Beberapa cara untuk meningkatkan fleksibiliti badan contohnya melalui senaman Yoga, Pilates, Ballet, Tai Chi, seni mempertahankan diri dan berenang. Orang-orang dalam gambar-gambar berikut seolah-olah secara semulajadi berbakat nak berkebolehan melentur tubuh secara maksima.
Sunday, 21 October 2012
Thursday, 18 October 2012
Menjadi bapa pada usia 96 tahun
KHARKHODA (India): Seorang petani menjadi bapa paling tua di dunia, sekali gus memadamkan rekod yang diciptanya dua tahun lalu.Ramjeet Raghav, 96, berada di sisi isterinya, Shakuntala, ketika wanita terbabit melahirkan anak kedua mereka, Ranjeet, seberat kira-kira dua kilogram, bulan lalu.
RAMJEET ditemani Shakuntala dan dua anak mereka.
Bekas ahli gusti itu mencipta rekod dunia pada 2010 apabila Shakuntala dikatakan berusia 60 tahun melahirkan anak sulung mereka, Vikramjeet.Tahun lalu, Ramjeet berkata, menjadi bapa amat memenatkan dan dia tidak bercadang mendapatkan anak kedua walaupun sebelum itu mengakui mengadakan hubungan seks tiga kali setiap malam dengan isterinya. Namun, semalam, Ramjeet berkata, dia berasa amat bertuah dikurniakan anak kedua.
“Ia memang mencabar tetapi saya tetap gembira,” katanya. Keluarga itu tinggal di sebuah pondok dua bilik di Kharkhoda. Hasil pekerjaannya sebagai petani, Ramjeet memperoleh pendapatan kira-kira RM200 sebulan. Ramjeet mendakwa amalannya memakan susu, mentega dan badam membantunya menjadi awet muda.
“Saya sangat berkemampuan mendapatkan lebih ramai anak,” katanya.Namun, kata Ramjeet, dia meminta isterinya mengambil langkah perlu bagi menghalang kehamilan.
“Saya mahu anak-anak saya bersekolah dan berjaya.“Jika ada anak lagi, saya tak berkemampuan membiayai mereka,” katanya
Bekas ahli gusti itu mencipta rekod dunia pada 2010 apabila Shakuntala dikatakan berusia 60 tahun melahirkan anak sulung mereka, Vikramjeet.Tahun lalu, Ramjeet berkata, menjadi bapa amat memenatkan dan dia tidak bercadang mendapatkan anak kedua walaupun sebelum itu mengakui mengadakan hubungan seks tiga kali setiap malam dengan isterinya. Namun, semalam, Ramjeet berkata, dia berasa amat bertuah dikurniakan anak kedua.
“Ia memang mencabar tetapi saya tetap gembira,” katanya. Keluarga itu tinggal di sebuah pondok dua bilik di Kharkhoda. Hasil pekerjaannya sebagai petani, Ramjeet memperoleh pendapatan kira-kira RM200 sebulan. Ramjeet mendakwa amalannya memakan susu, mentega dan badam membantunya menjadi awet muda.
“Saya sangat berkemampuan mendapatkan lebih ramai anak,” katanya.Namun, kata Ramjeet, dia meminta isterinya mengambil langkah perlu bagi menghalang kehamilan.
“Saya mahu anak-anak saya bersekolah dan berjaya.“Jika ada anak lagi, saya tak berkemampuan membiayai mereka,” katanya
Wednesday, 17 October 2012
Hanya berlaku di Malaysia
Kejadian ini berlaku hanya di Malaysia dan mungkin menjadi rekod pertama dan bersejarah buat pemandu tersebut. Kejadian ini dilaporkan berlaku berhampiran Mesiniaga, Shah Alam.
Monday, 15 October 2012
Berjumpa dengan keluarga tertinggi di India
Keluarga Kulkarnis adalah keluarga tertinggi di India merupakan rekod dunia yang di pegang. Ahli keluarga ini tergolong dengan ahli keluarga yang mempunyai ketinggian yang luar biasa sehingga mereka mengalami kesukaran untuk menggunakan kemudahan awam seperti bas dan sebagainya.Kulkarni,52 yang mempunyai ketinggian 7 kaki 1.5 inci dan isterinya, 46 dengan ketinggian 6 kaki 2.6 inci.
Kedua-dua anak perempuan beliau ingin menjadi seorang model. the Kulkarnis berasal dari Bandar Pune. Dengan jumlah ketinggian keluarga mereka ialah 26 kaki sekali gus memegang rekod dunia dengan jumlah ketinggian yang paling tinggi. Pasangan kulkarni memegang pasangan bercinta yang mempunyai ketinggian yang luar biasa dan berkahwin pada tahun 1989. Setahun selepas itu mereka memegang rekod pasangan suami isteri yang paling tinggi di India.
