Nampaknya khabar gembira sudah semakin hampir. Teka-teki mengatakan
pasangan ini akan berkahwin pada hujung tahun ini semakin terjawab.
Melalui laporan Kosmo!
hari ini, Khairul Fahmi & Leuniey, 21, bakal bernikah diantara 28
Disember sehingga awal Januari 2013. Berita gembira ini dikongsi oleh
bapa Apek, Che Mat Hussain yang turut menjelaskan bahawa tarikh sebenar
akan diputuskan oleh Khairul Fahmi sendiri.
Tarikh sebenar akan diputuskan oleh anak saya selepas beliau pulang
daripada latihan dengan skuad kebangsaan. Harapan kami perkahwinan ini
akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak saya,” jelasnya.
Berbalik pada Leuniey, gadis cantik berusia 21 tahun ini haruslah
dicontohi oleh ramai orang muda. Disebalik segala kontroversi yang
berlaku, Leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha Nazri
merupakan seorang pemilik butik pengantin dan tidak hairanlah jika kita
lihat Leuniey rapat dengan Ezuwan Ismail, seorang pereka fesyen yang
hebat.