Salah satu kisah menarik yang cukup baik untuk kita mengambil ikhtibar 
ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidil
 Haram.
Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya , jadi saya tidak mengenali 
beliau. Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia 
hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti 
orang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah ke luar semula 
daripada masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya.
Selepas kali pertama gagal, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila 
orang-orang dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik 
ke rumah tumpangannya. Kejadian aneh itu berulang kali berlaku selama 
seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang dalam Masjidil 
Haram.
Melihat keadaan yang sungguh aneh ini, seorang sahabat datang 
memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya 
bersetuju tetapi tidak terus mengubati lelaki itu. Sebaliknya,saya cuba 
mendapat maklumat mengenainya terlebih dahulu.
Saya sengaja berbuat demikian kerana saya rasa mesti ada sesuatu 
kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia jadi sedemikian 
rupa. Jadi saya suruhlah kawan saya selidiki dahulu latar belakang 
lelaki itu.
Kawan saya itu pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan 
meminta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya 
lelaki tersebut malu hendak bercerita apakah sebenarnya yang telah 
berlaku tetapi selepas dipujuk akhirnya lelaki itu bersetuju.
Ceritanya agak memalukan tapi memberi banyak pengajaran. Sebenarnya, dia
 punyai hobi yang sangat memalukan. Filem lucah sudah menjadi makanan 
hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia 
sempat lagi menonton filem lucah.
Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali dia hendak masuk
 ke masjidil haram, dia tiba-tiba nampak seorang perempuan yang dalam 
keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya. Maka 
kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki 
berkenaan lari.
Selepas mengetahui kedudukan sebenar, barulah saya mengubaati lelaki 
tadi. Saya diberitakan, selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid, 
itupun cuma sampai ke pintu.
p/s : Kisah benar dari Dato Dr Harun Din

























































 




 
 Posts
Posts
 
 
