Dibawah ialah gambar dari Yotel, sebuah hotel yang direka khas untuk mereka yang kerap transit di lapangan terbang. Ianya terletak di London Heathrow. Jika anda ingat kami pernah paparkan SLEEPBOX, kabin kecil yang boleh disewa didalam terminal lapangan terbang Moscow. Yotel take it a step further dengan membina hotel didalam terminal. Idea Yotel muncul apabila pengasasnya melawat Jepun dan melihat hotel kapsul yang cukup popular disana. Beliau merasakan ada market untuk hote kecil tetapi dilengkapi dengan kemewahan setaraf kabin kelas pertama kapal terbang. Hasilnya ialah Yotel. Bilik kecil tapi dilengkapi dengan kesemua benda yang dikehandaki oleh pelanggan mereka seperti WIFI percuma. Bilik-bilik Yotel boleh disewa mengikut jam dan anda menyewa dengan menggunakan kiosk automatik yang berfungsi 24/7. Tiada waktu tetap check-in dan check-out. I kinda like it. Agaknya bila Tony Fernandes akan membuat sesuatu yang serupa? Ke Tune Hotel dah sama konsepnya? I don't know coz I never stayed in them.
Sunday, 22 January 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)