cantikkah seorang isteri yang sering derhaka dan melawan cakap suami?
Cantikkah seorang ibu yang sering menengking dan mendera anaknya?
Cantikkah seorang wanita yang gemar mengeluarkan kata-kata keji dan kesat?
Cantikkah wanita yang berpakaian dan berperangai seperti lelaki?

Tidak walaupun sesekali.

Wanita yang hilang sifat kelembutan jiwanya akan menenggelamkan kecantikan luarannya.

Bahkan seorang wanita yang lembut jiwa, malu apabila dirinya kelihatan cantik kerana lembut jiwa ia hanya menumpu kasih pada bakal sang suami. Bukan lelaki ajnabi. Mereka tidak rela 'cantik' mereka dinodai oleh mata-mata asing. Hatta lelaki yang bersifat 'kaki perempuan' juga lebih memilih seorang wanita yang bijak dalam tindakannya, indah tutur bicaranya dan mulia perilakunya.

Jangan cemburu apabila diri mu tidak cantik duhai wanita kerana cantikmu bukan di situ. Tetapi di dalam hati. Lelaki yang baik akan menilai hatimu yang cantik bukan rupamu.

"Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu meluluh,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Jika hati itu bersih..."

Hiraukan kata-kata cemuhan dan sindiran. Kerana mereka buta mata hati. Percayalah hanya jodohmu akan bijak menilai dirimu. Justeru, tidak perlu bersusah payah bersolek sebelum nikah, tetapi bersusah payahlah untuk membina 'cantik' serinya yang bermula dari hati.

Sesungguhnya hati yang bersih akan mencerminkan keindahan peribadi, dengan cerminan itulah dirimu lebih cantik daripada wanita yang hanya cantik dipandang semata-mata namun 'kurang cantik' dalam menghiasi diri dengan kemuliaan akhlak.

Senyumlah, dan jadilah wanita yang cantik pada pandangan Allah.

Diantara Sebab K-POP digilai di Malaysia

Sejak beberapa tahun lepas, fenomena K-Pop telah menular hampir ke seluruh peminat muzik tempatan tak kira umur, bangsa, dan juga jantina. Tidak terhad pada muzik, budaya K-Pop juga telah mempengaruhi kreativiti dan fesyen rakyat tempatan.

Melalui Wikipedia, K-Pop bermaksud “Korean Pop” atau pun “Korean popular music”. Ia sendiri terbahagi kepada beberapa genre muzik seperti pop, bubblegum pop, dance, electronic, electropop, hip-hop, rock dan R&B yang berasal dari Korea Selatan. Dikatakan, moden K-Pop telah bermula pada tahun 1992 apabila munculnya kumpulan “Seo Taiji & Boys” dengan lagu genre dance & rap mereka.



Di Malaysia, K-Pop mula dikenali menjadi bualan sejak tahun 2008 dilaman-laman sosial dan semuanya bermula apabil kumpulan “Super Junior” mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi single mereka, “Sorry, Sorry” pada tahun 2009. Dari situlah, K-Pop terus berjaya menawan hati peminat-peminat di Malaysia.

Namun apakah sebab sebenar yang betul-betul memikat hati para peminat K-Pop? Adakah kerana muziknya sahaja? Atau kerana populariti K-Pop itu sendiri?

Ada beberapa orang penulis lain telah membuat sedikit penyelidikan terhadap peminat-peminat K-Pop dan hasilnya, 10 sebab mengapa K-Pop digilai di Malaysia telah pun dikumpul.

Paras Rupa
Dimana pun kita berada, paras rupa pasti menjadi daya tarikan utama apabila bertemu seseorang. Umum tahu, para selebriti K-Pop mempunyai paras wajah yang cantik dan kacak. Lihatlah sendiri Choi Si Won dan Kim Hyun Joong yang kacak? Atau mungkin Jiyeon dan Yoona yang comel dan cantik? Siapa yang tidak akan terpikat, kan?

Muzik
Muzik yang menarik juga adalah sebab mengapa peminat di Malaysia meminati K-Pop. Diisi dengan bunyi bass yang padat dan susunan muzik yang bertenaga, K-Pop mampu membuatkan adrenalin para pendengarnya menjadi laju dan terpengaruh.

Tarian
Kalau kita lihat dimana-mana pun, tarian sentiasa menjadi perhatian ramai. Seseorang yang tahu menari mampu meningkatkan daya tarikan sendiri 2 kali ganda dari orang biasa. Sememangnya kumpulan K-Pop terkenal dengan pelbagai jenis tarian.Seorang peminat K-Pop turut menyatakan, “Lelaki kelihatan seksi bila mereka menari dengan penuh perasaan dan gaya.”

