Kehidupan cinta Fouziah Gous sememangnya penuh dengan ranjau. Sebelum ini Fouziah pernah digosipkan bercinta dengan seorang VVIP. Malah rakan baiknya, Iqram Dinzly juga pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengannya. Senang cerita, tak putus-putus nama yang dikaitkan dengan si jelita ini. Namun akhirnya identiti jejaka yang berjaya mencuri hati Fouziah Gous dikongsi juga olehnya menerusi Instagram baru-baru ini. Nama si jejaka ini ialah Zhafran Yusof dan berumur 30 tahun. Mereka berdua telah pun menjalani kursus kahwin baru-baru ini dan bakal bertunang pada bulan Mei atau Jun ini.
Fouziah Gous hari ini bercerita panjang lebar mengenai hubungannya dengan Zhafran menerusi Harian Metro. Kata Fouziah Gous:-
Baru sekarang saya meletakkan gambar saya dan teman lelaki (Zhafran) dalam Instagram iaitu selepas kami menghadiri kursus perkahwinan baru-baru ini. Sebelum ini bukan niat saya mahu menyembunyikan hubungan kami, tetapi sealgi tiada yang pasti, saya tak mahu heboh.
Selama ini orang selalu menuduh saya berkawan dengan orang itu dan ini. Malah, ada juga ketika saya sedang berkawan dengan orang lain, nama orang lain pula yang naik. Tak pasal-pasal saya menjadi mangsa fitnah sehingga ada yang menuduh saya kononnya sudah berkahwin dengan seorang individu dan mereka ternampak saya dan “suami” meninjau rumah baru kami yang dalam pengubahsuaian.
Semua cerita itu mengarut. Oleh itu untuk berlaku adil terhadap Zhafran, saya paparkan gambar kami berdua dalam Instagram supaya peminat dan masyarakat tahu dialah calon suami saya.
Sebaik saja saya gambar itu dimuatkan dalam Instagram, ramai yang cuba menghubungi saya termasuklah rakan media. Dengan paparan gambar itu, saya berharap lenyaplah segal spekulasi siapa yang bertakhta di hati saya ketika ini. Zhafranlah orangnya dan bukan juga seorang VIP seperti yang disangkakan selama ini.
Saya lebih suka bercinta selepas berkahwin untuk mengelakkan berlakunya perkara yang kurang manis dan melanggar batasan agama. Tak bagus saya keluar Zhafran tanpa sebarang ikatan. Insya-Allah majlis perkahwinan dan persandingan kami pun akan disegerakan.