Kini Anne Ngasri sudah sah bergelar isteri kepada pasangan pilihannya yang sebelum ini pernah cuba merahsiakan identiti bakal suaminya itu
tidak berhasil apabila segelintir pihak sudah mengetahuinya. Nama tunang
Anne itu ialah Mohd Sumali Reduan, yang merupakan Setiausaha Kerja
Pemuda UMNO yang masih aktif dalam politik.
Untuk imbasan, sebelum ini Anne pernah berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei
2006 dan bercerai pada 2010. Wafi atau nama penuhnya Abdul Wafi Hassan
28 Oktober lalu sudahpun bertunang dengan kekasih hatinya Rafeda Razif
dan bakal berkahwin juga pada hujung tahun ini.
Persoalannya, mungkinkah perkahwinan Wafi dan Anne pada bulan sama iaitu
Disember hanya satu kebetulan atau memang tidak dapat dielakkan? Bak
kata pepatah, manusia hanya merancang, tetapi Allah sebaik-baik
perancang. Tahniah diucapkan buat Anne dan Wafi!