Tuesday, 11 September 2012
Monday, 10 September 2012
Bomoh dakwa tahu tarikh mati dan boleh tebus dosa
JOHOR BAHRU: Tertipu dengan dakyah karut bomoh yang kononnya boleh meramal kematian dan menebus dosa, seorang lelaki dan keluarganya membuat pinjaman bank untuk membayar wang pengeras sebanyak RM12,000.
Lebih mengaibkan, mangsa yang mahu dikenali sebagai Jamil, 25, berkata, ibarat dipukau, dia dan ibu bapa turut membenarkan adik perempuannya tinggal bersama bomoh itu selama seminggu.
Katanya, dia terpengaruh mendapat khidmat bomoh yang dikenali sebagai Ali, 40-an, selepas lelaki itu mengakui dirinya ustaz dan menjalankan rawatan secara tradisional mengikut cara Islam.
“Saya bersama ibu, ayah dan adik perempuan berusia 20 tahun berjumpa bomoh itu bagi merawat ibu yang menghidap penyakit lemah badan dan kemurungan,” katanya ketika ditemui.Dia berkata, bomoh itu mendakwa boleh mengubat secara ghaib, termasuk berhubung terus dengan Allah menerusi jin yang menurun dalam badan pembantu peribadinya. "Peringkat awal, dia memujuk kami menyerahkan RM 9,000 bertujuan menebus dosa syirik. Kami sekeluarga bagaikan dipulau dan menuruti kehendaknya. "Malah, bapa saya yang berusia 62 tahun membuat pinjaman bank kerana kami diberitahu jumlah bayaran bakal meningkat sekiranya lewat membuat bayaran," katanya yang tinggal di Tampoi.
Jamil berkata, sejak bertemu bomoh itu beberapa kali bermula Mac lalu, dia dan keluarganya kerugian RM12,000 berikutan terpaksa membayar wang pengeras. Selain itu, mereka pergi ke rumah bomoh terbabit dan beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini untuk berubat. "Selepas beberapa kali berubat dengannya, kami dapati Ali menyimpang daripada syariat Islam kerana dia mendakwa keluarga kami mengharungi pelbagai kesusahan kerana melakukan dosa syirik. Dia juga mendakwa boleh meramal kematian seseorang dan menyatakan hanya satu cara mengatasi masalah itu iaitu kami perlu menebus dosa dengan menyerahkan wang kepadanya untuk menjalankan kerja amal," katanya. Bagaimanapun, Jamil berkata, dia dan keluarganya seperti dipukau dan mengikut saja apa kata bomoh itu, termasuk menyerahkan wang dikehendalinya selepas membuat pinjaman bank.
"Ali kata kami buat syirik kerana bapa pernah menerima cincin batu daripada kenalannya, tetapi kami hairan kerana dia menyerahkan gelang tangan sebagai tangkal kepada ibu dan adik perempuan saya. "Selain itu, dia memaksa kami sekeluarga mandi bunga dan memakai sejenis minyak yang dikatakan boleh menghalau syaitan," katanya. Jamil berkat, bomoh itu bertindak lebih berani apabila mengunjungi rumahnya jam 4 pagi 10 Ogos lalu. Dia meminta untuk mengambil adik perempuan mangsa tinggal bersamanya dengan alasan dikejar syaitan. Malah, Ali kata jika adik saya tidak diserahkan kepada dirinya, adik akan meninggal dunia pada jam 8 pagi keesokan hari.
"Entah kenapa, saya, ibu dan bapa sekali lagi bagaikan dipukau dan mengikut saja permintaan Ali," katanya. Jamil berkata, mujur sehari sebelum 1 Syawal lalu, dia dan keluarga tersedar kesilapan mereka dan hasil bantuan polis, bomoh itu menyerahkan semulaadik perempuannya. "Kami sekeluarga serik ditipu dan saya berkongsi pengalaman ini dengan harapan orang ramai berhati-hati dengan helah Ali," katanya yang membuat laporan di Balai Polis sentral pada 10 Ogos lalu.
Saturday, 8 September 2012
Budak Kebal
KUALA KUBU BHARU: Dia selayaknya digelar ‘budak kebal’ kerana kulitnya tidak melecur ketika dibakar dan langsung tidak berdarah apabila dicucuk dengan objek tajam.
