Milagros Cerron dilahirkan dengan kecacatan sejak kelahiran. Kakinya bercantum seperti ekor ikan duyung. Selepas tiga pembedahan dalam tempoh lima tahun beliau mempunyai kaki yang normal dan sedang belajar untuk berjalan.
Tuesday, 26 June 2012
Bunuh anak yang sering bogel
BELURAN: Berang anak lelakinya sering berkeliaran dalam keadaan
bogel, seorang bapa bertindak kejam apabila bukan saja menusuk kedua-dua
belah mata anaknya, malah mulutnya turut ditusuk dengan batang penyapu
sehingga mati dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Ladang Metro
Telupid, dekat sini, malam kelmarin.
Lebih mengerikan, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mayat
mangsa dikenali sebagai Nasrul Ali, 24, turut ditusuk di beberapa
bahagian muka sehingga wajahnya sukar dicam selain beberapa tusukan di
belakang badannya dipercayai menggunakan batang penyapu sama.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang mengalami masalah mental
dikatakan berkeliaran dalam keadaan berbogel di kawasan rumah kongsi,
menyebabkan bapa mangsa yang juga seorang bomoh kampung berang lalu
menangkapnya.
Selepas itu, suspek mengheret mangsa masuk ke dalam rumah mereka sebelum bertindak kejam apabila menusuk kedua-dua biji mata anaknya itu dengan batang penyapu dan suspek turut menusuk mulut pemuda itu sehingga mati.
Selepas itu, suspek mengheret mangsa masuk ke dalam rumah mereka sebelum bertindak kejam apabila menusuk kedua-dua biji mata anaknya itu dengan batang penyapu dan suspek turut menusuk mulut pemuda itu sehingga mati.
Selepas itu, suspek yang juga bapa kandung mangsa dipercayai memandikan mayat anaknya itu menggunakan lapan biji kelapa, selain meletakkan dua biji pisang di tepi mayat anaknya.
Monday, 25 June 2012
Penampilan selebriti yang sejuk mata memandang
Sejak akhir-akhir ini kita dapati sudah ramai selebriti wanita kita
sudah mula merubah penampilan mereka ke arah yang lebih baik dan pendek kata penampilan yang sopan dan sejuk mata memandang. Alhamdulillah, moga-moga ramai lagi yang mengikuti jejak langkah artis-artis ni. Populariti artis tidak semestinya menjunam dengan penampilan sopan seperti ini malah ada yang mencurah-curah rezekinya.
Perubahan ini adalah suatu contoh yang baik bagi para peminat mereka
juga. Gaya sopan dan muslimah yang mereka bawakan sangat menarik dan
sejuk mata memandang berbeza dari sebelumnya. Bukan itu sahaja wajah
mereka juga kelihatan semakin berseri-seri sekarang. Fazurina, Farah
Asyikin, Noor Khiriah dan Abby Abadi merupakan selebriti yang telah mula
bergaya dengan penampilan baru mereka.
Aaron sah kini penduduk tetap Malaysia
POPULARITI ada habuan kepada pemiliknya. Baik atau buruk, populariti
menjadikan seseorang artis itu berada di satu tempat istimewa berbanding
artis yang kurang popular. Seperti yang berlaku kepada Aaron Aziz, 36,
sejak memenangi hati rakyat Malaysia sehingga bergelar Artis Paling
Popular 2011, apa sahaja cerita terbaharu dirinya akan mendapat
perhatian ramai.
Isu artis luar yang dibangkit oleh Zed Zaidi, kini Presiden Persatuan
Seniman Malaysia (Seniman) serta status permohonan Taraf Penduduk Tetap
(PR) selama ini menjadi dua cerita yang saling berkait dengan Aaron.
Namun, perkara itu barangkali bukanlah lagi satu beban yang merunsingkan
buat Aaron. Persoalan tentang status PR Aaron yang selama ini
dibangkitkan bukan lagi satu tanda tanya.
Pertengahan minggu lepas, satu sumber Sensasi Bintang membongkar
status permohonan PR oleh Aaron yang didakwa telah mendapat kelulusan
Kementerian Dalam Negeri (KDN). Turut dilampirkan dalam e-mel tersebut
ialah salinan kad MyPR milik isteri Aaron, Diyana Halik. Jumaat lalu,
Sensasi Bintang berjaya menghubungi Aaron Aziz untuk mendapatkan
pengesahan.
