Menurut laporan blog-blog hiburan, tunang Diana Amir merupakan seorang ustaz. Dalam program hiburan di TV9 itu, Diana Amir telah mengesahkan status beliau yang kini sudah bergelar tunangan orang dan lelaki bertuah itu bergelar seorang ustaz. Mungkin sebab depa tengok dia pakai kopiah putih, terus cop kata ustaz. Sebenarnya dia merupakan seorang lecturer di sebuah pusat pengajian awam. Tapi, kira boleh jugaklah dianggap Ustaz sebab ada latar belakang agama yang baik. Belajar pulak kat antara sekolah agama yang elit kat Kedah iaitu Maktab Mahmud Alor Star. Sekolah yang banyak melahirkan tokoh-tokoh agama yang terkenal seperti pasangan suami isteri pengacara Semanis Kurma, Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor iaitu bekas Presiden PAS dan ulama yang disegani serta ramai lagi nama yang tak tersebut.
Tunang Diana Amir ni ada saudara kembar. Adik kembar dia model, pernah jadi duta produk dan dok berkawan jugak dengan golongan retis ni. So, potensi untuk si abang mendapat jodoh retis tu ada. So, tak menghairankan sangat sebenarnya. Benar, artis juga manusia biasa yang tidak perlu dikecohkan dan dipelikkan pun sebenarnya. Tapi, sudah lumrah dunia bahawa yang popular itu akan mendapat perhatian ramai.
Kalau sudah namanya artis, perkara nikah or tunang sebegini walau pun tidak mahu dihebahkan pasti akan sampai juga ke telinga peminat. Melalui laporan eksklusif Galaksi, terpapar gambar Diana Amir dan tunang yang pada aku cukup tampan sedang memotong kek bersama. Namun laporan tidak menyebut nama tunang Diana Amir mahu pun tempoh pertunangan mereka sebelum pasangan ini bakal disatukan dengan ikatan perkahwinan sah.
Diana Amir turut memberitahu yang majlis tunang ini sengaja beliau senyapkan dan akan memberitahu kepada umum apabila mereka mempunyai tarikh untuk berkahwin nanti. Tahniah buat Diana Amir dan pasangan. Semoga jejaka tampan ini merupakan imam yang dicari Diana Amir selama ini.