UCAPAN
Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah
Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam persoalan dan andaian juga
dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan
Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.
"Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan
Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya
takut fitnah," katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang
sedang dilaluinya ketika ini. Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah 'Bismillah.'
"Anugerah paling hebat ialah kalimah 'Lailahaillallah,' jagalah kalimah
ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad," ucap Pierre dalam
majlis itu. Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:
"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah
agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan
kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya
diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk
menyuarakan sedikit dakwah saya," katanya sambil meneruskan dengan satu
pengakuan.
Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap
perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah
lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.
"Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba,
saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar
mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari
dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah,
Allah telah membuka pintu hati saya," katanya menyertai jemaah tabligh
di Taman Permata, Ulu Kelang.
Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre.
Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?
Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang
menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat,
tabligh itu sifat Rasulullah. Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun
sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.
Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia hiburan sendiri
dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?
Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?
Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?
Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?
Ada sebarang sasaran?
Apa rancangan Pierre dalam tabligh?
Apa kata kedua ibu bapa anda setakat ini?
As salam,
Hola rojak! Salah satu tanda kebangkitan Islam... :)
Saya jual product ALPACA... nnt boleh baca diblog peribadi saya ye :) Thank you
alhamdulilah. semuanya kerana hidayah yg Allah berikan untuk hambaNya yang Dia sendiri pilih..