Apa Dialog Rashidi Ishak Dalam Filem Untuk 3 Hari? Pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran (Vee) digesa segera merujuk kepada jabatan agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi terhadap Vanidah dalam filem Untuk Tiga Hari. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Rashidi Ishak & Vanidah Imran supaya segera merujuk kepada jabatan agama Islam berikutan dialog dalam filem Untuk Tiga Hari.
Beliau turut berkata yang lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi Ishak sewaktu melakonkan watak Zafrin menyebabkan status perkahwinan mereka sejak tahun 2000 tidak sah di sisi agama.
“Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta’ah. Justeru, saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera,” ujar Tan Sri Harussani Zakaria.
Sinopsis Filem Unutk Tiga Hari.
Filem Untuk Tiga Hari mengisahkan kisah cinta luar biasa dan agak pelik. Untuk Tiga Hari berkisar tentang dua pasang kekasih yang terpaksa berkahwin atas desakan dan pilihan orang tua. Pasangan kekasih ini memutuskan untuk bercerai selepas tiga hari mereka mendirikan rumah tangga.
Dalam tempoh tiga hari mereka meluangkan masa bersama, mereka mula sedar bahawa itulah jodoh yang terbaik buat mereka seperti mana yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan meneruskan perhubungan bukanlah sesuatu yang buruk dan mungkin adalah perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup mereka.
Bahagiakah kita untuk meneruskan cinta selepas melukakan hati pasangan yang diceraikan selepas 3 Hari perkahwinan?
Filem Untuk Tiga Hari adalah filem diadaptasi daripada novel popular Ahadiat Akashah.
Pelakon filem Untuk Tiga Hari: Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah, Dira Abu Zahar, Zizan Nin, Ainul Aishah, Nabil Ahmad, Zizan Raja Lawak, Fauziah Ahmad Daud, Zaibo, Khatijah Tan dan Atilia.
Penerbit: Sharad Sharan (Ombak Rindu)
Pengarah: Afdlin Shauki
Pelakon: Adflin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah
Produksi: Tarantella Pictures Sdn Bhd.