Artikel ini didedikasikan kepada semua pencinta basikal dan chasers diluar sana. Walau bagaimanapun, bagi beberapa penggemar basikal, mereka suka untuk merekabentuk dan mencipta mesin ini dari awal supaya mereka boleh menjadi motosikal kemungkinan hari esok. Basikal ini adalah gabungan gaya, teknologi, dan fungsi yang defies semua konsep tradisional reka bentuk basikal. Konsep basikal telah menjadi kegilaan besar dengan pengilang di seluruh dunia, Honda, Ferrari, Dodge, untuk beberapa nama, mereka semua bersaing untuk merebut tempat dalam sepuluh teratas. Pesaing berpotensi.
Tuesday, 31 July 2012
Sunday, 29 July 2012
Gambar letusan gunung berapi Iceland
Sebuah gunung berapi Iceland, beroperasi selama 200 tahun, telah meletus sejauh 1km dalam ais. Abu gunung berapi telah memaksa pembatalan penerbangan dan mengganggu lalu lintas udara di seluruh Eropah utara, terkandas beribu-ribu penumpang. Yang dikumpul di sini adalah gambar letusan yang paling terkini.
Gadis comel dari Korea
Mari Kita tengok gambar gadis comey dari So Nyeo Shi Dae (SNSD) atau lebih dikenali sebagai Girls Generation... Girls Group Korea yang menjadi kegilaan ramai jejaka... hahahaha....
Kumpulan yang dianggotai oleh 9 gadis jelita dibawah naungan S.M Entertainment ini sememangnya famous di rantau Asia ini seperti di South Korea sendiri, Japan, Thailand, Singapore, Philippines, Indonesia dan juga Malaysia sendiri. Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2007 ini mempunyai lagu lagu yang best lagik rancak seperti Gee, Tell Me Your Wish, Oh!, dan banyak lagi.
Diketuai oleh YoonA memegang tugas dalam memastikan kumpulan ini terus gah bersama ahli kumpulan yang lain seperti Yuri, Taeyeon, Jessica, Sunny, Tiffany, Hyoyeon, SooYoung dan SeoHyun.
Yeah... apa yang nak story adalah SNSD nih bru jer keluarkan album baru... The Boys... lagu2 dalam album nih bleh tahan letus dan best nya... Seminggu dipasaran sebanyak 6 buah lagu telah pon tersenarai dalam carta TOP 50 Billboard Korea... haaaa yang lg bestnya... bukan takat tersenarai... malah salah satu lagu SNSD menjuarai carta tersebut.... nak tau lagu apa??? Jom klik klik lagu tersebut kat bawah nih dan layan lagu tersebut....

Erra fazira dedahkan kisah silamnya
Buat kali pertama, pelakon, penyanyi dan bekas ratu cantik, Erra Fazira mendedahkan siapa sebenarnya bapa kandungnya, sekali gus menepis pelbagai spekulasi dan dakwaan liar mengenai isu itu. Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chik, 38, membuat kenyataan itu kepada wartawan Metro Ahad ketika menjalani penggambaran iklan komersial raya bertemakan Jalinan Kasih di Aidilfitri yang akan disiarkan secara eksklusif di Astro pada minggu akhir Ramadhan. Dalam program itu, Erra mendedahkan bapa kandungnya, Wan chek sebenarnya jirannya di kampung yang dipanggil Along tetapi dia hanya mengetahui perkara itu ketika berusia lapan tahun apabila bapanya meninggal dunia dalam nahas jalan raya. Sebelum itu ibunya, Azizah Zaik mendakwa Wan Chek sudah mati.
DIA keliru, benarkah lelaki dipanggil Along itu bapanya? Akalnya menolak kerana sedari kecil ibu memaklumkan bapanya sudah meninggal dunia, namun entah mengapa seakan-akan ada tarikan magnetik antaranya dengan lelaki itu yang juga jiran neneknya yang sering dilihat setiap kali pulang ke kampung.
