Subang Jaya: Bagi mencapai hajatnya, moyang terbabit yang berharta tidak berkira untuk menghamburkan wang, asalkan 'pucuk muda' diidam jatuh ke tangannya.
Lebih jijik, dia juga didakwa tidak teragak-agak menggunakan khidmat bomoh untuk menyihir mangsa andai kemahuannya ditolak mentah-mentah gadis idaman yang sebaya cicitnya.
Setakat ini, tiga gadis belasn tahun mendakwa dinodai moyang terlampau terbabit yang dikenali dengan nama Borhan hingga seorang daripada mereka mengandung anak luar nikah.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mas 17, mendakwa mengenali Borhan di sebuah pusat karaoke ketika moyang terbabit datang ke pusat hiburan itu untuk berhibur.
Memiliki paras wajah menarik dan perwatakan lembut, anak bongsu daripada enam beradik dari selatan tanah air itu bagaimanapun enggan melayani permintaan Borhan yang meluahkan keinginan untuk berkawan rapat dengannya.
"Kisah malang itu bermula apabila saya mengalami krisis dengan keluarga sebelum meninggalkan rumah dan menetap bersama kakak angkat. Disebabkan krisis itu juga, saya terpaksa melupakan hasrat meneruskan pelajaran.
"Hidup tanpa sokongan kewangan keluarga membuatkan saya tiada pilihan selain terpaksa bekerja bagi menanggung kehidupan.
"Dengan bantuan kakak angkat, saya ditawarkan bekerja sebagai pelayan pusat karaoke dengan pendapatan RM25 hingga RM35 sehari. Walaupun upahnya kecil ia cukup untuk menyara diri.
"Bekerja sebagai pelayan membuatkan saya terpaksa berdepan pelbagai karenah pelanggan lelaki, tapi saya masih menjaga batas pergaulan," katanya yang kini mendapat perlindungan di Pertubuhan Baitul Fiqh (Baitul Fiqh), Subang Jaya.
Selepas seminggu bekerja Mas diberitahu teman sekerja bahawa ada pelanggan meluahkan hasrat mengenalinya dan turut meminta nombor telefon untuk menghubunginya.
Biarpun dilarang memberikan nombor telefon kepada orang tidak dikenali, temannya terpaksa memenuhi permintaan warga emas itu apabila dia mengugut akan mengenakannya dengan cara kotor.
"Sejak itu, saya dihujani panggilan telefon setiap hari hingga mencecah 100 panggilan tidak dijawab.
"Memandangkan dia pelanggan tetap dan hampir setiap malam mengunjungi pusat karaoke itu, saya tiada pilihan selain terpaksa berdepan gangguannya." katanya.
Lebih mengejutkan, warga emas berkulit hitam manis yang memiliki 12 hektar kebun kelapa sawit itu sanggup menabur wang kepada Mas apabila secara diam-diam memasukkan wang mencecah RM2000 ke dalam akaun banknya.
"Saya terkejut melihat penyata bank melebihi jumlah gaji sebenar. Tidak lama kemudian, Borhan menghubungi lalu bertanya samada saya menerima wang itu atau tidak," katanya.
Menurut Mas, selang beberapa hari selepas menerima wang itu, dia didatangi seorang wanita pertengahan umur yang mendakwa isteri Borhan.
"Wanita itu kemudian merayu saya menerima 'salam' perkenalan suaminya bagi mengelakkan dia terus menjadi mangsa sepak terajang, selain mengadu tidak mendapat nafkah daripada Borhan yang didakwa panas baran.
"Wanita itu mendakwa disiksa suaminya kerana kecewa saya tidak melayaninya," katanya.
Kasihan mengenangkan nasib malang wanita berasal dari negara jiran itu, Mas memulangkan semula wang diberikan Borhan kepada ibu beranak tiga itu.
Mas mendakwa, lebih sebulan selepas lelaki itu berusaha memikat hatinya, dia mula dihantui pelbagai kejadian pelik, termasuk bayangan lembaga muncul ketika bekerja mahupun di rumah dan kerap terfikir mengenai Borhan.
Pada suatu malam selepas pulang bekerja, bagaikan ada satu kuasa mengawal diri Mas apabila bersetuju menuruti permintaan Borhan yang ingin menghantarnya pulang ke rumah tanpa berfikir panjang.
"Keesokan harinya, Borhan menghantar semula saya ketempat kerja sebelum menghilangkan diri, meninggalkan saya dalam keadaan buntu.
"Memeranjatkan apabila pada malam itu, kakak angkat mencari saya kerana tidak pulang ke rumah, sedangkan saya merasakan seperti sudah pulang. Risau dengan keadaan itu, kakak angkat membawa saya berubat sebelum diberitahu saya disihir.
"Ketika menjalani rawatan, saya mengalami muntah teruk hingga mengeluarkan cecair berwarna hitam, darah, dan rambut," katanya.
Beberapa hari selepas menghilangkan diri, Borhan kembali ke pusat karaoke berkenaan semata-mata untuk menghebahkan kehebatan diri meragut dara Mas.
Mendengarkan berita itu daripada teman sekerja, Mas seolah-olah tidak percaya lantas membuat pemeriksaan sebelum doktor mengesahkan dia mengandung.
Penderitaannya tidak berakhir di situ apabila Borhan menyuruhnya menggugurkan kandungan.
"Meskipun menjadi mangsa rogol, saya tidak tergamak menggugurkan kandungan, mungkin disebabkan perasaan menebal sebagai bakal ibu.
"Namun Borhan tetap berkeras tidak mahu anak itu dilahirkan dan sanggup memberi wang RM1,000 untuk menggugurkannya," katanya.
Tidak cukup dengan itu, Borhan turut mengugut mahu membunuh bayi tidak berdosa itu sebaik dilahirkan hingga memaksa Mas membuat laporan polis tetapi ditarik semula selepas isterinya merayu supaya melepaskannya.
"Selepas kejadian itu, saya terpaksa bersembunyi bagi mengelakkan Borhan menjejaki kewujudan bayi perempuan yang dilahirkan penghujung tahun lalu.
"Hingga kini, saya diberitahu Borhan masih dengan perangai lamanya memikat gadis muda untuk melampias nafsunya," katanya.