Sekiranya kita memelihara hutan, ia akan menjadi satu aset berharga kepada generasi akan datang. Antara aset yang sangat berharga ialah pokok-pokok yang menjangkau usia beribu tahun dan ia akan menjadi sesuatu yang sangat berharga dan sangat indah untuk dikenali oleh generasi akan datang. Antara 7 jenis pokok tertua yang ada di muka bumi ini ialah:
1. "Yakusugi Cedar" adalah diantara pokok yang terkenal dan terbesar di Jepun. Ia berukuran 25 meter ukur lilit batang dan dinggarkan berusia sekitar 2200 tahun. Ia terletak di Kawasan Warisan Dunia Yakushima.
1. "Yakusugi Cedar" adalah diantara pokok yang terkenal dan terbesar di Jepun. Ia berukuran 25 meter ukur lilit batang dan dinggarkan berusia sekitar 2200 tahun. Ia terletak di Kawasan Warisan Dunia Yakushima.
2. Cypress Tree Sarv-e-Abarkooh juga dikenali sebagai Zoroastria terletak di Abarkuh, Yazd, Iran. Dilindungi oleh pertubuhan Warisan Kebudayaan Iran sebagai monumen semulajadi negara, ia merupakan satu tarikan utama pelancong dengan ketinggian 25 meter dan lilitan 18 meter. Ia dianggarkan berusia lebih 4000 tahun dan mungkin benda hidup tertua di Asia. Menurut "China Daily Ranking 10", ia adalah 10 ranking teratas diantara pokok tertua di dunia. Abar Sarv-ekuh adalah pokok kedua tertua di dunia.
3. Pokok Patagonian Cypress 'Alerce' adalah satu lagi pokok yang diketahui wujud selama 35 juta tahun, kerana tinggalan fosil. Kayu pokok ini adalah sangat berharga kepada penduduk tempatan Chile.
4. Juniper Jardine telah ditemui pada 23 Julai 1923 oleh Maurice Linford, pelajar di Utah State University. Ia terdiri di atas rabung batu kira-kira 1 kilometer sehingga gunung, Cottonwood Creek. Dari saiz batangnya, ia boleh dianggarkan berusia 3000 tahun. Lilitan batang adalah 26 kaki.
5. Pokok 'Patriarca de Floresta' yang terletak di Brazil adalah salah satu pokok terbesar di hutan Atlantik yang dianggap berusia sekurang-kurangnya 3000 tahun. Ia dianggap pokok suci, tetapi spesisnya terancam.
6. Pokok ini terletak di pergunungan Etna di Sicily. Ia adalah pokok chestnut terbesar dan tertua yang di ketahui dunia. Dipercayai menjadi antara 2000 dan 4000 tahun usia. Ia lebih menarik kerana ia terletak di Gunung Etna yang merupakan gunung berapi yang paling aktif di dunia. Ia disenaraikan oleh Guiness World Records sebagai pokok yang mempunyai ukur lilit yang paling besar iaitu 190 kaki ukur lilit.
7. Sala satu pokok bongsu diantara pokok-pokok purba adalah 'Genaral Sherman' Sequoia Giant yang berketinggian 275 kaki dan ukur lilit 102 kaki. Ia boleh didapati di Sequioa NAtional Park. Pada 2002, jumlah batang diukur ialah kira-kira 1487 meter padu dan telah dikenal pasti sebagai pokok terbesar di dunia dengan jumlah kayunya. Ia dipercayai berusia diantara 2300 hingga 2700 tahun.