Hinggalah satu hari, tiba-tibanya ibu datang ke sekolah untuk membawanya pulang ke kampung. Kata ibu, bapa meninggal dunia. Terpinga-pinga si kecil berusia lapan tahun itu. Bukankah bapanya sudah lama meninggal dunia? Siapa pula gerangan yang dimaksudkan ibu? Rasa keliru yang meluap-luap direlung hatinya semakin memuncak.
Tatkala tiba di perkarangan rumah yang sering menjadi tumpuannya setiap kali pulang ke kampung, ramai menyuruhnya menatap wajah si bapa buat kali terakhir. Dia kaku tidak bergerak, erat memeluk tiang serambi. Mindanya kosong dan kabur.Jenazah itu adalah lelaki yang sering dikatakan bapanya selama ini!
Kisah ini bukan cerita dalam drama atau filem, tetapi itulah sebahagian perjalanan hidup primadona filem alaf baru, Erra Fazira atau nama sebenar, Fazira Wan Chek, 38. Memori sedih itu tidak pernah padam, sebaliknya terkunci kemas di sanubari hingga tiada siapa mampu menebaknya.
Bagaimanapun, baru-baru ini Erra menyerahkan ‘kunci’ kepada Astro untuk berkongsi cerita itu dalam komersial raya bertemakan ‘Jalinan Kasih di Aidilfitri’ yang akan ke udara secara eksklusif pada minggu terakhir Ramadan.
Buat kali pertama, pelakon, penyanyi dan bekas Ratu Cantik Malaysia ini mendedahkan siapa bapanya dan apa yang berlaku dalam hubungan mereka. Ia sekali gus menjawab teka-teki ramai yang ingin mengetahui identiti bapanya selama ini.
Iklan durasi 60 saat itu menjalani penggambaran di Tanjung Karang, Selangor pada 19 Julai, bermula jam 5 pagi hingga senja membabitkan 40 kru diketuai Pengarah Kreatif Rangkaian Astro, Abib Mirza Hussein, tiga pelakon utama iaitu Erra ketika kecil, Nurul Balqish, ibu, Riza Alwi serta 27 watak tambahan.
Ketika ditemui di lokasi penggambaran iklan itu, Erra yang dilahirkan di Sungai Choh, Rawang pada 9 Februari 1974, menafikan selama ini merahsiakan identiti bapanya, cuma dia merasakan perkara itu tidak perlu dikongsi setiap kali ditanya media.
Pun begitu, hati anak tunggal pasangan Wan Chek dan Azizah Zaik ini terbuka untuk bercerita apabila tema yang diperkenalkan Astro bersesuaian dan boleh dijadikan pengajaran bersama.
“Bagi saya, ia bukan perkara terlalu sensitif, sebab itu saya boleh kongsi. Lagipun, ia disampaikan dengan menggunakan saluran betul. Saya cuma menceritakan kisah zaman kanak-kanak yang belum pernah dikongsi dengan masyarakat.
“Semua orang ada sejarah masing-masing dan ia bukan berniat memburuk atau menyalahkan mana-mana pihak, malah sebelum penggambaran, saya ingatkan pihak Astro supaya penyampaiannya nanti biarlah dalam bentuk membina.
“Apa yang ingin saya sampaikan dalam iklan ini, ikatan tidak akan putus walaupun berpisah mati. Seperti saya katakan tadi, ia bukan salah sesiapa tetapi keadaan yang menjadikannya begitu.
“Ia mengisahkan seorang kanak-kanak yang dambakan kasih sayang seorang bapa tetapi hasrat itu tidak kesampaian disebabkan keadaan. Bagaimanapun, hubungan anak dan bapa tidak akan putus. Ia ikatan indah anugerah Ilahi.
“Buatlah apa saja, satu hari pasti si anak tahu siapa bapanya. Diharap secebis kisah ini boleh menyedarkan mereka yang ada kasih sayang depan mata tetapi tidak menghargainya,” katanya sambil menghela nafas panjang.
