Sejak akhir-akhir ini kita dapati sudah ramai selebriti wanita kita
sudah mula merubah penampilan mereka ke arah yang lebih baik dan pendek kata penampilan yang sopan dan sejuk mata memandang. Alhamdulillah, moga-moga ramai lagi yang mengikuti jejak langkah artis-artis ni. Populariti artis tidak semestinya menjunam dengan penampilan sopan seperti ini malah ada yang mencurah-curah rezekinya.
Perubahan ini adalah suatu contoh yang baik bagi para peminat mereka
juga. Gaya sopan dan muslimah yang mereka bawakan sangat menarik dan
sejuk mata memandang berbeza dari sebelumnya. Bukan itu sahaja wajah
mereka juga kelihatan semakin berseri-seri sekarang. Fazurina, Farah
Asyikin, Noor Khiriah dan Abby Abadi merupakan selebriti yang telah mula
bergaya dengan penampilan baru mereka.