Friday, 12 October 2012

Samsung Galaxy Note 2, dipasaran

SAMSUNG Malaysia Electronics (www.samsung.com/my/) memperhebatkan jenama telefon pintarnya dengan memperbaharui Galaxy Note menerusi versi kedua yang mula diperkenalkan di Asia terlebih dulu termasuk Malaysia semalam.

Pengarah Urusannya, Kwon Jae Hoon berkata, Samsung menyasar penggunaan Galaxy Note 2 kepada individu yang mahukan pengalaman mudah alih sebenar berdasarkan tahap kecekapan yang ada pada peranti itu.


















“Versi kedua itu didatangkan dengan beberapa ciri baru termasuk penggunaan fungsi pen stylus canggih dan saiz skrin yang lebih besar iaitu 5.5 inci berbanding 5.3 inci bagi versi pertama” katanya ketika melancarkan Galaxy Note 2 di Kuala Lumpur, semalam.
Galaxy Note 2 menggunakan cip pemproses Quad Core 1.6GHz, RAM ditambah kepada 2GB, sistem operasi Android 4.1 (Jelly Bean) dan bateri berkuasa 3100mAh untuk daya ketahanan lama.

Selain itu, Samsung memperkenalkan teknologi Air View apabila ia membolehkan pengguna untuk membaca e-mel, S Planner, galeri imej atau video hanya menggunakan S Pen iaitu pen stylus yang popular untuk pra tonton kandungan tanpa perlu membuka aplikasi terbabit.

Satu lagi ciri baru diketengahkan termasuk konsep membuka nota menggunakan teknik Pop up Play yang mana ia akan membuka aplikasi nota pada bila-bila masa di mana saja tidak kita apa yang sedang dilakukan dengan butang maya khas. Samsung Galaxy Note 2 bakal mula dipasarkan tidak lama lagi pada harga RM2,299.

No comments:

Post a Comment

takkan tengok jerk?... komen la sikit untuk post ini.........