SAMSUNG Malaysia Electronics (www.samsung.com/my/) memperhebatkan
jenama telefon pintarnya dengan memperbaharui Galaxy Note menerusi versi
kedua yang mula diperkenalkan di Asia terlebih dulu termasuk Malaysia
semalam.
Pengarah Urusannya, Kwon Jae Hoon berkata, Samsung menyasar
penggunaan Galaxy Note 2 kepada individu yang mahukan pengalaman mudah
alih sebenar berdasarkan tahap kecekapan yang ada pada peranti itu.
“Versi kedua itu didatangkan dengan beberapa ciri baru termasuk
penggunaan fungsi pen stylus canggih dan saiz skrin yang lebih besar
iaitu 5.5 inci berbanding 5.3 inci bagi versi pertama” katanya ketika
melancarkan Galaxy Note 2 di Kuala Lumpur, semalam.
Galaxy Note 2 menggunakan cip pemproses Quad Core 1.6GHz, RAM
ditambah kepada 2GB, sistem operasi Android 4.1 (Jelly Bean) dan bateri
berkuasa 3100mAh untuk daya ketahanan lama.
Selain itu, Samsung memperkenalkan teknologi Air View apabila ia membolehkan pengguna untuk membaca e-mel, S Planner, galeri imej atau video hanya menggunakan S Pen iaitu pen stylus yang popular untuk pra tonton kandungan tanpa perlu membuka aplikasi terbabit.
Satu lagi ciri baru diketengahkan termasuk konsep membuka nota menggunakan teknik Pop up Play yang mana ia akan membuka aplikasi nota pada bila-bila masa di mana saja tidak kita apa yang sedang dilakukan dengan butang maya khas. Samsung Galaxy Note 2 bakal mula dipasarkan tidak lama lagi pada harga RM2,299.