"Saya menganggap diri saya sebagai penyelamat kucing dan terus mencari haiwan berkenaan setiap hari untuk diselamatkan supaya tidak berterusan menjadi mangsa kekejaman manusia". kata pemilik Taman Perlindungan Kucing, Tengku Lukmannadzira Tengku Hussin, 49. Tengku Lukmannadzira yang turut digelar "Catman" serta Tengku Man oleh segelintir individu yang tahu dengan sikap prihatinnya itu, membuka pusat penjagaan kucing terbiar sejak lima tahun lalu dan ilham untuk membuat demikian kian timbul atas dasar kasihan melihat kucing terbiar serta dibuang pemiliknya.
"Kucing antara binatang paling hampir dengan manusia dan sepatutnya kita menjaganya dengan penuh kasih sayang bukannya menyeksa serta mencederakannya. "Ini kerana kebanyakkan kucing yang saya temui mempunyai kesan kecerderaan teruk. Ada sesetengah daripada haiwan berkenaan patah kaki depan atau belakang akibat dipukul atau dilanggar kenderaan," katanya ketika ditemui disini semalam.
Catman mendakwa, sertakat ini dia sudah menyelamakan hampir 100 kucing dan kebanyakkannya ditemui di pasar, deretan kedai dan tepi jalan. Katanya, ada antaranya kucing itu turut diambil daripada rumah tuannya kerana dibiarkan dalam keadaan menyedihkan tanpa penjagaan yang sempurna. "Saya nekad mengambil kucing itu walaupun terpaksa membayar sejumlah wang kepada pemilik asalnya kerana tidak sanggup melihat keadaannya yang sangat teruk dengan kesan luka di badan manakala fizikalnya kurus kerana dikurung serta tidak diberi cukup makan.
Catman berkata, kucing yang diambil itu diberikan penjagaan sempurna termasuk rawatan di pusat penjagaan bersebelahan rumahnya di Kampung Mengkasar. "Kos membina taman kucing ini bernilai RM 50,000 dan ia dilengkapi taman, empat buah rumah untuk kucing terbabit berlindung dan satu bilik khusus untuk rawatan. Namun ia masih tidak mencukupi bagi menampung bilangan kucing yang semakin bertambah dan saya bercadang membina di kawasan yang lebih luas dan jauh daripada perumahan," katanya. Dia juga melahirkan rasa gembiranya apabila permohonannya memperoleh tanah di Pulau Keladi, di sini, bagi membina pusat penjagaan kucing yang lebih luas diluluskan Pejabat Tanah dan Galian negeri.
'Pekan bakal mempunyai daya tarikan terbaru kepada pelancong dalam dan luar negara iaitu taman kucing yang bakal dibina selewat-lewatnya Julai ini dengan peruntukan hampir RM 5 juta. Saya berharap orang ramai termasuk Badan Bukan KErajaan (NGO) tampil memberikan sokongan terhadap inisiatif unutk membina pusat ini supaya lebih banyak kucing terbiar dapat diselamatkan nanti.," katanya.
bagaimana saya boleh menghubungi catman ???
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumat
ReplyDeleteSaya akan pergi hari ni.
Telah sampai ke Dato Shamsiah Cat Shelter Park, bertemu YM Tengku Lukmannadzira dan melawat pusat perlindungan.
ReplyDeleteKepada sesiapa yang berminat boleh sama-sama membantu Tengku dalam usahanya menyelamatkan kucing-kucing terbiar.
Bagaimana nak hubungi..bagi lah no telefon
ReplyDeletesape ada no tel YM Tg.Lokman ni? sy nk hantar kucing sy... sy xblh bela sbb alahan mengandung.... mintak sms kt sy no YM ye.. ni no sy..nora... 0169639330
ReplyDeleteassalam Catman... saya ada 11 ekor kucing yang baik terjaga... tetapi saya adalah masalah kejiranan yg mana tidak boleh terima kehadiran kucing2 ini... mohon pihak tuan menerima kucing - kucing kami ini... boleh hubungi saya di nombor 0122624287 atau 0123369114 untuk sebarang maklum balas...
ReplyDeleteKesian kucing2 yang terbiar, saya pun byk kutip kucing jalanan dan pelihara sebaik mungkin..ada jugak kenkawan yg mintak kucing dari saya tapi saya x bagi kerana membela kucing kucing ni perlu komitment dan tahap kesabaran yg tinggi bukan sekadar hangat hangat taik ayam..
ReplyDeletesalam macam mana nk hubungi saudara catman dan dimana lokasinya.Urgent.
ReplyDeleteBoleh bagi no telefon catman?
ReplyDeleteKalau nak jadi sukarelawan macam mana..
ReplyDeleteBoleh bagi number catman?
ReplyDeletesalam semua. anda blh search fb page dato shamsiah cat shelter park utk sebarang info utk hubungi catman. :)
ReplyDeletecatman semoga usaha anda diberkati Allah serta dipermudahkan urusan membela haiwan kesayangan nabi ini
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDelete