Wednesday, 27 February 2013

Wanita terkaya di seluruh negara

Kita selalu mendengar lelaki terkaya di dunia dan manusia terkaya di muka bumi tetapi adakah kita pernah dengar wanita terkaya dalam dunia pada hari ini?

8 - Jacqueline Mars Wanita Amerika ini dari syarikat gula-gula terbesar di dunia. Salah satu wanita terkaya ini mempunyai kekayaan sebanyak rm 48.3 billion.


7 - Birgit rousing. Wanita ini dan tiga anaknya mewarisi kekayaan sebanyak rm 49 bilion dari syarikat pembungkusan raksasa Sweden Tetra Laval setelah suaminya meninggal tahun 2000. Syarikat ini meraih keuntungan sebanyak rm 42 billion kerana teknologi pembungkusan yang membolehkan bahan makanan seperti susu dan jus oren boleh dikemas tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk.


6 - Irist Fontbona dengan bidang usaha perlombongan dan jumlah kekayaan sebanyak RM 62.3 billion adalah isteri dari mendiang Andronico Luksic yang meninggal kerana kanser di tahun 2005. Selama bulan Disember 2011 beliau ini telah menderma sebanyak rm 10.5 billion untuk menolong warga Chili yang mempunyai kecacatan.


5 - Alice Walton Wanita dengan kekayaan rm 81.6 bilion ini memang merupakan sebahagian daripada keluarga Walton yang menguasai Wal Mart. November lalu Alice Walton membuka sebuah muzium seni Crystal Bridges di Bentonville, Ark dan muzium ini juga memaparkan benda-benda koleksi peribadinya.


4 - Liliane Bettencourt Wanita ini dengan jumlah kekayaan sebanyak rm 84 bilion.
Wanita yang mendapatkan kekayaannya dari L'Oreal kosmetik dan produk kecantikan
wanita ini juga merupakan wanita terkaya Eropah. Ia sendiri menderita penyakit dementia sejak tahun 2011.

3 - Christy Walton dengan kekayaan sebanyak rm 88.6 billion merupakan wanita kaya di dunia yang menerima hampir 200 juta pembahagian dividen di saham Wal-Mart selama enam bulan terakhir. Saham Wal Mart sendiri juga mengalami kenaikan sebanyak 16 peratus di waktu yang sama. Seperti yang kita ketahui bahawa Wal Mart adalah rangkaian supermarket terbesar di Amerika Syarikat.


2 - Georgina Rinehart Wanita asal Australia yang mempunyai hasil kekayaan sebanyak rm 91 bilion ini berjaya melalui usaha perlombongannya. Bahkan ia berjaya menandatangani usahasama dengan syarikat besi asal Korea Selatan yang membeli sekitar 15% sahamnya.


1 - Rosmah Mansor wanita asal kuala pilah negeri sembilan malaysia adalah wanita terkaya di dunia hatta melebih kekayaan malaysia, harta kekayaannya tidak terhitung, lihat saja permata permata yang melekap di badannya. 


Saturday, 16 February 2013

Permandangan tanaman padi secara teres di China

Imej yang seakan-akan lukisan abstrak ini merupakan lakaran gambar tanaman padi yang ditanam secara teres di kaki-kaki pergunungan Yuanyang di barat daya China. Mereka sering menggambarkan ia merupakan tangga ke syurga, sehingga mencecah ketinggian 2000 meter di atas paras laut. Nenek moyang rakyat Hani datang ke kawasan gunung yang curam itu pada 2,500 tahun lalu. Dalam perjuangan mereka untuk mengubah kawasan berbukit itu kepada tanaman sawah padi teres sebagai bakalan hidup. Kreativiti rakyat Hani bukan sahaja telah mengubah kawasan ini kepada kawsan yang subur untuk menanam padi malah ia juga menjadi tempat keindahan seni.
















Anjing paling kecil, besar dan tinggi

Koleksi gambar dari anjing yang terkecil sehinggalah anjing yang paling besar dan tinggi. Anjing paling kecil ialah "Danka", Chihuahua berambut panjang dari Revuca, Slovakia, ditimbang hanya seberat 27 oz (7.4 "panjang). Danka adalah sangat kecil dan tidak begitu berminat pada makanan anjing, hanya makan sejumlah kecil makanan kering dihancurkan. 




Hercules adalah anjing yang bersaiz besar mempunyai ukur lilit leher sepanjang 38". Hercules seekor anjing yang kurang bergerak dan ia lebih selesa duduk dan memerhati keadaan sekeling dan menunggu mangsanya.