Penghujung Hayat Ketua Kumpulan Al-Mau'Una (Mat Amin)
Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pada banduan di sana.
gambar hiasan |
Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yang bernama Mohd. Amin Mohd. Razali iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yang didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertua Agong.
Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yang menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.
Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pada pakaiannya.
Mengikut ceritanya lagi, pada malam sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada Subuh pagi jumaat.
Pada malam sebelum dia digantung, didapati si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah-olah tiada apa-apa akan berlaku pada pagi esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pagi esok. Bayangkan kalau orang nak kena gantung pagi esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.
Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.
Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba-tiba Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.
Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yang tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pada kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.
Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan seperti orang dalam solat di jari telunjuk seperti membaca tahiyat akhir.
Subhanallah, mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung. Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba-hambanya yang soleh dan sentiasa bertaubat.
Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua. Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.
P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.
Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”
Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.
WALLAHU A’LAM,
kredit sumber asal
Saturday, 28 July 2012
Kesan Ketuhar Gelombang Mikro
Berikut adalah projek sains yang dijalankan secara adil. Bermula dengan mengambil air yang ditapis dan membahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama dipanaskan menggunakan kuali di atas dapur, dan bahagian ke dua dipanaskan dan dididihkan di dalam ketuhar gelombang mikro. Kemudian selepas disejukkan beliau menggunakan air tersebut untuk perbezaan tindak balas terhadap tumbuhan yang disiram menggunakan air rebus biasa dan air rebus di dalam mikro wave.
Sangkaan bahawa struktur atau tenaga air boleh dikompromi oleh gelombang mikro. Ternyata, walaupun hanya melibatkan air namun kesannya amat ketara. Difahamkan selama bertahun-tahun bahawa ketuhar gelombang mikro boleh merosakkan DNA dalam makanan. Ramai berpendapat penggunaan mikrowave selamat tetapi gambar tersebut mebuktikan ia boleh merosakkan sel tumbuh-tumbuhan hidup. Ingatlah anda juga hidup. berhati-hatilah mungkin ia akan memberi kesan masa panjang, tetapi mahukah tubuh badan anda semakin mereput?.
Sekampung berambut panjang
BEIJING: Sekumpulan wanita membantu mencipta sejarah tersendiri apabila berambut panjang mereka membolehkan sebuah kawasan penempatan di China diiktiraf sebagai kampung rambut panjang pertama di dunia. Pengiktirafan itu diberi Rekod Dunia Guinness, lapor media semalam. Wanita Yao Merah kumpulan etnik minoriti dari Kampung Huangluo Yao memiliki panjang rambut secara purata 1.6 meter.
MASYARAKAT setempat percaya, semakin panjang rambut seseorang, semakin banyak kelebihan dinikmatinya.
SEKUMPULAN wanita Yao Merah membasuh rambut mereka di sungai.
Rambut terpanjang dicatatkan di kampung itu ialah dua meter. Uniknya, semua wanita di kampung itu memotong rambut mereka hanya sekali seumur hidup, iaitu ketika mereka berusia 16 tahun dan sebelum mula mencari lelaki untuk dijadikan suami. Mengikut tradisi, rambut dianggap begitu suci bagi wanita Yao dan hanya suami atau anak mereka saja boleh melihatnya.
Jika ada lelaki terserempak dengan seseorang wanita tanpa bertutup rambut, dia terpaksa hidup bersama keluarga wanita terbabit selama tiga tahun sebagai menantu. Rambut itu pula hanya boleh dileraikan jika ada ahli keluarga terdekat bersama. Bagaimanapun, wanita Yao meninggalkan tradisi itu pada 1987.
