TERKEJUT... Saedah dengan anaknya Mohd Azrul menceritakan kejadian yang menimpa Nurul Aien. |
Budak 10 tahun temui mayat kakak di bilik air.
Taiping : Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui maut, dipercayai dirogol sebelum kepalanya dibenam di dalam kolah di bilik air rumahnya di sini, petang kelmarin.
Mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Wan Ahmad Rasdi (SMKDWAR) itu ditemui adik lelakinya dalam keadaan kepala dan seluruh badan dalam kolah selain cedera parah di kepala akibat dipukul benda keras.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa seorang diri di rumah sebelum kediamannya dimasuki individu tidak dikenali yang kemudian cuba merogol dan mencabul mangsa sebelum dia dibunuh.
Dalam kejadian jam 4.30 petang di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, mangsa dikenali sebagai Nurul Aien Mohd Saimon ditemui maut oleh adik lelakinya yang baru pulang dari rumah neneknya, 300 meter dari tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung jam 4.30 petang.
Katanya, siasatan awal mendapati, kes itu tiada kaitan dengan rompakan memandangkan tiada kesan pecah masuk selain tiada barangan berharga hilang dan kesan bilik digeledah.
"Kami mengesyaki suspek merogol dan mencabul mangsa sebelum dia dibunuh dan dilemaskan di dalam kolah di bilik air.
"Bagaimanapun, kami masih menyiasat perkara berkenaan. Selain itu, kami masih gagal menemui senjata digunakan suspek untuk memukul mangsa" katanya disini, semalam.
Katanya, sehubungan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 18 tahun untuk membantu siasatan.
Menurutnya, lelaki berkenaan ditahan di kediamannya awal pagi semalam, tidak jauh dari lokasi kejadian.
Yusuf berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan bunuh.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, malam kelmarin untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 9, di sini, pagi semalam.
Sementara itu, ibu mangsa, Nonri Musa, 40, berkata, dia tidak menyangka kejadian itu menimpa arwah, namun pada masa sama reda dengan perkara yang berlaku,
Beliau yang juga ibu tunggal empat anak berkata, ketika kejadian, arwah keseorangan di rumah manakala dia terpaksa menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di SMKDWAR.
"Saya menerima berita sedih itu daripada anak bongsu, Mohd Azrul Daniel Mohd Saimon, 10, sebelum bergegas pulang ke rumah.
"Saya terkejut apabila dimaklumkan arwah ditemui tidak bernyawa dalam kolah di bilik air." katanya.
sumber : harian metro.

aduh,,,
kenape kes macam ni mesti berlaku dalam malaysia nie,,
malaysia dah tak selamat lagi ke?