Bercakap kepada Sensasi Bintang, kata Aaron mengesahkan dia dan isterinya kini pemegang MyPR.
"Saya minta maaf kepada semua pihak kerana dari awal lagi tidak
menghebahkan kelulusan permohonan PR saya kepada umum. Saya fikir,
perkara itu tidak perlu dikecoh-kecohkan. Tetapi, apabila ada pihak yang
tidak bertanggungjawab mengirimkan salinan dokumen sulit saya itu
kepada umum, barulah saya rasa perkara itu perlu dijelaskan.
"Saya sudah memegang kad MyPR sejak awal Jun. Saya harap pengakuan
saya ini akan menjelaskan segala persoalan semua pihak," akui Aaron
setelah meneliti semula gambar kiriman e-mel sebelum memberikan
keterangan lanjut.
Ditanya mengenai proses permohonan PR olehnya yang cepat mendapat
kelulusan kerajaan Malaysia, Aaron menyerahkan perkara itu kepada pihak
KDN untuk memberikan penjelasan.
"Saya tidak rasa cepat atau lambat kelulusan permohonan itu akan
menjadi satu isu. Saya tiada hak untuk bercakap tentang rasional atau
alasan bagaimana permohonan saya diluluskan. Mungkin saya telah menepati
syarat yang ditetapkan," katanya.
Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz turut meluahkan rasa
syukur kerana berbekalkan bakat seni yang dimiliki, dia kini boleh
bekerja dan menjadi sebahagian daripada penduduk Malaysia. Dia berterima
kasih kepada semua pihak atas rezeki dan penerimaan semua terhadap
kehadirannya menjadi salah seorang pelakon di Malaysia.
Sebagai rekod, Aaron sebelum ini mendakwa Malaysia dekat di hatinya.
Itulah antara sebab mengapa pelakon yang hangat menerusi filem KL
Gangster itu memohon PR. Pelakon yang berasal dari Singapura itu memohon
taraf penduduk tetap pada Ogos 2011.
Populariti serta aura Aaron semakin mendapat perhatian usai menjulang
anugerah tertinggi dalam majlis Anugerah Bintang Popular 2011, April
lalu, nama aktor sasa Aaron hangat dengan isu PR yang dipohonnya. Isu
itu menjadi kecoh apabila kemenangan Aaron dipertikaikan Zed Zaidi yang
ketika itu bercakap atas kerusi Timbalan Presiden Seniman itu meluahkan
rasa kurang senangnya kerana pemenang anugerah berdasarkan populariti
itu dimenangi pelakon warga Singapura.
Isu itu berlarutan sehingga memaksa Aaron bercakap soal status dan
warganegara sehingga terkeluar berita bahawa permohonan PR olehnya sudah
mendapat kelulusan dan sedang menunggu waktu untuk diambil daripada
KDN. Namun, selepas berita itu disebarkan oleh portal Gua.com, Aaron
dalam satu kenyataan menafikan pengakuannya tentang kelulusan status PR
berkenaan.
"Sebelum ini orang pernah menyebarkan salinan kad pengenalan palsu
saya. Kad itu yang sengaja dicipta untuk memburuk-burukkan saya.
Sekarang salinan MyPR saya pula disebarkan. Saya rasa ini kerja orang
dalam dan saya tidak tahu apa niatnya menjadi penyebar kepada dokumen
sulit pihak lain," kata Aaron sedikit kesal tetapi berterima kasih
kepada Kosmo!
Akhiri Aaron: "Saya juga mengucapkan terima kasih kepada anda dan
Kosmo! disebabkan berusaha mendapatkan pengesahan daripada saya sendiri
dan tidak menyiarkan gambar kiriman e-mel tersebut tanpa kebenaran
daripada saya."
Sunday, 24 June 2012
Kemelut 3 artis terkenal
KUALA LUMPUR: Sengketa antara tiga pelakon wanita terkenal tanah air, Neelofa, 23, dengan Anzalna, 23, dan Tasha Shilla, 25, mula menunjukkan perkembangan positif apabila ketiga-tiga aktres itu membayangkan hasrat untuk berdamai.
Walaupun meletakkan syarat, tindakan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) selaku orang tengah menemui ketiga-tiga pelakon muda terbabit untuk mendapatkan penjelasan ternyata membuahkan hasil apabila masing-masing bersetuju untuk segera menyelesaikan kemelut itu.
