Diantara gambar di sekitar majlis pernikahan Irma Hasmie dan pasangannya Reza. Pasti ramai yang teruja untuk melihat kecantikan, keanggunan, kekacakan dan ketampanan pasangan pengantin baru ini. Mengenakan busana pengantin daripada Hatta Dolmat, ternyata Irma Hasmie dan Reza Syah memang sama cantik sama padan. Bagai pinang dibelah dua. Jutaan tahniah sekali lagi kepada Irma dan Reza Syah atas pernikahan mereka berdua. Majlis persandingan yang akan berlangsung di MAEPS 1 Julai ini pasti akan lebih meriah.
Friday, 29 June 2012
Memey hamil 6 minggu
KUALA LUMPUR: “Ketika pemeriksaan kali pertama dibuat di farmasi
empat hari lalu, saya seperti tidak percaya selepas diberitahu
mengandung enam minggu,” kata pelakon, Suhaiza Suhami atau Memey
Suhaiza, 24.
Dia mengakui kurang percaya dengan pemeriksaan pertama itu dan
menjalani ujian kedua di sebuah klinik kelmarin dan memang sah isteri
pelakon Norman Hakim itu berbadan dua.
Kedua-dua pasangan
itu bernikah 24 September tahun lalu di kampung halaman Memey di Felda
Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
Menurut Memey, selepas tamat penggambaran drama Jerangkap Cinta di
ibu kota, Selasa lalu, dia singgah di sebuah farmasi berikutan mahu
melakukan pemeriksaan sama ada mengandung atau sebaliknya.
“Tanpa ditemani suami (Norman), saya beranikan diri ke sana. Pada mulanya saya hanya suka-suka, tetapi selepas pemeriksaan dibuat saya terkejut apabila dimaklumkan mengandung,” katanya.
Menurutnya, mendengar perkhabaran itu, dia pulang ke rumah dan memberitahu berita gembira berkenaan kepada suami sebelum pemeriksaan kali kedua dijalankan di sebuah klinik di Taman Melawati, Ampang, kelmarin.
“Hasil daripada pemeriksaan seterusnya mengesahkan saya benar-benar
mengandung. Alhamdulillah, saya gembira dengan berita itu dan ia cukup
mendebarkan,” katanya.
Wednesday, 27 June 2012
Pantai ajaib di California
Semasa penduduk awal abad ke-20 Fort Bragg, California memilih untuk melupuskan sisa mereka dengan melemparkan cenuram di atas pantai. Objek tidak terlalu toksik atau terlalu besar sebagai perkakas rumah, kereta, dan semua perkara sampah dibuang ke dalam ombak terhempas di bawah, akhirnya menjadi tempat pembuangan sampah.
Pada tahun 1967 Lembaga Kualiti Air Pantai Utara menutup kawasan tersebut dan telah memulakan satu siri pembersihan untuk menamatkan kerosakan pencemaran dan alam sekitar secara berperingkat. Tetapi ada satu perkara yang ajaib berlaku, kehadiran berjuta-juta shards kaca kecil disertai dengan ombak. Dari masa ke masa ombak lautan, membersihkan pantai, menukarkan pasir menjadi berkilauan, pelbagai warna batu kaca licin yang kini dikenali sebagai Pantai Kaca. Pantai kini merupakan tarikan pelancong tidak rasmi dan yang California Sistem Taman Negeri telah pergi setakat membeli harta dan menggabungkan ia ke dalam sekitar Taman Negeri MacKerricher.
Tuesday, 26 June 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)