Gembira nampaknya Fasha Sandha selepas melahirkan anak pertamanya. Sedar tak sedar sudah masuk hari ke-10 Putra Rayfal Ramli menyedut udara dunia ini semenjak ia dilahirkan pada 15 April yang lalu. Fasha telah memuatnaik beberapa keping gambar dia dan Jejai membawa anak lelaki mereka itu untuk menjalani medical check-up buat kali pertama ke sebuah hospital di ibukota.