Yang baik kita kongsikan bersama yang buruk tu diam2 sudah..ye dak?.ni ada berita baik tentang artis, dikhabarkan Ana Raffali dah mula bertudung apabila tiba Maulidur Rasul baru-baru
ini. Mungkin kedatangan Maulidur Rasul membuatkannya terbuka hati untuk
bertudung seperti ini. Semoga ianya kekal selamanya.
Bersama-sama kita doakan yang terbaik untuk Ana Raffali. Sesungguhnya
yang baik itu datang daripada-Nya dan yang buruk itu datang daripada
diri manusia itu sendiri. Alhamdulillah sebab Ana Raffali dah berhijrah kearah kebaikan, so sama2 la kita doakan yang terbaik jugak untuk artis2 kita yang lain yer. Selain berhijrah ke arah kebaikan itu, beliau juga akan berhijrah dari bujang ke alam perkahwinan. Khabarnya beliau akan menamatkan dunia bujangnya pada esok hari, 25 Februari 2012 di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, Kuala Lumpur. Sekali lagi doakan kebahagiaan Ana Raffali hingga kehujung nyawa.
Penyanyi yang berusia 27 tahun ini juga berhasrat untuk mendalami lebih ilmu agama selepas berumah tangga. Ibu bapa Ana turut gembira melihat anak perempuan mereka berubah menjadi lebih baik. Sebelum ini, Ana biasanya memakai tudung untuk majlis-majlis keagamaan dan sepanjang zaman persekolahannya.