Miri: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun bertarung nyawa lebih lima jam apabila sebilah gunting tertusuk di kepalanya sedalam tiga sentimeter, akibat perbalahan antara ibu dan bapanya, awal pagi semalam.
Kejadian jam 3 pagi itu berlaku selepas cubaan ibu kanak-kanak itu menyerang bapanya menggunakan gunting tersasar, sebaliknya mengenai kepala mangsa yang ketika itu sedang tidur.

Sebelum itu, pasangan berusia 30-an itu bertengkar di rumah mereka di Jalan Tanjung Miri, di sini kerana si isteri berkenaan menuduh suaminya menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.
Sumber berkata, ketika kejadian pasangan terbabit juga dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol menyebabkan masing-masing enggan beralah dan kemuncaknya wanita terbabit cuba menikam suaminya menggunakan sebilah gunting.
MANGSA bernasib baik kerana gunting itu tidak mencederakan otaknya. Menurutnya, pertengkaran yang pada mulanya berlaku di ruang tamu itu berlarutan sehingga ke bilik tidur sebelum wanita terbabit menyerang suaminya dengan gunting. " Bagaimanapun, lelaki itu mengelak menyebabkan gunting berkenaan tersusuk di kepala anak perempuan mereka yang tidur. "Panik dengan kejadian itu, suami terbabit membawa mangsa ke Hospital Miri sebelum membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri," katanya. Sementara itu, jurucakap Hospital Miri berkata, mangsa kini dalam keadaan stabil dan pihaknya sudah melakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkan gunting berkenaan daripada kepala mangsa.
Menurutnya, mangsa bernasib baik kerana gunting itu tidak mencederakan otaknya bagaimanapun dia terpaksa di tahan di hospital selama beberapa hari untuk rawatan dan pemerhatian lanjut. Dalam pada itu, jurucakap polis berkata, pihaknya sudah menerima laporan kes berkenaan dan ibu mangsa ditahan bagi membantu siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 325 kanun Keseksaan.