Fesyen

Disamping tarian, paras wajah dan juga skil menari, cara pemakaian atau lebih senang dipanggil fesyen juga mempengaruhi peminat K-Pop tempatan. Kebanyakan kumpulan K-Pop memakai pakaian mengikut identiti masing-masing. Dan, mereka semua tahu berfesyen.

Persembahan secara langsung

Berbanding artis-artis di Malaysia, artis K-Pop selalu mengadakan sesi konsert jelajah ke seluruh dunia dan mereka juga rajin membuat konsert-konsert kecil. Apa yang pasti, persembahan artis K-Pop secara langsung sememangnya sempurna dan mereka tahu bagaimana hendak berkomunikasi dengan peminat.

Muzik video yang menarik

Untuk impresi buat pertama kali, OHBULAN! percaya anda pasti akan lebih tertarik jika melihat muzik video kumpulan K-Pop. Dengan kualiti dan jalan penceritaan yang ringkas, muzik video K-Pop mampu memikat hati penonton.

Lirik lagu
Kalau dilihat, K-Pop juga sudah biasa menggabungkan dua bahasa di dalam satu lagu. Iaitu bahasa ibunda mereka dan juga bahasa Inggeris. Ini sekaligus memberikan pemahaman pada pendengar yang selama ini tidak memahami bahasa Korea.

Pengaruh kawan-kawan
Kebanyakan peminat K-Pop tempatan terdiri daripada remaja berusia 12-18 tahun dan mereka ini kebanyakannya bermula dari pengaruh rakan-rakan. Melalui temubual bersama remaja berusia 16 tahun, “Saya pertama kali dengar lagu K-Pop ketika berumur 14 tahun. Pada waktu itu, siapa saja yang dengar lagu K-Pop nampak sangat ‘cool’.”

Perwatakan
Jenama K-Pop itu sendiri sangatlah mantap sehingga apabila kita membuat riak wajah comel dengan gaya, pasti ada orang yang akan berkata kita melakukan gaya artis K-Pop. Artis-artis K-Pop memang selalu muncul dengan gaya-gaya yang comel tidak kira lelaki atau perempuan dan juga macho. Daya tarikan seperti inilah yang benar-benar memikat hati para peminat K-Pop tempatan.

Komuniti K-Pop Tempatan
Akhir sekali, jaringan komuniti K-Pop tempatan sendiri yang sebenarnya menggerakkan peminat K-Pop tempatan. Jika anda lihat, terdapat banyak kumpulan peminat-peminat kumpulan K-Pop masing-masing seperti BBVIP, 2NE1, Suju, dan banyak lagi kumpulan lain.

Melalui laman Twitter, Facebook dan Myspace, peminat K-Pop sentiasa mengekalkan hubungan mereka dan juga berkongsi maklumat terbaru tentang berita K-Pop.

Tuesday, 25 December 2012

Bapa kandung tidak dijemput ke majlis perkahwinan

Bapa kandung Leuniey, Jaafar Mohamad amat terkilan kerana dikatakan tidak dijemput hadir ke majlis pernikahan mereka dengan penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan panggilan Apek.
 

 

Menurut bapa kandung beliau, beliau akan hadir ke majlis pernikahan itu jika beliau dijemput. Beberapa hari lalu, leuniey hadir berjumpa dengan Jaafar untuk menanda tangan surat untuk menjadi wali, tetapi tidak pula dijemput untuk majlis berkenaa.
 

Sebelum ini Leuniey dan Apek akan dinikahkan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum membatalkannya kerana perlu menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dijadualkan pada hari sama.
 
Katanya, beliau sedih tidak dapat menyaksikan anaknya dinikahkan Imam Besar Masjid Pasir Pekan di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, pada jam 10 pagi
"Dia (Leuniey) satu-satunya anak perempuan saya. Sebagai seorang ayah, besar harapan saya untuk melihat sendiri ketika anak diijabkabulkan, namun saya tidak dijemput untuk menghadiri majlis pernikahan itu
Bagaimanapun, saya akan hadir jika dijemput,katanya ketika dihubungi,oleh wartawan sebuah akhbar. Jaafar berkata, beberapa hari lalu, beliau dikunjungi Leuniey dan Apek yang meminta tandatangannya sebagai wali, tetapi mereka tidak menjemputnya ke majlis berkenaan.
Walaupun agak terguris dengan cara itu (meminta tandatangan), saya terpaksa memenuhi permintaan mereka yang akan melangsungkan perkahwinan Jumaat ini,katanya dalam nada sebak."
Leuniey anak sulung Jaafar hasil perkahwinannya dengan Nor Laila Abu Bakar, 40, sebelum mereka bercerai 10 tahun lalu.

