Terkenal dengan gelaran pengarah serba boleh, saudara Ahmad Idham
sekali lagi berjaya menambah koleksi filem arahan beliau bertajuk Gerimis Mengundang. Berbeza dari filem-filem box office sebelum ini seperti
filem Hantu Bonceng & Adnan Sempit beliau menampilkan pelakon jelita
Olivia Jensen berdarah kacukan Denmark-Indonesia untuk bergandingan
bersama pelakon popular, Kamal Adli.
Kami dijemput khas bersama para media yang lain untuk menyaksikan
tayangan perdana filem ini di Tanjong Golden Village (TGV), Sunway
Piramid pada 28 Mei 2012. Filem cinta serumpun ini mengisahkan Zamani (Kamal Adli) seorang
juruterbang helikopter bertemu dengan gadis berasal Indonesia Mikha
(Olivia Jensen) si jelitawan yang telah berjaya menawan hatinya. Namun, perjalanan kisah cinta mereka menghadapi pelbagai rintangan
dan dugaan dan diakhiri dengan kejadian yang mengejutkan para penonton.
Bagi RotiKaya gandingan dua pelakon serumpun ini amat memuaskan
walaupun belum lagi pernah mereka berlakon bersama. Walaupun Olivia
Jensen baru berumur 18 tahun, ternyata lakonannya dalam filem ini mampu
melonjakkan lagi namanya di persada perfileman.
Lokasi yang dipilih iaitu Sabah adalah amat menarik dengan suasana
hijau dan nyaman tidak lupa juga dengan lautan biru yg membangkitkan
lagi suasana romantik percintaan filem itu.