Skyfall dibuka dengan babak mencemaskan apabila Bond bertarung dengan seorang musuh yang sangat licik di Istanbul. Babak yang mendebarkan itu disempurnakan dengan hebat sekali di atas gerabak keretapi yang sedang bergerak di satu lereng gunung. Dalam pergelutan itu, Bond tertembak selepas tembakan oleh itu dilepaskan oleh rakan setugasnya, Eve Moneypenny (Naomie Harris) - atas arahan terdesak M sendiri. Seterusnya Bond dilaporkan 'mati' namun akhirnya muncul semula di depan M selepas beberapa lama memencilkan diri. Bond terpanggil untuk berjumpa M semula selepas melihat ibu pejabat majikannya, M16, ditengah-tengah kota London do bom pengganas.
M dalam keadaan berbelah bagi apabila melihat keadaan fizikal Bond terjejas akibat kecederaannya itu, tetap nekad memberikan tugasan terbarunya untuk memburu kumpulan pengganas itu yang diketuai Raoul Silva / Tiago Rodriguez (Javier Bardem).
Siapakah sebenarnya Silva dan mengapakah dia bertukar menjadi pengganas yang psiko, licik, pendendam dan tidak berperikemanusiaan? Semua jawapan itu ada untuk dicari dalam Slyfall yang kini mula ditayangkan di pawagam berdekatan. Ksyfall diterbitkan oleh Micheal G Wilson dan Barbara Broccoli dengan bajet yang dinggarkan mencecah AS$15 juta (RM450 juta). Ia edaran Metro-Goldwyn-Mayer bersama Columbia Pictures.