Wednesday, 31 October 2012

Objek aneh pusing bulan

Sibu: Kemunculannya menimbul tanda tanya kerana ia kelihatan seperti titik hitam yang bergerak perlahan-lahan seakan mengelilingi bulan. Kemunculan objek aneh itu dirakam seorang jurugambar profesional, Justani Joni, 54 , yang menyedari sesuatu apabila terpandang bulan mengambang penuh ketika berada kediamannya di Jalan Hulu Sungai Merah di sini, kelmarin. Justani yang juga Setiausaha Majlis Daerah Luar Sibu (MDLS) memberitahu, objek aneh itu muncul secara tiba-tiba jam 8.30 malam sebelum hilang hampir 40 minit kemudian.


"Memang menjadi hobi saya jika cuaca baik saya akan merakam gambar bulan terutama ketika ia mengambang penuh. "Namun, malam tadi (kelmarin) saya terkejut apabila mendapati kemunculan satu objek hitam yang bergelak mengelilingi bulan. Saya tidak tahu sama ada ia kapal terbang atau benda lain," katanya. Dalam pada itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Malaysia (USM), Profesor MAdya Chong Hun Yew ketika di hubungi berkata, berdasarkan pemerhatian awal ke atas gambar yang dihantar menerusi e-mel kepada beliau, kemungkinan objek pegun di angkasa.

Thursday, 25 October 2012

Gambar Bakal isteri Khairul Fahmi, Apek

Nampaknya khabar gembira sudah semakin hampir. Teka-teki mengatakan pasangan ini akan berkahwin pada hujung tahun ini semakin terjawab. Melalui laporan Kosmo! hari ini, Khairul Fahmi & Leuniey, 21, bakal bernikah diantara 28 Disember sehingga awal Januari 2013. Berita gembira ini dikongsi oleh bapa Apek, Che Mat Hussain yang turut menjelaskan bahawa tarikh sebenar akan diputuskan oleh Khairul Fahmi sendiri.






Tarikh sebenar akan diputuskan oleh anak saya selepas beliau pulang daripada latihan dengan skuad kebangsaan. Harapan kami perkahwinan ini akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak saya,” jelasnya.

Berbalik pada Leuniey, gadis cantik berusia 21 tahun ini haruslah dicontohi oleh ramai orang muda. Disebalik segala kontroversi yang berlaku, Leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha Nazri merupakan seorang pemilik butik pengantin dan tidak hairanlah jika kita lihat Leuniey rapat dengan Ezuwan Ismail, seorang pereka fesyen yang hebat.

Sunday, 21 October 2012

Rumah yang canggih

Rumah ini dielar "The Subterranean Mansion" dan terletak di England. Ianya untuk di jual dengan harga 2,000,000 uero. Rumah ini tidak terlalu besar dan ada beberapa bilik tidur tetapi rekaan rumah ini membuatkan anda teruja dengan rekaan inovatif dan canggih. Kalau anda lihat pada gambar terdapat satu lorong di bilik tidur rumah ini. Lorong apakah itu? Saksikan gambar seterusnya..mesti anda terpeun dengan rekaan seni bina kreatif ini.








Wanita paling fleksibel

Beberapa cara untuk meningkatkan fleksibiliti badan contohnya melalui senaman Yoga, Pilates, Ballet, Tai Chi, seni mempertahankan diri dan berenang. Orang-orang dalam gambar-gambar berikut seolah-olah secara semulajadi berbakat nak berkebolehan melentur tubuh secara maksima.


















Thursday, 18 October 2012

Menjadi bapa pada usia 96 tahun

KHARKHODA (India): Seorang petani menjadi bapa paling tua di dunia, sekali gus memadamkan rekod yang diciptanya dua tahun lalu.Ramjeet Raghav, 96, berada di sisi isterinya, Shakuntala, ketika wanita terbabit melahirkan anak kedua mereka, Ranjeet, seberat kira-kira dua kilogram, bulan lalu.

