Friday, 11 May 2012

Kisah sebenar disebalik video penderaan bayi

Luahan perakam tentang rakaman yang dibuat. "
“Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa.”

 
NOOR...dipukul ketika cuba selamatkan mangsa
 
KUALA LUMPUR: “Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa.”

Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.

Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.

Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya.

“Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya. Menurutnya, sebelum itu dia sudah puas memujuk ibu berkenaan yang dipanggil Ira supaya berhenti menjadikan anaknya sebagai tempat melepaskan geram hampir setiap hari kerana dia tidak dapat mengawal tekanan berikutan dibelenggu pelbagai masalah hidup.

Meceritakan hubungannya dengan Ira. Noor berkata, wanita berusia 20-an itu yang dianggap adik angkatnya adalah kenalan sejak kecil ketika keluarganya tinggal di pinggir ibu kota pada tahun 2004 dan selepas Ira kematian ibunya awal tahun lalu, hidupnya terumbang-ambing.

"Ketika bertemunya semula tahun lalu, dia seperti ada masalah, jadi saya tawarkan untuk tinggal bersama saya kerana kasihankan dia. Ketika itu, saya terkejut kerana dia membawa seorang bayi yang diperkenalkan sebagai anaknya. Langsung saya tak sangka dia berubah ganas dan memukul anaknya sekejam itu. Menurutnya, pada hari kejadian yang hampir meragut nyawa bayi terbabit, pada mulanya keadaan rumah itu seperti biasa sebelum tiba-tiba Ira mengangkat bayinya itu dan menghempasnya ke ruang antara ruang tamu dan bilik.

-myMETRO-

No comments:

Post a Comment

takkan tengok jerk?... komen la sikit untuk post ini.........