Sunday, 26 May 2013

Gambar Pernikahan Ke 3 Ustaz Azhar Idrus

Tahniah ustaz Azhar idrus berkahwin lagi, dgn isterinya Izyan.

Baraka Allahu Lakuma..
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير  
' Tuhan memberkati bagi anda dan memberkati kalian berdua dan menghimpun dalam kebaikan' 








Terkejut juga bila terlihat info di sebuah portal Ustaz Azhar Idrus dikatakan telah selamat bernikah untuk perkahwinan ke 3 beliau. Tak banyak info mengenai perkahwinan beliau yang ke 3 ini. Apapun tahniah diucapkan kepada Ustaz Azhar Idrus, semoga berbahagaia sepanjang hayat dan dimurahkan rezeki selalu. Insyaallah. Dari sumber yang diperolehi Ustaz melangsungkan pernikahannya pagi tadi 26 Mei 2013.


Sebagai tambahan informasi, kedua-dua isteri UIA memakai niqab (rujuk gambar di atas) . Isteri pertama bernama Rogayah Binti sulong (gambar paling kiri) berumur 42 tahun. Isteri kedua UAI pula bernama Wan Halimatun Nisa' Binti Wan Mohd Nor (gambar sebelah kanan) berusia 26 tahun.

Kenapa Lelaki idak suka wanita yang kuat merajuk?

Merajuk-memujuk adalah antara satu cara untuk merapatkan hubungan lelaki dan perempuan. Tetapi awas, terlalu suka merajuk juga akan membuatkan lelaki tidak suka pada perempuan tersebut.

Berikut adalah sebab kenapa lelaki tidak suka kepada perempuan yang terlalu suka merajuk.


1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana sahaja yang boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

Saturday, 25 May 2013

Catman Datang menyelamatkan Kucing

"Saya menganggap diri saya sebagai penyelamat kucing dan terus mencari haiwan berkenaan setiap hari untuk diselamatkan supaya tidak berterusan menjadi mangsa kekejaman manusia". kata pemilik Taman Perlindungan Kucing, Tengku Lukmannadzira Tengku Hussin, 49. Tengku Lukmannadzira yang turut digelar "Catman" serta Tengku Man oleh segelintir individu yang tahu dengan sikap prihatinnya itu, membuka pusat penjagaan kucing terbiar sejak lima tahun lalu dan ilham untuk membuat demikian kian timbul atas dasar kasihan melihat kucing terbiar serta dibuang pemiliknya.




"Kucing antara binatang paling hampir dengan manusia dan sepatutnya kita menjaganya dengan penuh kasih sayang bukannya menyeksa serta mencederakannya. "Ini kerana kebanyakkan kucing yang saya temui mempunyai kesan kecerderaan teruk. Ada sesetengah daripada haiwan berkenaan patah kaki depan atau belakang akibat dipukul atau dilanggar kenderaan," katanya ketika ditemui disini semalam.

Catman mendakwa, sertakat ini dia sudah menyelamakan hampir 100 kucing dan kebanyakkannya ditemui di pasar, deretan kedai dan tepi jalan. Katanya, ada antaranya kucing itu turut diambil daripada rumah tuannya kerana dibiarkan dalam keadaan menyedihkan tanpa penjagaan yang sempurna. "Saya nekad mengambil kucing itu walaupun terpaksa membayar sejumlah wang kepada pemilik asalnya kerana tidak sanggup melihat keadaannya yang sangat teruk dengan kesan luka di badan manakala fizikalnya kurus kerana dikurung serta tidak diberi cukup makan.

Catman berkata, kucing yang diambil itu diberikan penjagaan sempurna termasuk rawatan di pusat penjagaan bersebelahan rumahnya di Kampung Mengkasar. "Kos membina taman kucing ini bernilai RM 50,000 dan ia dilengkapi taman, empat buah rumah untuk kucing terbabit berlindung dan satu bilik khusus untuk rawatan. Namun ia masih tidak mencukupi bagi menampung bilangan kucing yang semakin bertambah dan saya bercadang membina di kawasan yang lebih luas dan jauh daripada perumahan," katanya. Dia juga melahirkan rasa gembiranya apabila permohonannya memperoleh tanah di Pulau Keladi, di sini, bagi membina pusat penjagaan kucing yang lebih luas diluluskan Pejabat Tanah dan Galian negeri.