Walaupun meletakkan syarat, tindakan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) selaku orang tengah menemui ketiga-tiga pelakon muda terbabit untuk mendapatkan penjelasan ternyata membuahkan hasil apabila masing-masing bersetuju untuk segera menyelesaikan kemelut itu.
Pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor (Lofa), 23, ketika dihubungi Metro Ahad berkata, dia tiada masalah untuk mengakhiri persengketaan itu dengan syarat tuntutannya dipatuhi.
Bagaimanapun, katanya, dia belum menerima maklum balas notis tuntutan bukti yang dihantar peguamnya kepada Anzalna walaupun tempoh seminggu yang diberikannya berakhir Selasa lalu.
Lofa menerusi peguamnya pada 13 Jun lalu, menghantar notis menuntut Anzalna menunjukkan bukti terhadap dakwaan buruk mengenai dirinya yang disiarkan sisipan sebuah akhbar. Dalam kenyataan itu, Anzalza didakwa menudu Lofa memburukkan keluarganya menerusi laman sosial facebook, mewujudkan satu akaun bertajuk Kami Benci Anzalza dan mendakwa pelakon utama filem Azura itu busuk hati dengan memburukkan dirinya sewaktu dan selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja.
Menjelaskan lebih lanjut, Lofa mengakui pihak seniman menemuinya untuk mengadakan perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbul. "Mereka memberikan sedikit maklumat membabitkan Anzalza. Bagaimanapun, setakat ini tidak ada perkara yang dapat saya sahkan kerana ada yang perlu diteliti terlebih dulu sebelum saya membuat keputusan.
Lofa menerusi peguamnya pada 13 Jun lalu, menghantar notis menuntut Anzalna menunjukkan bukti terhadap dakwaan buruk mengenai dirinya yang disiarkan sisipan sebuah akhbar. Dalam kenyataan itu, Anzalza didakwa menudu Lofa memburukkan keluarganya menerusi laman sosial facebook, mewujudkan satu akaun bertajuk Kami Benci Anzalza dan mendakwa pelakon utama filem Azura itu busuk hati dengan memburukkan dirinya sewaktu dan selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja.
Menjelaskan lebih lanjut, Lofa mengakui pihak seniman menemuinya untuk mengadakan perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbul. "Mereka memberikan sedikit maklumat membabitkan Anzalza. Bagaimanapun, setakat ini tidak ada perkara yang dapat saya sahkan kerana ada yang perlu diteliti terlebih dulu sebelum saya membuat keputusan.
Saturday, 23 June 2012
Kami masih tidur sekatil
PETALING JAYA: Selepas berbulan berdiam diri, akhirnya suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin tampil menjelaskan mengenai desas-desus kononnya dia berkahwin dua dan menafikan segala cerita itu. “Demi Allah, isteri saya hanya Erra seorang. Kalau betul saya kahwin lagi, mestilah sekarang sudah ada gambar-gambar upacara itu dikeluarkan di Internet.
“Saya pernah dengar pasal gosip ini sejak tahun lalu, tetapi saya anggap ia tidak serius dan sebahagian mainan dunia hiburan.
“Tetapi lama-kelamaan ia semakin besar dan saya ingin jelaskan yang gosip saya menduakan Erra sama sekali tidak betul. Yang penting Erra, keluarga saya, keluarga mentua tahu perkara sebenar.
“Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil,” kata Emran. Menurut Emran yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MalaysianDigest.Com selama ini bukan beliau melarikan diri daripada media, malah beliau mempunyai ruang untuk menjelaskan gosip itu menerusi akaun twitter dan blognya. Bagaimanapun, beliau tidak berbuat begitu kerana tidak mahu melayan gosip berkenaan.
"Tetapi saya perlu jelaskan sekarang sebab saya juga kasihankan Erra yang terpaksa berhadapan dengan pihak media saban minggu dan diajukan soalan mengenai rumah tangga," katanya. Dalam pada itu , Emran percaya ada pihak yang mahu memisahkan mereka berdua tetapi, katanya, beliau sedia maafkan. Saya maafkan dia tetapi harap dia meminta maaf dengan Allah atas apa yang dilakukannya," katanya.
Engku Emran dan Erra Fazira bernikah pada 10.10.2007 dan dikurniakan seorang anak, Engku Eleesya, 3.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















