Moose pula adalah anjing terbesar di Amerika, tinggal bersama penjaganya Regis dan Kelly pada November 2001.



Gibson adalah seekor anjing yang mempunyai ketinggian 7 kaki, ia berasal dari Grass Valley, Carlifornia.



Brandy ", Chihuahua dari Florida, berat 2 oz lebih daripada Danka tetapi langkah hanya 6" dari hujung hidungnya ke hujung ekornya. Sekarang ada anjing yang takut pada pembersih vakum. 


 

Lelaki kacak tukar menjadi Anjing

Gila! Inilah perkataan pertama yang aku ingin sampaikan. Seorang lelaki yang berkemungkinan besar kehilangan kewarasan fikiran telah bertindak untuk menukar wajahnya yang agak kacak itu kepada seekor anjing secara kekal. 








Pembedahan kosmetik muka lelaki gila ini telah dijalankan di sebuah tempat yang tidak diketahui. Ingatlah bahawa sedangkan lelaki yang menyerupai seorang perempuan pun hukumya haram, inikan pula ingin menyerupai seekor anjing? Manusia kini sudah berani melakukan perkara di luar tabie sebegini. Tidak hairanlah gempa bumi berlaku di seluruh dunia kerana ada golongan melampau batas seperti ini. Mereka seolah-olah mencabar kekuasaan yang Maha Esa dengan melakukan sesuatu yang jelas-jelas menjadi larangan. Mari kita lihat transformasi muka manusia kepada anjing yang dibuat oleh lelaki gila ini.

Hujan Tahi Bintang di Rusia

Hujan tahi bintang yang melanda Russia semalam menyebabkan lebih 500 orang cedera, merosakkan bangunan dan memusnahkan rangkaian komunikasi mudah alih. Batu yang terbakar dapat dilihat dari jarak beberapa kilometer apabila ia terhempas kira-kira jam 9.20 pagi waktu tempatan. Seorang saksi mengumpamakannya seperti satu babak dalam filem Armageddon.




Tahi bintang itu dipercayai terhempas dalam sebuah tasik berhampiran Chebarkul, sebuah bandar di wilayah Chelyabinsk. Bandar Chelyabinsk, 1,440 kilometer ke timur Moscow dan berhampiran sempadan Kazakhstan adalah yang paling teruk terjejas.

Lebih 500 orang mendapatkan rawatan perubatan selepas kejadian, termasuk 80 kanak-kanak sementara 112 dimasukkan ke hospital.

Sebahagian besar mangsa mengalami kecederaan di muka akibat terkena serpihan kaca.
Bagaimanapun, setakat ini tidak ada laporan mengenai kematian atau ada orang yang terkena serpihan tahi bintang itu.

Anggota tentera menemui tiga sisa tahi bintang berkenaan, dua di kawasan berhampiran Tasik Chebarkul, barat Chelvabinsk sementara yang ketiga dijumpai berhampiran bandar Zlatoust yang terletak 80 kilometer dari Chebarkul.
Satu daripada serpihan tahi bintang itu yang jatuh di Chebarkul menyebabkan lubang selebar enam diameter.

Menurut laporan yang tidak dapat disahkan dalam Russia Today, tahi bintang itu dipintas oleh pertahanan udara negara itu.

Akademi Sains Russia menganggarkan tahi bintang itu seberat 10 tan. Menurutnya, ia memasuki atmosfera bumi dengan kelajuan 54,000 kilometer sejam dan berkecai kira-kira 30 hingga 50 kilometer dari bumi.

Tuesday, 12 February 2013

Gemuk tapi mampu jadi Ratu cantik

Usaha tangga kejayaan..gemuk kalau selalu naik tangga pon boleh jadi kurus dan cantik..hehe. Dunia sekarang tiada yang mustahil, jika usaha pasti akan terapai apa yang diingini...mula-mula tengok macam tak percaya ja dia mampu jadi ratu cantik, dengan badan dia yang sebegitu rupa boleh tanam angan-angan dan cita-citanya tercapai untuk jadi ratu cantik..




Lokasi-lokasi indah di dunia

Bumi sebagai satu-satunya planet yang memiliki kehidupan di Tata Surya merupakan tempat yang indah dengan berbagai kreasi penciptaan dari mulai flora-fauna, sosial, dan alam yang memukau. Berikut ini aku kongsikan antara tempat-tempat paling indah di muka bumi yang mungkin menjadi senarai pendek anda untuk jadikan lokasi pelancongan dan temapat menenangkan fikiran..