Inilah salah satu persimpangan paling sibuk dan terbesar di Shanghai
yang memenuhi keperluan beribu-ribu kenderaan setiap jam. Ia mempunyai
lima tingkat jambatan yang membantu menyambung antara dua lebuh raya
yang sibuk di bandaraya itu, mengarah kenderaan tanpa banyak kekecohan.
Persimpangan ini dinamakan The Puxi Viaduct, Shanghai.
Sunday, 31 March 2013
Saturday, 30 March 2013
2 artis selamat lahirkan Putera sulung mereka
Alhamdulillah dan Tahniah! diucapkan buat pasangan Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah
Azmeer yang telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka sekitar
jam 8.51 pagi semalam. Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh suami Irma sendiri menerumi laman Twitternya selepas kelahiran anak sulungnya itu.
Dalam pada itu, beberapa jam sebelum menerima kelahiran pertama
mereka, Redza telah sempat mengucapkan kata-kata semangat dan dorongan
buat isterinya yang tercinta menerusi laman Twitter.
Selain daripada Irma Hasmie dan Redza, hari ini juga merupakan hari
gembira buat pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Kira-kira jam 2.17
petang tadi, Zaquan telah berkongsi berita gembira yang isterinya telah
pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
Ayu Raudhah telah melahirkan putera sulungnya ini di Hospital
Columbia Asia di Johor. Jutaan tahniah diucapkan buat mereka berdua.
Cepat-cepatlah kongsi gambar si comel anda. Pasti ramai yang tak sabar
untuk melihat.
Selepas ni sama-sama la kita nantikan kelahiran anak Fasha Sandha pulak..kemungkinan besar anak lelaki juga.
Cubaan Model terkenal susukan anak lembu
BRAZIL – Seorang model dari Brazil,
Sabrina Boing Boing, mencetuskan kontroversi dan kejutan di negara
berkenaan apabila dia memuat naik gambar dia cuba menyusukan seekor anak
lembu dalam Instagram. Bagaimanapun percubaan Boing Boing itu tidak berjaya.
Ini kerana sukar bagi anak lembu berkenaan untuk menghisap susunya.
Tindakan model yang menggelar diri sebagai pencinta binatang tersebut bagaimanapun dikutuk oleh penduduk Brazil. Mereka menyifatkan perbuatannya itu sebagai menjijikkan dan `sakit’.
Namun tidak kurang pula yang berpendapat anak lembu itu sebagai bertuah. Ini bukan kali pertama Boing Boing melakukan perbuatan yang menyebabkan orang ramai memandang sinis kepadanya.
Minggu lepas, Boing Boing memuat naik gambar dia sedang memberi makan kepada burung unta dalam Instagram. Dalam gambar berkenaan, Boing Boing meletakkan buah di celah payu daranya sebelum memberi makan kepada burung unta tersebut. Bagaimanapun nampaknya Boing Boing atau nama sebenarnya Sabrina Almeida gembira dengan kontroversi yang diraihnya itu. “Ada sesetengah perkara tidak perlu masuk akal, ia berbaloi,’’ katanya.
Pusara Seniman Agung P. Ramlee Musnah Teruk
Semalam menerusi rancangan Gala TV
siaran Astro Awani ada menyiarkan sedutan mengenai pusara seniman agung
Allahyarham P. Ramlee yang musnah teruk dalam satu kejadian yang berlaku
sekitar petang semalam.
Namun begitu, menurut presiden Seniman
Malaysia, Zed Zaidi, dia sendiri belum tahu apakah punca sebenar
kemusnahan tersebut dan akan cuba menyiasat punca berkenaan sebelum
mengambil sebarang tindakan. Dalam kejadian yang sama, pusara yang turut musnah adalah pusara seniwati Saloma dan A.R Tompel. Apa-apa pom saya mohon sama-sama la kita doakan kesejahteraan roh dan semoga dia tenang di sana. Jangan la jajikan berita ini satu spekulasi buruk untuk arwah..aminn
Monday, 25 March 2013
Wallpaper Wajah terbaru Alizee
12 tahun? Bunyinya seperti penyanyi kelahiran Perancis ini sudah tua kan? Yang kami maksudkan dengan 12 tahun ialah perubahan Alizee selepas
pernah popular dengan muzik video dan juga lagu berjudul ‘Moi Lolita’.