                                   RAMJEET ditemani Shakuntala dan dua anak mereka.

Bekas ahli gusti itu mencipta rekod dunia pada 2010 apabila Shakuntala dikatakan berusia 60 tahun melahirkan anak sulung mereka, Vikramjeet.Tahun lalu, Ramjeet berkata, menjadi bapa amat memenatkan dan dia tidak bercadang mendapatkan anak kedua walaupun sebelum itu mengakui mengadakan hubungan seks tiga kali setiap malam dengan isterinya. Namun, semalam, Ramjeet berkata, dia berasa amat bertuah dikurniakan anak kedua.


“Ia memang mencabar tetapi saya tetap gembira,” katanya. Keluarga itu tinggal di sebuah pondok dua bilik di Kharkhoda. Hasil pekerjaannya sebagai petani, Ramjeet memperoleh pendapatan kira-kira RM200 sebulan. Ramjeet mendakwa amalannya memakan susu, mentega dan badam membantunya menjadi awet muda.

“Saya sangat berkemampuan mendapatkan lebih ramai anak,” katanya.Namun, kata Ramjeet, dia meminta isterinya mengambil langkah perlu bagi menghalang kehamilan.

“Saya mahu anak-anak saya bersekolah dan berjaya.“Jika ada anak lagi, saya tak berkemampuan membiayai mereka,” katanya

Wednesday, 17 October 2012

Hanya berlaku di Malaysia

Kejadian ini berlaku hanya di Malaysia dan mungkin menjadi rekod pertama dan bersejarah buat pemandu tersebut. Kejadian ini dilaporkan berlaku berhampiran Mesiniaga, Shah Alam.



Monday, 15 October 2012

Berjumpa dengan keluarga tertinggi di India

Keluarga Kulkarnis adalah keluarga tertinggi di India merupakan rekod dunia yang di pegang. Ahli keluarga ini tergolong dengan ahli keluarga yang mempunyai ketinggian yang luar biasa sehingga mereka mengalami kesukaran untuk menggunakan kemudahan awam seperti bas dan sebagainya.Kulkarni,52 yang mempunyai ketinggian 7 kaki 1.5 inci dan isterinya, 46 dengan ketinggian 6 kaki 2.6 inci. 





Kedua-dua anak perempuan beliau ingin menjadi seorang model. the Kulkarnis berasal dari Bandar Pune. Dengan jumlah ketinggian keluarga mereka ialah 26 kaki sekali gus memegang rekod dunia dengan jumlah ketinggian yang paling tinggi. Pasangan kulkarni memegang pasangan bercinta yang mempunyai ketinggian yang luar biasa dan berkahwin pada tahun 1989. Setahun selepas itu mereka memegang rekod pasangan suami isteri yang paling tinggi di India.

Lego Colosseum

Dengan menggunakan 200,000 bata Lego untuk membina model, yang merangkumi separuh dalam bentuk semi siap menunjukkan reka bentuk asal Rom Colosseum dibina sekitar tahun 80 Masihi. Model adalah sangat terperinci dan juga menunjukkan pelancong yang berlegar-legar serta patung, dan taman-taman mini haiwan. Pembina berkata cabaran membuat sesuatu yang berbentuk bujur dan untuk menghasilkan bata persegi adalah 'sukar dibayangkan'.







Saturday, 13 October 2012

Jangan buang barang dari Helikopter, semut bisik gajah pon pengsan

Tiga orang di dalam helikopter yang sedang terbang di udara.
Orang pertama menggigit sebuah epal. Dirasakan terlalu manis, ia melemparkan epal tersebut keluar.
Orang kedua menggigit jeruk, tapi kerana terlalu masam, ia pun membuangnya keluar.
Orang ketiga menggigit bom tangan dan kerana terlalu keras, ia pun melemparnya keluar.