Nahas berapi, 4 mangsa hangus

Ngeri! Empat Rentung Kereta Terbakar Rempuh Bas | Sungguh menyayat hati kes kemalangan pada kali ini. Kejadian yang melibatkan sebuah kereta dan bas ini berakhir dengan tragedi kebakaran di antara kedua-dua kenderaan. Ekoran dari kejadian ini, empat mangsa yang gagal menyelamatkan diri akibat tersepit mati rentung. KisahBest.My menerima maklumat, kereta yang dipandu Sabiren dipercayai hilang kawalan lalu merempuh bas di laluan bertentangan. Al-Fatihah buat mangsa yang terkorban. Empat dari satu keluarga rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas ekspres di Kemasik di sini kira-kira jam 1 pagi tadi.




Kesemua empat mangsa yang rentung merupakan pemandu kereta dan tiga penumpangnya. Mereka dalam perjalanan ke arah Dungun. Pemandu yang terbunuh dikenali sebagai Sabiren Sulaiman, 45; dari Batu Pahat, Johor; isterinya, Halina Said, 40; dan dua anak mereka Siti Khalijah, 12 dan Siti Aishah. Mohd Sabiren merupakan seorang guru.

Dalam pada itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa dipetik Bernama berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi, keempat-empat beranak itu terperangkap di dalam kereta Kia Sephia yang mereka naiki, mengakibatkan kereta itu terbakar dan seterusnya membakar bas ekspres terbabit yang dinaiki lapan penumpang.

Katanya, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki keluarga terbabit dari arah Kuantan menghala ke Dungun dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh bas berkenaan.

Beliau berkata, kereta itu bertembung dengan bas ekspres dari Kota Baharu, Kelantan menuju ke Melaka sebelum kereta itu diseret
bas ekspres kira-kira 30 meter sehingga ke kaki lima jalan.

“Pertembungan itu mengakibatkan kereta yang dinaiki keluarga malang itu terbakar sebelum api menyambar dan membakar hampir keseluruhan bas ekspres,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Empat beranak itu dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Dungun selepas menghantar anaknya menyertai pertandingan catur.

Beliau berkata Mohd Sabirin merupakan seorang guru bahasa Jepun dan mengajar di Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah, Dungun dan keluarga itu tinggal di Jalan Tok Mudim, Batu 5 Dungun. “Ketika kejadian hujan renyai-renyai dan mungkin jalan licin menyebabkan mangsa gagal mengawal kenderaan. Bagaimanapun siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.

“Saya mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika memandu di musim hujan ini berikutan jalan licin dan jalan berlopak. Ini kerana dalam tempoh dua minggu ini, dua hingga tiga kes maut dicatatkan disebabkan faktor itu,” katanya.

Mayat Mohd Sabiren yang pertama dibawa keluar disusuli Siti Aisyah yang rentung keseluruhan badan, diikuti Halina yang rentung sehingga ke paras pinggang dan yang terakhir Siti Khatijah yang rentung keseluruhan badannya.

Sementara itu, pemandu serta lapan penumpang bas ekspres itu mengalami cedera ringan termasuk seorang yang patah kaki ketika cuba menyelamatkan diri sebelum bas tersebut terbakar.

Seorang penumpang Wan Mohd Al-hakim Wan Yusoff, 27, berkata semasa kejadian dia baru sahaja hendak tidur selepas berbalas khidmat pesanan ringkas bersama rakannya. Namun tiba-tiba dia terasa bas terbabas ke kiri jalan dan terdengar dentuman kuat serta jeritan meminta tolong dari luar bas.

“Saya terjaga dan nampak kereta telah melanggar bas yang saya naiki selain itu saya turut mendengar jeritan dari luar bas namun saya tidak berani nak tengok dan lihat api dari depan bas.“Masa itu hanya fikir nak selamatkan anak saya Wan Mohd Adam Al-Haqq dan saya mencari anak yang jatuh dari tempat duduk dan terlihat kepulan asap di dalam bas,” katanya.

Wan Mohd Al-hakim berkata kesemua penumpang cuba menyelamatkan diri namun gagal kerana pintu berkunci sebelum seorang daripada penumpang memecahkan pintu utama untuk membolehkan mereka keluar.Akibat kejadian itu dia mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan punggung manakala seorang lagi penumpang Mohd Faiz Sulihan, 23, patah kaki kiri dan menerima rawatan di Hospital Kemaman.

Apakah Waktu Boleh Berputar Kembali?

