Kata Juma, semasa dia mengandung, berat badannya 105 kilogram. Selepas
melahirkan Muhammad Akil Razak yang kini berusia lapan bulan, beratnya
turun kepada 95 kilogram.
“Ketika itu terus Juma diet. Tak makan nasi sebaliknya dalam tempoh tiga bulan Juma hanya makan sayur-sayuran yang direbus. Dalam tempoh enam bulan keseluruhannya barulah badan beliau kembali normal,” katanya.
Sekarang ini berat Juma 58 kilogram. Dia dapat melangsingkan semula badannya. Tak hairanlah ramai terkejut melihat Juma yang macam anak dara sekarang ini.
Selepas berkahwin dengan Datuk Nazim Tun Abdul Razak hampir setahun lalu, Juma akui dia merindui juga kerja-kerja kewartawanan sebagaimana yang pernah dia lakukan semasa bertugas di TV3 dulu.
Jadi, apabila TV9 menawarkan Juma mengacara rancangan Keluarga Di 9 yang dilancarkan baru-baru ini, dia menerima tawaran itu dengan senang hati.
Apa-apa pun Juma kelihatan bahagia di dalam rumah tangga dan kerjayanya sekarang ini. Yang penting walaupun dia sudah bergelar Datin, Juma tidak menyombong sebaliknya tetapi merendah diri ketika berbicara.