Alhamdulillah dan Tahniah! diucapkan buat pasangan Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah
Azmeer yang telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka sekitar
jam 8.51 pagi semalam. Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh suami Irma sendiri menerumi laman Twitternya selepas kelahiran anak sulungnya itu.
Dalam pada itu, beberapa jam sebelum menerima kelahiran pertama
mereka, Redza telah sempat mengucapkan kata-kata semangat dan dorongan
buat isterinya yang tercinta menerusi laman Twitter.
Selain daripada Irma Hasmie dan Redza, hari ini juga merupakan hari
gembira buat pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Kira-kira jam 2.17
petang tadi, Zaquan telah berkongsi berita gembira yang isterinya telah
pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
Ayu Raudhah telah melahirkan putera sulungnya ini di Hospital
Columbia Asia di Johor. Jutaan tahniah diucapkan buat mereka berdua.
Cepat-cepatlah kongsi gambar si comel anda. Pasti ramai yang tak sabar
untuk melihat.
Selepas ni sama-sama la kita nantikan kelahiran anak Fasha Sandha pulak..kemungkinan besar anak lelaki juga.