Ketika heli mendarat, ketiga orang tersebut berjalan bersama-sama.
Mereka bertemu dengan seorang budak perempuan yang sedang menangis.
“Kenapa menangis?” tanya mereka.
“Sebiji epal jatuh dari langit, menimpa anak kucingku, dan mati, hu.hu.hu.”
Mereka pun meneruskan perjalanan dan bertemu dengan seorang budak lelaki yang sedang menangis.
“Kenapa menangis?” tanya mereka.
“Sebiji jeruk jatuh dari langit, menimpa anak arnab saya, terus mati, hu.hu.hu.”
Akhirnya mereka bertemu dengan seorang perempuan gemuk yang ketawa terbahak-bahak sambil membongkok.
“Makcik, kenapa tertawa?” tanya mereka.
“Tadi itu, saya kentut. Tiba-tiba bangunan di belakang saya terus meletup ha..ha..ha..”

Suatu hari seekor semut datang ke seekor gajah jantan
dan kemudian semut membisikkan sesuatu ke telinga si gajah.
Setelah mendengar apa yang dikatakan oleh semut, tiba-tiba gajah pengsan!!!
Pelik?
Apa yang semut bisikkan tadi?
Rupanya semut bisik ke telinga gajah …Aku mengandung dan kau adalah bapaknya.

Trailer Lagenda Budak Setan 2 Katerina

Bagi para peminat novel tulisan Ahadiat Akashah, “Lagenda Budak Setan” pasti adalah satu tajuk yang sudah biasa anda dengar, kan? Jika pada tahun 2010, sebuah filem telah diadaptasi melalui novel pertama “Lagenda Budak Setan”, kini selepas 2 tahun, sekuel terbaru berjudul “Lagenda Budak Setan 2 – Katerina” pula bakal menemui anda di pawagam pada bulan November ini.








Dilancarkan 3 hari lepas (10 Oktober) di laman Youtube, filem sekuel ini mengisahkan tentang kehidupan Kasyah lakonan Farid Kamil selepas kematian Ayu pada episod sebelumnya. Kasyah bakal bertemu dengan Katerina lakonan Maya Karin, seorang gadis yang telah mencuri hati Kasyah.

Watak Katerina yang dipegang oleh Fazura dalam Lagenda Budak Setan telah digantikan oleh Maya Karin untuk sekuel terbaru, Lagenda Budak Setan 2. Farid Kamil masih memegang watak sebagai Kasyah, dan Bront Palare juga dimasukkan dalam sekuel ini untuk watak Hisham.

Ada yang tertanya-tanya, mengapakah Fazura digantikan dengan Maya Karin? Ada yang berpendapat, mereka sudah hilang minat untuk menonton Lagenda Budak Setan 2 kerana tiada kesinambungan untuk watak penting seperti Katerina. Kata mereka, nanti confuse.

Menurut sumber, Fazura tidak dapat memberikan komitmen untuk Lagenda Budak Setan 2 ekoran pertindihan kerja dengan tawaran yang lain. Jadi, produser terpaksa menggunakan Maya Karin untuk memegang watak Katerina. Menurutnya lagi, peminat harus faham bahawa Lagenda Budak Setan 1 telah menjalani rakaman kira-kira 2 tahun lepas.

Walaupun ada peminat yang kecewa, tapi kami rasa Maya Karin boleh memegang watak ini dengan jayanya. Pakej rupa & populariti Maya Karin tidak boleh dipandang enteng. Sudah tentu, produser filem telah mengambil kira pelbagai aspek sebelum mengambil Maya Karin sebagai Katerina.

Jujur kami katakan, dulu jika anda mahu rasa ‘feeling’ bercinta, anda boleh baca novel tulisan Ahadiat Akashah. Tapi sekarang, tunggu filem sahaja. Mari tonton trailer rasmi “Lagenda Budak Setan 2 – Katerina” berdurasi 3.27 minit selepas ini ya!