Monday, 25 June 2012

Penampilan selebriti yang sejuk mata memandang

Sejak akhir-akhir ini kita dapati sudah ramai selebriti wanita kita sudah mula merubah penampilan mereka ke arah yang lebih baik dan pendek kata penampilan yang sopan dan sejuk mata memandang. Alhamdulillah, moga-moga ramai lagi yang mengikuti jejak langkah artis-artis ni. Populariti artis tidak semestinya menjunam dengan penampilan sopan seperti ini malah ada yang mencurah-curah rezekinya.





Perubahan ini adalah suatu contoh yang baik bagi para peminat mereka juga. Gaya sopan dan muslimah yang mereka bawakan sangat menarik dan sejuk mata memandang berbeza dari sebelumnya. Bukan itu sahaja wajah mereka juga kelihatan semakin berseri-seri sekarang. Fazurina, Farah Asyikin, Noor Khiriah dan Abby Abadi merupakan selebriti yang telah mula bergaya dengan penampilan baru mereka.

No comments:

Post a Comment

takkan tengok jerk?... komen la sikit untuk post ini.........