Itu keistimewaan Mohd Adam Jamaluddin, 13, yang diperolehnya secara semula jadi selepas sering ‘bermain’ dengan api setiap kali membantu kerja ayahnya, Jamaluddin Hamzah, 48, yang mengusahakan bengkel kimpalan besi di Felda Gedangsa, dekat sini.
Malah, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia bukan saja tidak berasa panas, sebaliknya berasa sejuk apabila api membakar kulitnya.
“Rasa sejuk macam kena air batu saja dan saya tak tahu kenapa saya tidak berasa sakit,” katanya ketika ditemui. Mohd Adam berkata, sejak membantu ayahnya melakukan kerja kimpalan besi empat tahun lalu dia sentiasa terdedah dengan percikan api kimpalan dan besi tajam, namun pelik mengapa kulitnya kebal. "Ayah lebih lama melakukan kerja kimpalan besi tapi tak pula dia jadi kebal. Jadi, saya anggap ini semua kurniaan Allah yang saya tidak tahu jawapannya," kata pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Kebangsaan (SMAK) Selisik itu. Mohd Adam berkata, dia mula menyedari keistimewaan dirinya selepas tidak berasa sakit apabila terkena percikan api kimpalan sedangkan di peringkat awal membantu ayahnya dia bengkel dia berasa takut dan sentiasa berwaspada bagi mengelak terkena api.
Tapi, kini saya tidak rasa apa-apa apabila tangan dibakar dan lama-kelamaan saya seronok dengan kelebihan ini," katanya. Ketika melakukan demonstrasi kepada wartawan dan jurugambar, terbukti kulit Mohd Adam kalis api dan objek tajam kerana wajahnya selamba ketika membakar tangannya serta menyucuk besi tajam hingga menembusi kulit. "Saya tidak mengamal sebarang petua dan tidak memiliki ilmu kebal, sebaliknya hanya yakin kepada diri sendiri kerana ayah sering mengajar saya supaya bersabar dan yakin melakukan apa juga kerja.
Syukur kepada Allah yang memberikan kebolehan luar biasa ini. Namun saya tidak mahu menyalahgunakannya untuk tujuan tidak elok atau perubatan walaupun ada penduduk kampung meminta saya menyembuhkan penyakit mereka," katanya. Ibunya, Siti Salmah Hanafiah, 38, berkata, dia dan suami hairan dengan kelebihan dimiliki Mohd Adam kerana dua adiknya, Mohd Idris, 8, Siti Fatimah, satu tahun tidak mempunyai kebolehan itu. Saya selalu menasihat dan mengingatkannya kelebihan dimiliki bukan untuk dibanggakan serta dieksploitasi untuk tujuan negatif," katanya.
Ayah Mohd Adam, Jamaluddin pula berkata, dia sentiasa menasihatkan anaknya supaya ada keyakinan diri yang tinggi unutk melakukan kerja berat di bengkel kimpalan besi namun tidak sangka anaknya akan memiliki kelebihan luar biasa. "Ini semua kuasa Allah. Saya hanya mahu ajar dia hidup susah sedia membantu orang pada setiap masa,"katanya.

Friday, 7 September 2012
Nurul Syuhada Nurul Ain tinggalkan TV3
Bermula hari ni, Personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin menjelaskan peletakan jawatannya sebagai wartawan penyiaran di stesen televisyen itu bukan kerana imejnya yang sudah berhijab atau sebab kontroversi yang timbul semasa siaran langsung Hari Kemerdekaan lalu. Nurul dan TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan dah tutup kes kejadian tu.
Peletakan jawatan tersebut berkuat kuasa Jumaat (hari ini). Menurut Nurul, surat perletakan jawatannya di TV3 diserahkan bulan lepas, Bukannya selepas berlaku kontroversi siaran langsung hujung bulan lalu. Nurul Syuhada juga akan melepaskan tugasnya sebagai pengacara Majalah Tiga dan hanya mengacara secara sambilan untuk program Malaysia Hari Ini (MHI).
Keputusan Nurul Syuhada berhenti dari TV3 lakukan keranamahu memberi tumpuan kepada perkara lain, menyambung pelajarannya pada peringkat sarjana dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam dan merancang untuk menimang cahayamata.
[ Read More ]

Sedut Kepala Bayi dalam lubang tandas
KUANTAN: “Hampir menitis air mata saya melihat mayat bayi tidak berdosa itu terperosok dalam lubang tandas, tapi demi tanggungjawab, saya dan tujuh rakan yang lain kuatkan juga semangat untuk menjalankan tugas.”
