Friday, 7 September 2012

Nurul Syuhada Nurul Ain tinggalkan TV3

Bermula hari ni, Personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin menjelaskan peletakan jawatannya sebagai wartawan penyiaran di stesen televisyen itu bukan kerana imejnya yang sudah berhijab atau sebab kontroversi yang timbul semasa siaran langsung Hari Kemerdekaan lalu. Nurul dan TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan dah tutup kes kejadian tu.



Peletakan jawatan tersebut berkuat kuasa Jumaat (hari ini). Menurut Nurul, surat perletakan jawatannya di TV3 diserahkan bulan lepas, Bukannya selepas berlaku kontroversi siaran langsung hujung bulan lalu. Nurul Syuhada juga akan melepaskan tugasnya sebagai pengacara Majalah Tiga dan hanya mengacara secara sambilan untuk program Malaysia Hari Ini (MHI).

Keputusan Nurul Syuhada berhenti dari TV3  lakukan keranamahu memberi tumpuan kepada perkara lain, menyambung pelajarannya pada peringkat sarjana dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam dan merancang untuk menimang cahayamata.

No comments:

Post a Comment

takkan tengok jerk?... komen la sikit untuk post ini.........