Mengetahui berita pertunangan bekas kekasihnya, Anne Ngasri melaui laporan akhbar seminggu yang lalu benar-benar menyentak hati penyanyi bersuara husky ini, Aliff aziz. Apatah lagi, laporan akhbar itu turut menyebut bahawa wanita yang pernah bertahta di hatinya itu berhasrat untuk melaksanakan perkahwinan bersama Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd Sumali Reduan pada 22 Disember 2012. Riak wajah Aliff Aziz yang hadir di majlis pengumuman Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Hotel Holiday Villa, berubah sedih apabila mengimbas kembali janji mereka berdua untuk mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, hasrat tersebut tak tercapai disebabkan hubungan cinta mereka retak pada bulan September lalu.
"Kami memang ada buat perancangan untuk berkahwin pada bulan Disember, tapi jodoh tak kesampaian. Dalam proses pemulihan, tiba-tiba dapat tahu dia sudah bertunang dan akan berkahwin, Jujur kata, ia benar-benar membuat hati saya terluka. "Sepanjang perkenalan kami, dia tidak pernah melakukan kesalahan. Dia memang jaga segalanya termasuk pemaikaian. Pada saya, dia adalah wanita yang sempurna dan saya tak pernah menyesal berjumpa dengannya.
"SEjak berpisak, pertama kali dalam hidup, saya memang rasa kehilangan yang teramat besar. Tapi, saya sedar bahawa saya masih mempunyai keluarga dan peminat yang memberi sokongan. Saya tetap teruskan kehidupan seperti biasa, nothing can stop me. Namun, saya tetap rasa kosong, rasa 'lost tanpa dia.
Pada masa yang sama, Aliff turut memberitahu bahawa Anne Ngasri ada menghubungi bapanya untuk bertanya khabar. Namun, ketika itu Anne tidak memaklumkan sebarang berita pertunangan kepada orang tuanya. "Dia ada contact bapa saya, tanya sihat atau tak. Bapa saya ada tanya, 'tak nak contact Aliff ke?'. Tapi, Anne kata yang dia memang tak nak hubungi Aliff enggan merobekkan lagi hati Aliff. Walaupun jelas kesedihan, penyanyi ini menerima bahawa kegagalan hubungan mereka mungkin berpunca daripada sikap endah tak endah tang dipraktiskan tanpa sedar terhadap Anne Ngasri.
"Ini adalah pengajaran yang besar buat saya kerana selama ini bersikap endah tak endah terhadap wanita yang pernah bertakhta dalam hati saya. Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Saya berharap dengan mendoakan kebahagiaan Anne, dengan izin-Nya kesakitan ini dapat dikurangkan." Saya turut mendoakan agar perkahwinan Anne bersama bakal suaminya kekal sehingga akhir hayat," luahnya yang turut tercalon dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular. Hubungan Anne Ngasri dan Aliff Aziz menemui jalan buntu apabila kedua-duanya mengambil keputusan berpisah pada 23 September yang lalu.