Pasangan pengantin baru yang popular dan sensasi masa kini, Diana Danielle dan Farid Kamil telah mengadakan majlis resepsi bagi perkahwinan mereka pada malam tadi (1 Disember 2012). Sekali lagi konsep majlis perkahwinan mereka bertemakan Perkahwinan Taman...Garden Style menampakkan kecomelan Diana Danielle terserlah..hehe.
Majlis ini berlangsung ketika perlawanan bolasepak antara Harimau Malaya dan Indonesia sedang hebat berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menyaksikan Malaysia menewaskan Indonesia 2 gol tidak berbalas, di Taman Ekuestrian Putrajaya pula telah berlangsung majlis persandingan antara Farid Kamil dan Diana Danielle. Masjlis dengan tema “Perkahwinan Taman” ini telah berlangsung dengan amat lancar dan berikut beberapa gambar awal yang dikongsikan oleh Annaseaskey melalui Instagram miliknya.
Aku respek artis ni walaupun berkemampunan tetapi majlis mereka yang ringkas tapi menarik ni buat aku terfikir, lebih baik majlis yang sederhana daripada majlis yang grand yang penting kehidupan selepas berkahwin serta keberkatan perkahwinan yang di bina..syabas! Farid Kamil..tahniah juga kepada pasangan ini..