'Pekan bakal mempunyai daya tarikan terbaru kepada pelancong dalam dan luar negara iaitu taman kucing yang bakal dibina selewat-lewatnya Julai ini dengan peruntukan hampir RM 5 juta. Saya berharap orang ramai termasuk Badan Bukan KErajaan (NGO) tampil memberikan sokongan terhadap inisiatif unutk membina pusat ini supaya lebih banyak kucing terbiar dapat diselamatkan nanti.," katanya.

Kepala tertusuk gunting

Miri: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun bertarung nyawa lebih lima jam apabila sebilah gunting tertusuk di kepalanya sedalam tiga sentimeter, akibat perbalahan antara ibu dan bapanya, awal pagi semalam.

Kejadian jam 3 pagi itu berlaku selepas cubaan ibu kanak-kanak itu menyerang bapanya menggunakan gunting tersasar, sebaliknya mengenai kepala mangsa yang ketika itu sedang tidur.


Sebelum itu, pasangan berusia 30-an itu bertengkar di rumah mereka di Jalan Tanjung Miri, di sini kerana si isteri berkenaan menuduh suaminya menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

Sumber berkata, ketika kejadian pasangan terbabit juga dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol menyebabkan masing-masing enggan beralah dan kemuncaknya wanita terbabit cuba menikam suaminya menggunakan sebilah gunting.

MANGSA bernasib baik kerana gunting itu tidak mencederakan otaknya. Menurutnya, pertengkaran yang pada mulanya berlaku di ruang tamu itu berlarutan sehingga ke bilik tidur sebelum wanita terbabit menyerang suaminya dengan gunting. " Bagaimanapun, lelaki itu mengelak menyebabkan gunting berkenaan tersusuk di kepala  anak perempuan mereka yang tidur. "Panik dengan kejadian itu, suami terbabit membawa mangsa ke Hospital Miri sebelum membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri," katanya. Sementara itu, jurucakap Hospital Miri berkata, mangsa kini dalam keadaan stabil dan pihaknya sudah melakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkan gunting berkenaan daripada kepala mangsa.

Menurutnya, mangsa bernasib baik kerana gunting itu tidak mencederakan otaknya bagaimanapun dia terpaksa di tahan di hospital selama beberapa hari untuk rawatan dan pemerhatian lanjut. Dalam pada itu, jurucakap polis berkata, pihaknya sudah menerima laporan kes berkenaan dan ibu mangsa ditahan bagi membantu siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 325 kanun Keseksaan.

Sunday, 19 May 2013

Eja kini Bertudung

Alhamdulillah. Seorang demi seorang artis tanah air kita kian berubah. Kini yang terbaru Eja Bertudung Selepas Pulang Dari Umrah selebriti wanita ini mengambil keputusan untuk berhijrah dan memakai tudung sepenuhnya. Terbaru, Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah telah pun berbuat demikian selepas pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini.


Sebenarnya saya berhajat ingin memakai tudung selepas usia memasuki 40 tahun tetapi hasrat itu terkubur kerana kesibukan saya. Tahun ini, saya berpeluang membuat umrah sekali lagi dan Alhamdulillah apabila balik ke sini saya tidak mahu membuka tudung lagi. 

Saya tidak putus-putus berdoa dan Alhamdulillah berkat petunjuk daripada Allah, saya langsung tidak mahu membukanya lagi. Tetapi, saya tidak mahu bercakap lebih banyak kerana saya baru pulang ke sini. Semoga Allah permudahkan dan menetapkan hati saya untuk terus membawa kebaikan ini.













