Saturday, 13 April 2013

Kontroversi dan Sinopsis Mencari Cinta

PETALING JAYA – Aktres Nora Danish berasa kasihan terhadap aktor Rusdi Ramli yang dihimpit kontroversi gara-gara melakonkan watak berpelukan dengannya tanpa berbaju dalam satu adegan filem Mencari Cinta.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, sebagai seorang pelakon, dia faham dengan situasi Rusdi dan berharap agar pihak lain memberikan ruang untuknya bersendirian sehingga isu tersebut reda. “Saya faham dengan situasi Rusdi. Walaupun dia seorang pelakon senior, rasanya belum pernah lagi dia terkena kontroversi seperti ini.

“Berbanding pula dengan saya yang sentiasa dikaitkan dengan pelbagai gosip, saya dah biasa. Sebab itu saya tak kisah sangat apabila orang memperbesarkan isu ini.

“Saya percaya dia terkejut dan tidak tahu nak buat apa-apa sehinggakan dia tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem ini pada Khamis lalu,” katanya. Pengarah filem Mencari Cinta iaitu Shirin Khuzaimi menyifatkan pelakon Rusdi seorang yang tidak profesional kerana gagal menghadiri majlis tayangan perdana filem tersebut yang berlangsung di e@Curve pada Khamis lalu.

Tambah Nora yang juga terkena tempias kontroversi yang sama, dia sedikit pun tidak risau dengan hal itu kerana menganggap ia tidak mengganggu prestasi kerjanya.

“Dalam filem itu saya bukannya bogel pun. “Cuma lakonan kami sahaja nampak mesra sebagai suami isteri. Lagipun, mengenali Rusdi di set penggambaran, dia seorang yang sangat peka dengan setiap pergerakan dan lakonannya.

“Malah dia akan melihat apa kepentingannya dia berlakon sebegitu dalam sesebuah filem. Saya harap masyarakat tonton dahulu sebelum memberi komen,” tuturnya.

Mencari Cinta mengisahkan tentang Myra (Nora Danish) yang telah dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin dengan seorang pemuda kampung iaitu Razlan (Rusdi Ramli) yang ditinggalkan kekasihnya.

Filem genre romantik yang diterbitkan oleh Armnett Sdn. Bhd. dan Red Movies Sdn. Bhd ini akan ditayangkan bermula 25 April ini. Selain dijayakan oleh Rusdi dan Nora, filem berkenaan turut dilakonkan seperti Fouziah Gous, Riezman Khuzaimi, Mahmod Ali Basha, Norlida Ahmad, Daphne Iking dan Natasha Hudson

Sinopsis ‘Mencari Cinta’, mengisahkan mengenai percintaan selepas perkahwinan yang berlandaskan kisah Rasulullah sendiri. Skrip filem ini sudah disimpan sejak tiga tahun lepas yang pada asalnya dirancang untuk di  buat drama.

Sinopsis Filem Mencari Cinta

Berkisarkan pada Myra Tan Sri Johan yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi disaat akhir Malek membatalkan niatnya kerana dia mempunyai teman wanita lain.Segala persiapan telah tersedia, malah kad jemputan telah diedarkan ini membingungkan Tan Sri Johan dan Puan Sri Mahani.

Dalam pada itu pula, Razlan Ariffin pemuda kampong yang begitu dedikasi pada orang tua dan amanah keluarga menjadi ladang ternakan telah diputuskan tali pertunangan oleh tunangnya Mila yang ingin menyambungkan pelajaran. Bagaimanapun Razlan menerima kenyataan bahawa antara Mila dan dia tiada jodoh. Tan Sri Johan akhirnya mendapat idea untuk meminta pertolongan kakak iparnya Ramlah isteri kepada arwah abangnya iaitu ibubapa Razlan, malah tujuan awal Tan Sri Johan memang hendak

menjodohkan Myra dengan Razlan sekiranya Myra tiada pilihan sendiri.Namun latar belakang Myra dan Razlan begitu berbeza dimana Razlan dibesarkan cara kampong yang beradat, manakala Myra anak orang kaya yang moden cara pemikirannya. Jodoh temukan Myra dan Razlan…disini bermula kelucuan dan kisah cinta yang unik.

No comments:

Post a Comment

takkan tengok jerk?... komen la sikit untuk post ini.........