Seramai 120 wanita di Kampung Huangluo Yao kini boleh berbangga mempamerkan rambut mereka di situ. Keunikan itu juga mendorong penduduk China menggelar kawasan penempatan itu sebagai kampung rambut panjang. Ketika ramai wanita merungut kerana terpaksa meluangkan banyak masa menguruskan rambut, wanita Yao Merah tetap selesa dengan keadaan itu. Di kalangan penduduk setempat, mereka yakin wanita berambut panjang hidup lebih lama, berharta dan bertuah. Semakin panjang rambut seseorang, semakin banyak manfaat diperolehnya. Mereka akan membasuh rambut beramai-ramai di Sungan Jinjiang pada musim panas atau musim gugur

Friday, 27 July 2012
Dikelar sebelum dibuang ke tempat pembuangan sampah
BEIJING: Seorang bayi baru lahir yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah dengan kesan kelar di leher dilaporkan semakin pulih, semalam.
Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.
Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.
Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.
“Seluruh tubuhnya berlumuran darah akibat kesan kelar di lehernya,” katanya. Polis berkata, doktor yang merawat bayi terbabit mendapati dia mengalami kecederaan parah akibat kelaran sepanjang lima sentimeter itu.
“Luka itu begitu dalam sehingga mencederakan saluran pernafasan bayi terbabit,” katanya. Doktor pula berkata, bayi malang itu mungkin mati serta-merta jika luka berkenaan terkena lebih dalam. Sumber berkata, bayi terbabit mungkin mangsa dasar mengehadkan setiap keluarga memiliki seorang anak yang diamalkan di China.
Ia juga mungkin didorong kecenderungan pasangan suami isteri China yang gemar memiliki anak lelaki berbanding perempuan. Dipercayai bayi berkenaan lahir pramatang dan mungkin berusia antara 32 dan 24 minggu.
Thursday, 26 July 2012
Nazim Othman gemar kucing?
Diantara gambar-gambar HOT Nazim ni, terpandang gambar beliau dengan kucing kesayangannya. Benarkah Nazim penggemar kucing?..I like!
Nama Penuh : Nushrul Alif bin Othman
Tempat Lahir : Sabah
Tarikh Lahir : 16 September 1984
Bangsa : Melayu
Bahasa : Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Kerjaya : Pelakon, Pengacara, Model
Kemahiran : Berlakon, Mengacara, Model
Pengalaman Nazim Othman
Nazim othman telah membintangi beberapa rancangan televisyen seperti Katarsis, Milik Siapakah Hati Ini, Tuah, Klon Teja, Gelora Di Hati Sara, Bunga Dari Liverpool, Sutra Maya, Impian, Goda, Frontpage & Ku Milik Mu.
Selain itu nazim othman juga telah membuat beberapa iklan TV seperti Syahirah, Frieskies, Ministry of Defence, Elken, Shurah, Berindah Corp & Malaysia Airlines. Lihat biodata nazim othman
Lakonan Nazim Othman dan Drama
Lakonan pertama yang menampilkan nazim othman di dalam industri hiburan malaysia ini ialah melalui drama Awan Dania di Astro Ria
Drama yang menampilkan Nazim Othman
Antaranya:
1.Awan Dania
2.Manjalara
3.Asmara
4.Ponti Anak Remaja
5.Sapu Tangan Merah
6.Trilogi Cinta
7.Surat Cinta
8.Klon Teja
9.Pekan
10.Begitukah Cinta
11.Dejavu di Kinabalu
Dejavu di Kinabalu (Slot Akasia TV3)
Drama terkini yang dilakonkan oleh Nazim Othman ialah drama Dejavu di Kinabalu.
Selain Tiz dan Aqasha sebagai pelakon utama, Dejavu Di Kinabalu turut menampilkan barisan pelakon seperti Nazim Othman, Aishah Ilias, Fadhilah Mansor, Dian P. Ramlee, Rahim Razali, Aida Rahim, Allana Amir, Khaty Azean dan Meor Ariff.
[ Read More ]

Subscribe to:
Posts (Atom)