Lego Colosseum
Dengan menggunakan 200,000 bata Lego untuk membina model, yang merangkumi separuh dalam bentuk semi siap menunjukkan reka bentuk asal Rom Colosseum dibina sekitar tahun 80 Masihi. Model adalah sangat terperinci dan juga menunjukkan pelancong yang berlegar-legar serta patung, dan taman-taman mini haiwan. Pembina berkata cabaran membuat sesuatu yang berbentuk bujur dan untuk menghasilkan bata persegi adalah 'sukar dibayangkan'.
Saturday, 13 October 2012
Jangan buang barang dari Helikopter, semut bisik gajah pon pengsan
Tiga orang di dalam helikopter yang sedang terbang di udara.
Orang pertama menggigit sebuah epal. Dirasakan terlalu manis, ia melemparkan epal tersebut keluar.
Orang kedua menggigit jeruk, tapi kerana terlalu masam, ia pun membuangnya keluar.
Orang ketiga menggigit bom tangan dan kerana terlalu keras, ia pun melemparnya keluar.
Ketika heli mendarat, ketiga orang tersebut berjalan bersama-sama.
Mereka bertemu dengan seorang budak perempuan yang sedang menangis.
“Kenapa menangis?” tanya mereka.
“Sebiji epal jatuh dari langit, menimpa anak kucingku, dan mati, hu.hu.hu.”
Mereka pun meneruskan perjalanan dan bertemu dengan seorang budak lelaki yang sedang menangis.
“Kenapa menangis?” tanya mereka.
“Sebiji jeruk jatuh dari langit, menimpa anak arnab saya, terus mati, hu.hu.hu.”
Akhirnya mereka bertemu dengan seorang perempuan gemuk yang ketawa terbahak-bahak sambil membongkok.
“Makcik, kenapa tertawa?” tanya mereka.
“Tadi itu, saya kentut. Tiba-tiba bangunan di belakang saya terus meletup ha..ha..ha..”
Suatu hari seekor semut datang ke seekor gajah jantan
dan kemudian semut membisikkan sesuatu ke telinga si gajah.
Setelah mendengar apa yang dikatakan oleh semut, tiba-tiba gajah pengsan!!!
Pelik?
Apa yang semut bisikkan tadi?
Apa yang semut bisikkan tadi?
Rupanya semut bisik ke telinga gajah …Aku mengandung dan kau adalah bapaknya.
Trailer Lagenda Budak Setan 2 Katerina
Bagi para peminat novel tulisan Ahadiat Akashah, “Lagenda Budak Setan” pasti adalah satu tajuk yang sudah biasa anda dengar, kan? Jika pada tahun 2010, sebuah filem telah diadaptasi melalui novel pertama “Lagenda Budak Setan”, kini selepas 2 tahun, sekuel terbaru berjudul “Lagenda Budak Setan 2 – Katerina” pula bakal menemui anda di pawagam pada bulan November ini.
Dilancarkan 3 hari lepas (10 Oktober) di laman Youtube, filem sekuel ini mengisahkan tentang kehidupan Kasyah lakonan Farid Kamil selepas kematian Ayu pada episod sebelumnya. Kasyah bakal bertemu dengan Katerina lakonan Maya Karin, seorang gadis yang telah mencuri hati Kasyah.
Watak Katerina yang dipegang oleh Fazura dalam Lagenda Budak Setan telah digantikan oleh Maya Karin untuk sekuel terbaru, Lagenda Budak Setan 2. Farid Kamil masih memegang watak sebagai Kasyah, dan Bront Palare juga dimasukkan dalam sekuel ini untuk watak Hisham.
Ada yang tertanya-tanya, mengapakah Fazura digantikan dengan Maya Karin? Ada yang berpendapat, mereka sudah hilang minat untuk menonton Lagenda Budak Setan 2 kerana tiada kesinambungan untuk watak penting seperti Katerina. Kata mereka, nanti confuse.
Menurut sumber, Fazura tidak dapat memberikan komitmen untuk Lagenda Budak Setan 2 ekoran pertindihan kerja dengan tawaran yang lain. Jadi, produser terpaksa menggunakan Maya Karin untuk memegang watak Katerina. Menurutnya lagi, peminat harus faham bahawa Lagenda Budak Setan 1 telah menjalani rakaman kira-kira 2 tahun lepas.
Walaupun ada peminat yang kecewa, tapi kami rasa Maya Karin boleh memegang watak ini dengan jayanya. Pakej rupa & populariti Maya Karin tidak boleh dipandang enteng. Sudah tentu, produser filem telah mengambil kira pelbagai aspek sebelum mengambil Maya Karin sebagai Katerina.
Jujur kami katakan, dulu jika anda mahu rasa ‘feeling’ bercinta, anda boleh baca novel tulisan Ahadiat Akashah. Tapi sekarang, tunggu filem sahaja. Mari tonton trailer rasmi “Lagenda Budak Setan 2 – Katerina” berdurasi 3.27 minit selepas ini ya!
Subscribe to:
Posts (Atom)














































