Thursday, 25 October 2012

Gambar Bakal isteri Khairul Fahmi, Apek

Nampaknya khabar gembira sudah semakin hampir. Teka-teki mengatakan pasangan ini akan berkahwin pada hujung tahun ini semakin terjawab. Melalui laporan Kosmo! hari ini, Khairul Fahmi & Leuniey, 21, bakal bernikah diantara 28 Disember sehingga awal Januari 2013. Berita gembira ini dikongsi oleh bapa Apek, Che Mat Hussain yang turut menjelaskan bahawa tarikh sebenar akan diputuskan oleh Khairul Fahmi sendiri.






Tarikh sebenar akan diputuskan oleh anak saya selepas beliau pulang daripada latihan dengan skuad kebangsaan. Harapan kami perkahwinan ini akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak saya,” jelasnya.

Berbalik pada Leuniey, gadis cantik berusia 21 tahun ini haruslah dicontohi oleh ramai orang muda. Disebalik segala kontroversi yang berlaku, Leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha Nazri merupakan seorang pemilik butik pengantin dan tidak hairanlah jika kita lihat Leuniey rapat dengan Ezuwan Ismail, seorang pereka fesyen yang hebat.

No comments:

Post a Comment

takkan tengok jerk?... komen la sikit untuk post ini.........