Secara realitinya, kecerdasan manusia masih belum cukup untuk menghalang berlalunya waktu. Secara teori, tidak mustahil untuk kita kembali ke masa lalu. Menurut teori Einstein, waktu dan ruang dapat mengalami perubahan dalam kecepatan cahaya. Jadi, seandainya suatu objek bergerak dengan kecepatan 300 ribu km/detik, maka ruang dapat di perpendekkan, dan waktu dapat diperlambatkan.


Seorang ahli fizik dari Universiti California menganggarkan bahawa manusia memerlukan 200 ribu tahun untuk sampai ke Andromeda (Galaksi yang paling hampir dengan galaksi kita). Jika kita menaiki sebuah kapal angkasa yang berkecepatan cahaya pula, masa yang diperlukan ialah 20 tahun. Tetapi adakah akan wujud kenderaan yang berkepantasan begitu nanti. Seperti kapal angkasa dalam cerita Star Trek? Yang diketahui hanyalah para malaikat serta jin yang memiliki kepantasan seperti kepantasan cahaya.

Para saintis telah menemui partikel yang lebih laju daripada cahaya. Menurut kajian, apabila sebuah kapal angkasa telah melepasi daya graviti bumi, daya tarikan medan graviti diubah menjadi daya keupayaan. Maka pada ketika itu kapal angkasa mampu bergerak menyamai kelajuan cahaya bahkan mampu bergerak dengan kecepatan cahaya ultra.

Pakar-pakar dari NASA telah membentuk “teori resonansi medan waktu”. Teori ini dibentuk berdasarkan “teori medan kesatuan” Einstein dan searang ahli fizik Jerman sebagai dasar teori. Intinya adalah, dengan bantuan elastisik perkembangan bersama elektromagnet, gravitasi, kecepatan cahaya dan ruang, sesaat melintasi ruang angkasa.

 Segitiga perkaitan antara masa dan ruang serta kecepatan cahaya


Sehingga kini, fenomena ‘Masa berulang’ tidak lagi merupakan sebuah rahsia besar yang terlalu misteri. Apa yang diperlukan untuk kita kembali ke masa silam ialah sebuah mesin yang boleh bergerak melampaui kecepatan cahaya. Mungkin juga seperti mesin dalan cerita ‘The Time Machine’ ataupun ‘Back To The Future’. Kedengaran seperti khayalan, namun siapa yang tahu apa yang akan dicipta pada masa yang akan datang? Tiada yang mustahil di zaman ini. Sama-samalah kita renungkannya…

Monday, 24 December 2012

Susun atur ruang dapur gaya mewah

Bagi kebanyakan orang yang kemampuannya sederhana, rumahpun sederhana atau apartment sahaja kelengkapan dapur  adalah yang paling di pandang remeh kerana ianya jarang menjadi tatapan tetamu. Tetapi bagi yang berkemampuan dah mewah pilihan ruang dapur yang luas dan tampak selesa malah penggunaan perabot dan kabinet yang besar dan ekslusif merupakan kemestian. Lihatlah 30 gambar dan rekabentuk ini dan pilihlah jika sesuai untuk anda yang berjiwa besar dan poket penuh..hehe

























Penggunaan warna putih (gambar di bawah) untuk kabinet dapur nampak bersih, tetapi mungkin sukar untuk dijaga atau pelihara kebersihannya.Table top dipilih daripada marble mengaplikasikan warna kontras. Satu lagi, bidai pada cermin tingkap juga tidak berapa match dengan warna tema putih..Compartment yang tidak mempunyai cermin memang memudahkan akses tetapi nampak tak begitu kemas dan agak serabut. Hob yang digunakan dari jenis yang ringkas.










Sunday, 23 December 2012

Gambar pernikahan Anne Ngasri dan suaminya

Kini Anne Ngasri sudah sah bergelar isteri kepada pasangan pilihannya yang sebelum ini pernah cuba merahsiakan identiti bakal suaminya itu tidak berhasil apabila segelintir pihak sudah mengetahuinya. Nama tunang Anne itu ialah Mohd Sumali Reduan, yang merupakan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO yang masih aktif dalam politik. 







Untuk imbasan, sebelum ini Anne pernah berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei 2006 dan bercerai pada 2010. Wafi atau nama penuhnya Abdul Wafi Hassan 28 Oktober lalu sudahpun bertunang dengan kekasih hatinya Rafeda Razif dan bakal berkahwin juga pada hujung tahun ini.

Persoalannya, mungkinkah perkahwinan Wafi dan Anne pada bulan sama iaitu Disember hanya satu kebetulan atau memang tidak dapat dielakkan? Bak kata pepatah, manusia hanya merancang, tetapi Allah sebaik-baik perancang. Tahniah diucapkan buat Anne dan Wafi!