Ketika penyanyi ini muncul dengan muzik video tersebut, usianya baru
sahaja mencecah 16 tahun dan dia menjadi tumpuan ramai serta perhatian
pengkritik-pengkritik muzik luar negara.
Selain dari video ‘Moi Lolita’, penyanyi ini juga mencuri perhatian
dengan persembahan secara ‘live’ yang telah dirakamkan untuk lagu ‘J’en
Ai Marre’ dan juga dikenali ramai dengan lagunya, ‘La Isla Bonita’.
Namun, apakah perubahan wajah dan penampilan pada penyanyi berusia 28 tahun ini?
Orang Arab paling kaya
Setiap orang sudah pastinya memasang impian untuk menjadi kaya. Tidak menjadi kaya tidak mengapa, asalkan hidup senang dan hidup dalam keadaan tidak berhutang. Selalu kita disajikan dengan kekayaan Sultan Brunei serta kekayaan orang Barat. Jarang sekali kita mendengar kisah kekayaan dari orang Arab. Jadi, aku nak berkongsi mengenai kisah kekayaan yang dimiliki oleh Al Walid, orang terkaya di negara Arab.
Selama 20 tahun lebih, tak ada yang boleh mengalahkan kekayaan Al Walid bin Talal bin Abdulazis Alsaud di Timur Tengah.
Ia adalah orang terkaya nombor satu di tanah Arab, dan menduduki
peringkat ke-13 di seluruh dunia – menurut Forbes. Berapa kayakah Al
Walid?
Tidak ada yang boleh meramal dengan tepat, berapa kekayaan Al Walid. Termasuk mungkin Al Walid sendiri. Orang hanya menjangka jumlah antara $15 sampai $30 billion! Tidak perlu memikirkan seberapa banyak, kerana jumlah ini sungguh tak terhingga banyaknya.
Kekayaan A Walid tersebar dalam lima
bidang: stok perdagangan awam, perusahaan-perusahaan besar yang dimiliki
Al Walid, real estate, aset kekayaan, dan kekayaan yang bersifat tunai
dan tersebar di berbagai bank di seluruh dunia. Jika dikira, maka perusahaan Al Walid
menyumbang $7.88 billion, dan menjadikannya sebagai pemilik perniagaan
terbesar di Arab Saudi dan Timur Tengah. Perniagaannya meliputi bidang
IT, kesihatan, hiburan dan pelancongan. Cittigroup, Apple dan News
Corporation adalah tiga nama besar yang dimiliki Al Walid.
Dari perniagaan-perniagaan kecilnya, Al Walid mendapatkan “duit rokok” sekitar $1.611 billion. Perniagaannya yang terkenal di sektor ini adalah Rotana, yang bergerak di bidang hiburan di Timur Tengah. 85% industri muzik dan 45% industri filem di bawah label Rotana.
Sedangkan dari bahagian Real Estate, Al Walid mendapat $3.196 billion. Al Walid sekarang ini memiliki Kingdom Resort. Namun beliau sekarang membangun Kingdom Oasis yang dikatakan jauh lebih mewah daripada Kingdom Resort. Di Kingdom Oasis mengandungi danau dan zoo peribadi.
Beliau juga mempunyai kapal persiaran sangat
mewah, pesawat Boeing 747 peribadi, dan pesawat jet Aibus A380, yang
merupakan pesawat paling mewah dan paling besar di seluruh dunia. Dia
memiliki 300 kereta dan salah satunya konon adalah Mercedes SL600 yang
setara dengan $4.8 juta. Jutawan Al-Waleed bin Talal bin Abdul Aziz Al lahir pada Mac 1955 dan merupakan anggota kerajaan Saudi. Dia adalah cucu dari perdana menteri Lebanon yang pertama. Dia mempunyai tiga orang isteri.
