Aku ni penggemar kucing, tak salah kan kalau aku kongsikan 20 Fakta menarik tentang Si Comel, Kucing. Kucing dianggap sebagai "Karnivor yang sempurna" dengan gigi dan saluran pencernaan yang khusus.
1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
2. Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya
3. Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki
4. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.
5. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
6. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kucing boleh sesat kalau tiada misai.
7. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
8. Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.
9. Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam) mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama. Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.
10. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
11. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza.
12. Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah.
13. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung.
14. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring)
15. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
16. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan.
17. Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
18. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
19. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya.
http://gambarawekmelayu.com/gambar-kucing-comel/