Rumah mudah alih paling mewah

Rumah mudah alih atau bergerak ini direka oleh syarikat yang diberi nama Mrshy Mobile. Dilengkapi dengan bilik tidur, bilik mandi, balkoni dan lain-lain kemudahan termasuk televisyen berukuran 40-inci yang nyata cukup mewah. Dengan kelengkapan tersebut dan dari gambar yang akan anda lihat pada post ini, tidak hairanlah harganya mencecah kira-kira tiga juta dolar dan kini direkodkan sebagai rumah bergerak paling mahal di dunia.









Thursday, 16 May 2013

13 Fakta yang mungkin anda tidak ketahui

Tahukah anda perkara-perkara dibawah ini, mungkin ada yang kita tidak ketahui.

1.Kucing hitam begitu banyak sekali didalam mitosnya. Banyak negara di barat mengaitkan dengan kejahatan dan keburukan di kalangan orang melayu kita di Malaysia juga tidak terlepas daripada anggapan tersebut. Tetapi di Jepun dipercayai lebih pembawa keuntungan.


2. Dolfin tidur menutup sebelah mata sementara mata sebelahnya tetap terbuka.

3. Sebuah kapal tanker yang penuh muatan dan melaju pada kelajuan normal, memerlukan masa 20 minit baru boleh berhenti. Contoh: seandainya kelajuan tanker tersebut 80 km / jam, maka hitung sendiri berapa jauh akan tetap melaju sebelum akhirnya berhenti apabila nakhoda berupaya menghentikannya.

4.Katak jenis "Bullfrogs" tidak pernah tidur sepanjang hidupnya

5. Kilat di Dunia seluas terjadi Kira-Kira 8 MPSM kali dalam sehari.

6. Rata-rata, Kira-Kira hanya 11% bahagian berhala dan Benua yang ada di bumi ini digunakan untuk Pertanian.

7. Bilangan ayam di bumi ini jauh lebih banyak dibanding populasi manusia.

8. Manusia lahir dengan 300 susunan tulang, namun bila bertumbuh membesar dewasa jumlahnya akan berkurang hingga tertinggal 206 tulang saja. Kenapa? Kerana ada beberapa bahagian yang telah bersatu menyatu.

9. Bilangan kanguru di Australia kadangkala lebih banyak dari populasi manusia di Benua tersebut. Pecahan Kira-Kira 02:01

10. Kupu-kupu merasa manisan bunga dengan giginya

11. Kura-kura boleh bernafas dengan bahagian belakang tubuh mereka

12. Baik berlari mahupun jalan kaki, kita akan membakar 1000 kalori setiap batu.

13. Massa otak manusia hanya 2% daripada keseluruhan massa tubuh. Tetapi mengambil 20% oksigen dan kalori daripada jumlah keseluruhan keperluan tubuh.

Saturday, 11 May 2013

Bagaimana ‘Nozzle’ Pam Petrol Tahu Tangki Penuh?

Hari hari kita isi minyak di stesen minyak. Tapi bagaimana sebenarnya ‘nozzle’ atau picu pam minyak yang kita gunakan semasa isi minyak tahu bahawa tangki dah penuh? Ada dua saluran (valve) iaitu saluran utama yang dilalui oleh petrol untuk masuk ke dalam tangki dan satu saluran halus yang mempunyai pelampung udara. Prinsip Bernoulli digunakan apabila udara didalam dikeluarkan sehingga menjadi vakum. Apabila tiada udara di dalam tangki dan pelampung tadi akan menghentikan saluran utama.


Tak percaya esok masa isi minyak, tengok ada berapa saluran :)

Gadis Korea pilihan Jehan Miskin

Jehan Miskin sah bergelar suami kepada Julie Kamelia Rhee dengan dua kali lafaz sekitar dengan mas kahwin (mahar) RM12,000 tunai. Kehadiran para tetamu memenuhi ruang Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur bagi memriahkan lagi majlis pernikahan Jehan Miskin & gadis pilihan beliau berasal dari Korea.