Jutawan Al Walid tinggal di sebuah istana
yang berharga $100 juta, mempunyai 317 bilik, berkarpet sutera, 250
unit television, dan pelayan yang siap menyiapkan makanan untuk 2000
orang dalam satu jam. Di istana itu juga terdapat kolam renang yang
menyerupai danau dan sebuah bioskop bawah tanah.
Wednesday, 20 March 2013
Payudara Terkoyak
London: Walaupun menghabiskan wang sehingga £4,000 (RM18,888) untuk
mencantikkan payudaranya, seorang wanita terpaksa berdepan dengan
realiti menakutkan.
Bagi Lauren Yardley, 25, ia memang pengalaman amat pahit apabila
payudaranya tiba-tiba terkoyak dan menyebabkan implan yang dimasukkan ke
situ terkeluar. Kata Lauren, pada awalnya dia mendapatkan khidmat
pakar untuk membesarkan payudara daripada saiz A kepada DD.
“Saya malu kerana dada saya seperti budak lelaki,” katanya.
Dua bulan selepas memperoleh saiz yang diidamkan, Lauren menyedari
ada sesuatu yang tidak kena apabila payudara kanannya lebih besar
berbanding kiri.
Katanya, payudara itu juga lebih keras daripada sepatutnya.
Keadaan itu, katanya, menyebabkan Lauren berasa tidak selesa.
“Apabila dirujuk kepada doktor, saya diberitahu implan berkenaan
tidak diterima badan dan pembedahan semula terpaksa dilakukan,” katanya.
Walaupun baru dua bulan, tisu di sekitar implan itu mengetat dan menolaknya ke luar melalui kesan jahitan di bahagian bawah payudara Lauren. Selepas diperiksa, doktor berkata, implan itu tidak boleh dimasukkan semula kerana tubuh Lauren perlukan masa untuk sembuh.
Justeru, Lauren terpaksa hidup dengan payudaranya tidak seimbang
selama enam bulan. Disebabkan malu, Lauren - berasal dari Coventry -
menggunakan potongan daging ayam untuk dimasukkan ke colinya bagi
menyeimbangkan payudara berkenaan sementara menunggu waktu dibedah
semula. Hasil pengalaman pahit dan menyakitkan itu, Lauren menasihati
wanita lain supaya lebih berhati-hati.
“Saya sendiri tak percaya apabila implan itu mula keluar sedikit demi sedikit dari payudara,” katanya. Ketika diperiksa, doktor sendiri mengakui tidak pernah melihat insiden itu berlaku.
Bagaimanapun, Lauren bersyukur kerana keadaan masih boleh diselamatkan.
“Perkara paling menakutkan ialah apabila saya hanya mempunyai satu payudara selama tujuh bulan,” katanya.
Saturday, 16 March 2013
Irma Hasmie Dijadualkan Bersalin 29 Mac Ini
Menerusi laman Twitter milik suami Irma Hasmie, Redza Syah Azmeer,
pelakon wanita ini dijadualkan bakal melahirkan cahaya mata pertama
mereka pada pengujung Mac ini dan berdoa agar segala urusan
dipermudahkan oleh-Nya.
Assalam & Morning…Doakan kami supaya dipermudahkan, due Irma 29/3/13…Take care :)
Dalam pada itu, Irma turut memaklumkan yang dia sedang menghitung
hari untuk melahirkan anak sulungnya dan merasa sedikit gementar untuk
menunggu saat yang penuh bermakna tersebut.
I’m good, alhamdulillah. Tgh tggu hari nk bersalin nie, doakan k… Nerves ;p
Berikut kami lampirkan beberapa koleksi foto Irma Hasmie bersama suami tercinta.
