Sunday, 19 May 2013

Eja kini Bertudung

Alhamdulillah. Seorang demi seorang artis tanah air kita kian berubah. Kini yang terbaru Eja Bertudung Selepas Pulang Dari Umrah selebriti wanita ini mengambil keputusan untuk berhijrah dan memakai tudung sepenuhnya. Terbaru, Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah telah pun berbuat demikian selepas pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini.


Sebenarnya saya berhajat ingin memakai tudung selepas usia memasuki 40 tahun tetapi hasrat itu terkubur kerana kesibukan saya. Tahun ini, saya berpeluang membuat umrah sekali lagi dan Alhamdulillah apabila balik ke sini saya tidak mahu membuka tudung lagi. 

Saya tidak putus-putus berdoa dan Alhamdulillah berkat petunjuk daripada Allah, saya langsung tidak mahu membukanya lagi. Tetapi, saya tidak mahu bercakap lebih banyak kerana saya baru pulang ke sini. Semoga Allah permudahkan dan menetapkan hati saya untuk terus membawa kebaikan ini.













2 comments:

takkan tengok jerk?... komen la sikit untuk post ini.........