Bagi sesetengah orang, garam mungkin kelihatan biasa dengan warna semulajadi nya yang berwarna putih..Namun, tidak ramai yang tahu, garam boleh mempunyai pelbagai jenis warna misalnya seperti apa yang berlaku di tasik garam di San Francisco Bay..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..
Fenomena yang menarik ini boleh di lihat di San Francisco Bay. Sekiranya di lihat dari jarak yang jauh, ia akan kelihatan seakan-akan hamparan bunga tulip sedangkan ia tiada kena mengena dengan sebarang tumbuh-tunbuhan langsung.
Sebenarnya, tempat yang kelihatan berwarna itu digunakan sebagai tempat pengestrakkan garam dari air laut. Dalam kolam buatan tersebut, air akan disejat oleh cahaya matahari dan meninggalkan butiran halus garam yang terhablur, alga berwarna, dan mikro-organisma. Warna garam yang terhasil juga bergantung kepada tahap kemasinan.
Kolam dengan tahap kemasinan yang rendah dan sederhana akan mempunyai warna kehijauan atau merah jambu, manakala pada tahap kemasinan yang tinggi, air garam yang berwarna merah akan terhasil. Selain itu, cuaca juga akan mempengaruhi warna di dalam air. Sekiranya hujan turun dengan lebat pada suatu ketika, pigmen dalam palet garam akan berubah dan tiada warna yang akan terhasil.