Mengagumkan apabila rumah dalam cerita dongeng yang telah dibina dalam dunia nyata atau dunia sebenar. Kalau diberi peluang pon aku tak mau tinggal dalam salah satu daripada rumah-rumah ni, tetapi serius saya akui bahawa sebahagian besar daripada rumah-rumah ni kelihatan sangat menarik.
Thursday, 7 June 2012
Majlis Pernikahan Nurul dan Eric Depp
KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, apa yang saya impikan bersama Eric
akhirnya menjadi kenyataan,” kata penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab, 35,
sebaik saja sah menjadi isteri Eric Daniel Depp, 47, dalam majlis yang
diadakan di Duchess Place, di sini, semalam.
Pasangan itu sah sebagai suami isteri dengan sekali lafaz oleh
Eric di depan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman, jam 12.20
tengah hari berwali abang Nurul sendiri, Mohamad Rizal Abdul Wahab.
Nurul berkata, kehadiran Eric mengisi kekosongan hidupnya selepas lebih lima tahun hidup sendirian. “Keikhlasan Eric menerima saya dan anak saya (Ayu Nazirah, 14) sangat-sangat saya syukuri,” kata penyanyi Cinta Azali itu.
Nurul yang anggun dengan persalinan putih dan hitam rekaan Rizman
Ruzaini menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran EURO 5,000 (kira-kira
RM20,000) serta empat dulang hantaran lagi daripada pengantin lelaki.
Eric pula yang juga perunding kesihatan di sebuah syarikat nutrisi antarabangsa, menerima tujuh dulang hantaran balasan daripada mempelai perempuan termasuk sejadah, senaskah al-Quran dan tepak sirih.
Pada majlis itu, emosi Nurul tersentuh dan dia tidak henti-henti mengalirkan air mata ketika memberikan ucapan kepada 200 tetamu. “Saya terlalu terharu dan bersyukur dengan perkahwinan ini. Maklumlah sepanjang lima tahun bersendirian, saya menempuh pelbagai dugaan secara sendirian sehinggalah Tuhan mempertemukan saya dengan seorang lelaki yang begitu penyayang dan ikhlas. “Eric lelaki yang sangat matang dan menerima diri saya seadanya. Dia juga sangat menghormati semua ahli keluarga saya,” kata Nurul.
Eric yang segak mengenakan sut rekaan Bon Zainal menyifatkan Nurul
seorang wanita yang bukan sekadar isteri buatnya sebaliknya sahabat.
“Pertemuan kami terjadi di majlis rumah terbuka hari raya rakan kami, Zahidah Rafik pada September 2010. Sejak mengenali Nurul, saya mulai faham budaya Melayu dan sekarang saya sedang mempelajari bahasa Malaysia,” kata Eric yang ditemani ibu bapanya, Roland dan Germaine Depp.
Turut hadir semalam rakan artis yang rapat dengan Nurul termasuk
Zahida Rafik, Ning Baizura, Amy Mastura, Maznah Zulkifli, Jehan Miskin
dan guru vokal Siti Hajar Ismail.
Ngeri, Mayat dibawah tayar lori ditinggalkan
SANDAKAN: Rasa curiga pengguna jalan raya terhadap sebuah lori pasir yang terbiar di bahu jalan dalam keadaan terjungkit membawa kepada penemuan mengejutkan apabila menemui mayat seorang lelaki terperosok di bawah satu daripada tayar belakang jentera berat itu.
Kejadian berlaku di Jalan Labuk Lama, Batu 8, di sini dan ketika mayat penunggang motosikal yang masih memakai topi keledar itu ditemui jam 5.30 petang kelmarin, pemandu lori terbabit sudah menghilangkan diri.
Kejadian berlaku di Jalan Labuk Lama, Batu 8, di sini dan ketika mayat penunggang motosikal yang masih memakai topi keledar itu ditemui jam 5.30 petang kelmarin, pemandu lori terbabit sudah menghilangkan diri.
Mangsa dikenali sebagai Suhar Sirini, 23, mati di tempat kejadian akibat parah apabila keseluruhan tubuhnya dilenyek lori terbabit. Kemalangan ngeri itu berlaku ketika lori terbabit mahu membelok ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) yang terletak berhampiran tempat kejadian lalu terlanggar mangsa yang menunggang motosikal di sebelah kiri kenderaan itu.
Ketua Zon Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Alias Abu berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat seorang penunggang motosikal berada di bawah lori yang tiada pemandu. "Mangsa dipercayai menunggang motosikal di sebelah lori berkenaan menuju arah sama untuk memasuki ke simpang Puspakom. "Pemandu lori dipercayai tidak menyedari kehadiran motosikal berkenaan dan gagal mengelak menyebabkan mangsa digilis sehingga terperosok di bawah tayar lori, "katanya. Alias berkata, lokasi kemalangan bukan laluan utama menyebabkan orang ramai tidak menyedari kemalangan itu. "Ketika anggota bomba tiba, pemandu lori sudah menghilangkan diri dan mayat mangsa dibiarkan terperosok di bawah satu daripada tayar lori sehingga disedari orang ramai yang melalui jalan ini," katanya.