Gambar Anak Sulung Memey Suhaiza
Mohamed Darwisz merupakan anak sulung Memey Suhaiza hasil perkongsian hidup bersama Lukman Hakiem. Nampak terserlah keserian wajah Memey dengan kehadiran anak lelakinya. Memey Suhaiza yang telah selamat bersalin anak lelaki pada jam 9.55
malam, 1 Februari 2013 di Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak. Bayi lelaki yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim itu dilahirkan
secara normal dan ia dua minggu awal dari tarikh Memey dijangka
bersalin.
Friday, 15 March 2013
Samsung Galaxy S4
Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba, Samsung Galaxy S4 telah dilancarkan awal pagi tadi waktu malaysia di London. Setakat ini admin belum mendapat maklumat lengkap berkenaan spesifikasi gadget ini dan akan diupdate selepas ini.
Admin akan kongsikan satu video yang menceritakan serba sedikit berkenaan Samsung Galaxy S4.
[ Read More ]
Admin akan kongsikan satu video yang menceritakan serba sedikit berkenaan Samsung Galaxy S4.
Wednesday, 6 March 2013
Kisah Mukhsin atau Shafie Naswip di FFM20
Kalau di tanya kpd saya siapa pelakon generasi baru yg saya kagumi? Jawapan saya..Syafie Naswip. Dari mula saya menonton beliau dlm Mukhsin, saya terus jatuh hati dgn kejujuran lakonan beliau..
Teruskan perjuangan Syafie dalam senilakon kerana Syafie sememangnya telah dianugerahkan bakat dlm bidang lakonan..I am so happy for you Syafie..
Saya baru terbaca artikel ini mengenai Syafie Naswip..
I am touched..
KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT DI FFM 20
Malam 4 Ogos lalu, di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, pelakon filem Mukhsin, Mohd. Syafie Naswip diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada acara gemilang Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20). Sejurus itu, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun melangkah yakin ke pentas penerima trofinya. Dewan bergema dengan tepukan gemuruh penonton. Turut menyaksikannya, jutaan penonton Astro yang membuat siaran langsungnya. Namun malam itu, nun di sudut hati Syafie, tercalit rasa hiba kerana kejayaan itu tidak dapat dikongsi bersama ibu yang dikasihi.
Teruskan perjuangan Syafie dalam senilakon kerana Syafie sememangnya telah dianugerahkan bakat dlm bidang lakonan..I am so happy for you Syafie..
Saya baru terbaca artikel ini mengenai Syafie Naswip..
I am touched..
KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT DI FFM 20
Malam 4 Ogos lalu, di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, pelakon filem Mukhsin, Mohd. Syafie Naswip diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada acara gemilang Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20). Sejurus itu, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun melangkah yakin ke pentas penerima trofinya. Dewan bergema dengan tepukan gemuruh penonton. Turut menyaksikannya, jutaan penonton Astro yang membuat siaran langsungnya. Namun malam itu, nun di sudut hati Syafie, tercalit rasa hiba kerana kejayaan itu tidak dapat dikongsi bersama ibu yang dikasihi.
"Rumah saya tak ada Astro. Saya dah telefon mak, nak beritahu, tapi tak dapat," adunya tatkala Kak Tim bertanyakan, apa kata ibunya tentang kemenangannya.
Memang sejak dari awal, kanak-kanak ini menarik perhatian Kak Tim. Walaupun Finas menyediakan bas untuk membawa delegasi festival itu ke Pulau Pinang, tapi pelakon kanak-kanak lain, datang bersama anggota keluarga masing-masing. Cuma Syafie yang Kak Tim perhatikan, bersendirian.
Memang sejak dari awal, kanak-kanak ini menarik perhatian Kak Tim. Walaupun Finas menyediakan bas untuk membawa delegasi festival itu ke Pulau Pinang, tapi pelakon kanak-kanak lain, datang bersama anggota keluarga masing-masing. Cuma Syafie yang Kak Tim perhatikan, bersendirian.