Demikian, kata seorang daripada anggota bomba ditugaskan mengeluarkan mayat bayi baru lahir yang tersumbat dalam lubang tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini semalam.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 40-an, berkata, dia dan rakan-rakan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas bagi mengeluarkan mayat bayi itu, bermula jam 8 pagi.
“Sebaik saja melihat separuh kepala bayi itu terperosok dalam lubang tandas, kami sedar tiada cara lain untuk mengeluarkannya kecuali memecahkan mangkuk tandas itu dengan berhati-hati kerana bimbang ia mencacatkan tubuh bayi berkenaan.
“Kami mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas itu perlahan-lahan. Kami bergilir-gilir melakukannya. Ketika itu juga hati saya bercampur baur antara sedih dan geram dengan manusia yang membuang bayi itu,” katanya.
Panik apabila bayi yang baru dilahirkannya jatuh menggelongsor ke dalam tandas, seorang remaja berusia 16 tahun mengepam tandas supaya bayinya hanyut dalam pembentung. Bagaimanapun, cubaan pelajar itu gagal kerana saluran tandas tersumbat menyebabkan dia tergesa-gesa meninggalkan tandas awam Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini,
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, mayat bayi lelaki yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui seorang jururawat ketika mahu menggunakan tandas di Wad 2C hospital itu, jam 4.45 pagi semalam. Menurutnya, suspek yang tinggal di Sungai Isap Damai, di sini, pergi ke hospital berkenaan menemani ibunya yang menghidap barah di wad berdekatan sejak dua hari lalu.
"Siasatan mendapati suspek pergi ke tandas seorang diri untuk membuang air sebelum tiba-tiba melahirkan bayi. Sejurus dilahirkan, bayinya menggelongsor ke dalam mangkuk tandas dengan keadaan kepala terperosok manakala kakinya terjuntai.
"Panik melihat keadaan itu, suspek cuba mengepam bayinya, namun gagal kerana saluran tandas berkenaan tersumbat sebelum bergegas keluar, "katanya. Mohd Jasmani berkata, polis mendapatkan anggota Jabatan Bomba dan penyelamat untuk memecahkan mangkuk tandas itu bagi mengeluarkan mayat bayi berkenaan sebelum di bawa ke Jabatan Forensik untuk dibedah siasat. "suspek sudah ditahan dan diarah menjalani pemeriksaan perubatan dan doktor mengesahkan dia baru melahirkan anak," katanya.
Menurutnya, remaja itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut kes itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Thursday, 6 September 2012
Tips susun atur hiasan dalaman rumah
Rahsia memiliki dan melihat pelan susun atur perabot pada pelan rumah banglo idaman anda:
1. Paling penting memastikan setiap ruang rumah idaman yang disediakan mengikut kehendak anda, praktikal, berfungsi dengan baik dan bersesuaian dengan fungsi ruang tersebut.
2. Perabot yang akan anda beli atau gunakan boleh dimuatkan pada setiap ruang
3. Memberikan anda idea susun atur perabot rumah anda
4. Gambaran yang jelas idea dan konsep pelan rumah anda.
5. Untuk menjadikan panduan membuat pelan susun atur keperluan elektrik dan memudahkan kontraktor mengira kos pembinaan keperluan elektrik seperti suis, soket dan sebagainya.
Bagaimana untuk memastikan susun atur perabot pada pelan rumah idaman yang anda miliki betul mengikut skala atau sebaliknya?
1. Setiap jenis perabot sama skala atau ukuran pada setiap ruang
2. Pastikan saiz kerusi ruang tamu lebih kurang saiz pintu bilik dan kerusi meja makan separuh saiz pintu bilik.
3. Pastikan saiz lebar katil pada bilik utama 2 kali ganda atau 2.5m ukuran lebar pintu bilik. Manakala katil bujang sama saiz atau lebih kurang saiz pintu bilik.
Oleh itu, pastikan setiap pelan rumah yang anda akan beli atau bina nanti ada pelan susun atur perabot yang berskala bagi memastikan setiap ruang dalam rumah berfungsi dengan baik. Cukup luas dan tidak terlalu sempit apabila dilengkapi perabot.
Subscribe to:
Posts (Atom)