Menurutnya, bomba mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan mayat mangsa. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzli Mohd. Ali, ketika dihubungi berkata mayat dihantar ke Hospital Duchees of Kent (HDOK) untuk bedah siasat. "Pemandu lori terbabit tidak cedera dan sudah membuat laporan kemalangan itu. kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta PengangkutanJalan 1987," katanya.
Tuesday, 5 June 2012
Seni dari kertas yang menakjubkan (20 Gambar)
Seni dari kertas yang digunting yang dihasilkan oleg gadis dari Jepun ini sangat menakjubkan dan menunjukkan beliau adalah seorang yang sangat teliti dalam penghasilan hasil seninya. Hina Aoyama dilahirkan di bandar Yokohama Jepun, tetapi kini tinggal dan bekerja di Paris. Karya-karya seni kertasnya kebanyakkannya bertemakan bunga-bungaan dan kecantikan rama-rama.
Menurut artis ini, untuk menghasilkan hasil seni ini, beliau mengambil masa beberapa jam dalam seminggu. Beliau cuba untuk mencampurkan teknik yang berbeza untuk menekan gaya tersendiri dalam genre seni kertasnya. Peralatan yang diperlukan hanya gunting kecil, kertas, bakat serta kesabaran. Hasil artis pereka dari Jepun ini mewujudkan hasil kerja yang sangat halus. Setiap lekuk adalah jelas dan sangat teliti.
Restoran Air Terjun
Restoran yang berlatar belakangkan air terjun, malah boleh merasai kesejukan air terjun sambil menjam selera. Terasa kesejukan air yang mengalir di kaki sambil menghirup udara sejuk. restoran ini terletak di Dinesh Vora, Filipino.
Gambar anak Nia Ramadhani
Nia Ramadhani telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada hari Sabtu (2 Jun) lepas. Bayi yang diberi nama Mikhayla Zalindra Bakrie telah dilahirkan disebuah hospital yang terletak di Jakarta Selatan.
Menurut laporan Yahoo, anak Nia Ramadhani telah dilahirkan melalui kaedah ‘caesarian’ dan mempunyai berat 3.1 kilogram ketika dilahirkan. Kedua-dua mereka dilaporkan berada dalam keadaan sihat. Untuk pengetahuan, Nia Ramadhani, 22, telah bernikah dengan Ardi Bakrie pada bulan April tahun 2010.
Menurut laporan Yahoo, anak Nia Ramadhani telah dilahirkan melalui kaedah ‘caesarian’ dan mempunyai berat 3.1 kilogram ketika dilahirkan. Kedua-dua mereka dilaporkan berada dalam keadaan sihat. Untuk pengetahuan, Nia Ramadhani, 22, telah bernikah dengan Ardi Bakrie pada bulan April tahun 2010.
Bayi 'ajaib’ terselamat
KOTA SAMARAHAN: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan memeranjatkan orang ramai apabila hanya luka ringan walaupun tercampak keluar dari kereta Perodua Kancil yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di satu persimpangan berhampiran Desa Ilmu di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, ‘bayi ajaib’ itu menangis di atas jalan raya sebelum dibantu orang ramai dan segera dihantar ke klinik kesihatan berhampiran manakala bapanya tidak sedarkan diri akibat kemalangan itu.
Difahamkan, bayi berkenaan dipangku bapanya yang duduk di bahagian penumpang hadapan Perodua Kancil itu, tercampak keluar melalui tingkap yang terbuka ketika kenderaan dinaiki enam penumpang itu berpusing selepas dirempuh sebuah kereta.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu laju, gagal berhenti untuk mengelak kereta yang dinaiki mangsa yang membuat pusingan U dari Kota Samarahan menuju ke Desa Ilmu.
Menurut sumber, perlanggaran kuat itu menyebabkan kereta Kancil berpusing dan bayi berkenaan tercampak keluar. "Orang ramai yang menyaksikan kejadian berlari ke arah bayi itu untuk menyelamatkannya daripada dilanggar kenderaan lain yang melalui jalan itu sebelum menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Kota Samarahan unutk pemeriksaan. "Bapa mangsa yang tidak sedarkan diri, dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut, "katanya.
Pemandu Perodua Kancil dan empat penumpang lain berusia lingkungan 30-an, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun serta pemandu Proton Iswara itu tidak mengalami sebarang kecerderaan. Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan punca kemalangan masih dalam siasatan. Bayi lelaki itu dihantar ke HUS kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan dipindahkan ke wad.
Subscribe to:
Posts (Atom)
























































