"Saya nak juga bawa emak. Tapi dia orang kata kena bayar," jelas Syafie selamba.
"Bapa kerja apa?" Tanya Kak Tim. "Pemotong rumput. Kadang-kadang cat rumah orang juga," tulus dan bersahaja dia menjawab."Tak sekolah?" Tanya Kak Tim lagi.
"Bapa kerja apa?" Tanya Kak Tim. "Pemotong rumput. Kadang-kadang cat rumah orang juga," tulus dan bersahaja dia menjawab."Tak sekolah?" Tanya Kak Tim lagi.
"Sekolah di Gombak. Tahun ini ambil PMR. Sebab itu hampir saja saya tidak dapat ikut festival ni. Cikgu tak beri. Dia kata asyik shooting saja. Dia bimbang, nanti saya tak dapat fokus PMR. "Tapi saya merayu. Keluarga saya orang susah dan saya anak tunggal. Shooting pun dapat duit. Hari tu,saya berlakon empat drama, dapat duit. Boleh juga bantu keluarga," kata Syafie."Berlakon filem Mukhsin dulu tu, saya dapat RM10,000. Saya bagi emak RM500 dan ayah RM500. Selebihnya saya simpan. Saya nak jadi jurukamera filem. Nanti kalau nak ambil kursus tu tentu kena pakai banyak duit.
Nasiblah akhirnya cikgu izinkan saya ke festival."Begitu cerita Syafie panjang lebar, lalu tersenyum menyerlahkan lesung pipit di pipi kiri dan kanannya. Dan pada pagi delegasi berkumpul di Finas untuk berangkat ke Pulau Pinang, Syafie merupakan orang pertama sampai di Finas. "Saya tak tahu pukul berapa bas nak bertolak. Orang kata pagi. Jadi saya tunggu ajalah. Nasib Finas sediakan nasi lemak."Rupanya ada yang cerita pada Kak Tim, semasa rombongan berhenti makan tengahari di Tapah, Perak,Syafie tidak turut serta."Dia tertinggal duit," bisik sumber.
Kasihan. Tapi kanak-kanak itu ada harga diri. Dia tidak kelihatan sewaktu orang sibuk menjamu selera dikawasan Rawat dan Rehat Tapah itu. Entah di mana dia menyembunyikan diri."Tak apa. Saya dah biasa macam tu," kata Syafie selamba disaat Kak Tim tanyakan kenapa tak beritahu masalahnya.
Kasihan. Tapi kanak-kanak itu ada harga diri. Dia tidak kelihatan sewaktu orang sibuk menjamu selera dikawasan Rawat dan Rehat Tapah itu. Entah di mana dia menyembunyikan diri."Tak apa. Saya dah biasa macam tu," kata Syafie selamba disaat Kak Tim tanyakan kenapa tak beritahu masalahnya.
"Tapi sekarang saya dah ada duit. Nek Mah (Ruminah Sidek) bagi. Masa sampai di lobby hotel, tiba-tiba Nek Mah bagi saya RM50." Sekali lagi kanak-kanak ini menyerlahkan lesung pipitnya. Dan sewaktu perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. ketika bas singgah di Hentian Sungai Perak, Kak Tim tengok Syafie membeli sebiji limau bali. "Duit yang Nek Mah bagi, masih ada baki. Limau ni saya beli untuk mak. Buah tangan," katany tersenyum.
Sampai di Finas, Syafie dijemput ayahnya. Dia bukan saja membawa pulang trofi dan buah limau untuk ibunya. Tapi wang hadiah kemenangannya sebanyak RM10,000.
Itulah Mohd. Syafie Naswip, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM20 yang cuba mencari pengalaman sebagai pelakon untuk menjadi jurukamera filem bagi merubah kehidupan keluarganya.
Subscribe to:
Posts (Atom)