Perkahwinan anak sulung lelaki Ketua Menteri, Mohd Ridhwan Mohd Ali bersama cucu kepada bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abu Zahar Isnin, Nur Azieha Mohd Ali di banjiri 130,000 tetamu termasuk para tetamu kehormat yang hadir bagi meraikan kedua-dua mempelai itu. Ekoran jumlah tetamu itu, dan menerima Sijil Malaysian Book Of Record "Most Number of Attendeance in a Single Wedding Ceremony" yang dilangsungkan di Dewan Tun Ali Bukit Katil.
Majlis persandingan Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, yang bermula jam 10 pagi tadi dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dari seluruh negeri Melaka. Majlis terbabit dimeriahkan dengan kehadiran Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kemudian berkenan menepung tawar pasangan yang mengenakan pakaian berona coklat.
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop serta bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Ithinin yang juga datuk kepada pengantin perempuan turut hadir di majlis terbabit.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suami Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa serta pelakon, Dira Abu Zahar.
Siti Nurhaliza turut mendendangkan beberapa buah lagu di majlis berkenaan. Mohd Ridhwan, anak sulung Ketua Menteri itu selamat diijabkabul bersama pasangannya di rumah Abu Zahar di Merlimau Pasir di sini, Jumaat lalu.
bang tumpang tanya, mana nak donlod antivirus free?